Menyentuh tentang subjek ujian ataupun imtihan Allah swt kepada setiap manusia di dunia ini, menarik kita untuk duduk sejenak memikirkan kembali apakah hala tuju hidup kita? Apakah matlamat dunia, juga akhirat? Sudah pastilah orang-orang yang beriman sedar bahawa hanya redha dan rahmat Allah swt yang dicari-cari bagi merealisasikan tempat pengakhiran yang baik. Hasilnya? Berjayakah kita mencapai target yang diidamkam?
"Usah bicara tentang hasil jika jalan usaha tidak dipetakan"
Sebelum menjawab soalan tentang hasil, cuba kita rewind ke belakang. Tilik-tilik kembali sejauh mana usaha kita ke arah matlamat tersebut. How do we cope with the problem we face? Mengeluh? Mengasingkan diri? Menyalahkan pihak lain? Atau berusaha mencari jalan keluar?
Sedarkah kita bahawa Allah swt menetapkan pain threshold adalah sama bagi setiap manusia yang normal? Rasa sakit bermula apabila kulit kita mencapai suhu sekitar 45 darjah celcius. Cuba kita bayangkan di hadapan kita terdapat secawan air kopi yang panas. Sambil menunggunya agak suam untuk diminum, kita membuka buku physiology untuk ditelaah. Tiba-tiba, rakan kita tanpa disengajakan terlanggar meja kita dan secara tidak langsung menumpahkan air kopi yang panas tadi lalu terkena tangan dan baju kita. Pada saat dan detik itu, apa tindakan kita?
Pertama : Kita herdik rakan kita atas kelalaiannya, “ouch, sakitnya! Beb,buta ke apa? Kalau nak jalan tu, mata letak depan kepala bukannya di belakang! Ingat sel kulit boleh renew ke?!”
Kedua : Mengeluh sendirian, “oh, mak kau panas! Ish, sayangnya baju baru ni. Penat pergi beli di City Star. Mahal lagi satu hal. Ish, habis jahanam kena kopi. Alahai, sayangnya…”
Ketiga : Menangis teresak-esak, “uek!uek! Tangan..sakit..isk.. baju..kotor..isk…mummy..puppy!”
Keempat : (Tiada reaksi tindak balas) Kita terus hanyut dengan teori-teori physiology.
Kelima : Kita ingat Allah swt, “Astghfirullah, Allahu Akbar!” Lalu beredar untuk membersihkan diri.
Itulah hakikatnya. Setiap daripada kita akan mempunyai sikap yang berbeza, tidak semuanya sama. Kaitannya selari dengan setiap dugaan yang Allah swt uji. Walaupun subjek imtihan adalah berbeza antara kita akan tetapi, threshold atau tahap minimumnya tetap sama, satu level. Namun, apa yang membezakannya adalah tindakan kita terhadap imtihan yang dihadapi. Ya, tindakan kita tidak sepakat dan sedarkah kita bahawa perlakuan kita melambangkan pemikiran kita? Apa jua tindakan kita bila terkena air panas menunjukkan apa yang diketengahkan oleh akal fikiran. Cuba kita tenung dan fikir kembali reaksi-reaksi tadi.
Pertama : Akal dan hati dikawal oleh amarah. Pemikiran rasional telah hilang daripada diri dan jika tiada usaha pemulihan dioperasikan, akan memakan diri juga masyarakat sekeliling akan luput rasa hormat terhadap kita.
Kedua : Pemikiran materialistik. Dunia telah mengaburi minda. Perlu di’brainwash’ bagi membetulkan persepsi bukan dunia dan harta benda yang dikejar.
Ketiga : Pemikiran yang tiada kematangan, sangat kebudak-budakkan. Tanyalah diri, adakah kita budak sekolah tadika ataupun mahasiswa universiti? Jika jawapan kita adalah mahasiswa universiti jadi, berfikirlah seperti mahasiswa universiti. Pemikiran penuh kematangan dan ilmiah.
Keempat : Tidak mungkin melainkan kita mengalami analgesia (tiada deria rasa sakit).
Kelima : Boleh disimpulkan sebagai yang terbaik atau lebih tepat lagi satu-satunya yang baik antara lima tindakan yang dikemukakan. Dalam masalah yang simple seperti ini, Allah swt telah mendominasi pemikiran. Dengan izinNya juga dalam masalah yang lebih besar, Allah swt tetap bersama kita.
Kita dapat teliti di sini setiap individu melihat sesuatu perkara itu dari sudut perspektif yang berbeza. Setiap ujian dilihat dari ruang lingkup yang berlainan. Dan itu salah satu hikmah yang Allah swt berikan kepada manusia, menyeru kita supaya bertukar-tukar idea atau berkongsi pendapat sebagai wasilah bagi menjana ummah yang mumtaz untuk membangunkan Islam yang unggul. Namun, variasi pemikiran ini haruslah seiring dengan syarak dan menjurus ke arah yang positif agar ummah ini menjadi ummah contoh bukan ummah fitnah.
Fikir-fikirkanlah.....
.
No comments:
Post a Comment