Dalam hati tersimpul cinta
Bagai dunia aku yang punya
Sungguh sulit mendefinisi bahagia
Hanya yang merasa memahaminya
"KETAHUILAH, SESUNGGUHNYA DI DALAM JASAD ITU TERDAPAT SEKETUL DAGING, APABILA ELOK DAGING TERSEBUT, MAKA ELOKLAH JASAD TERSEBUT KESELURUHANNYA, APABILA IA ROSAK, MAKA ROSAKLAH JASAD KESELURUHANNYA, KETAHUILAH BAHAWA IA ADALAH HATI"
Apa itu DA'WAH??'Tiada perkataan yang terbaik melainkan yang berdakwah kepada Allah'
"Katakanlah (Muhammad), "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Maha Suci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik." (Yusuf: 108)
Ya Allah !
Hamba ini mendongak ke atas, menadah harap, memohon hikmah..
Andai ini bahagia, walau sendirian cuma, tetap aku tekad mahu terus gagah melebar keringat, meredah susah, menjernih payah..
Andai ini laluan tersedia, ku mahu teruskan langkah menongkah mehnah, menanti terbukanya anugerah dari Tuhan sebagai hibbah..
"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada kedua ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Kau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku daripada orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)" ..... (Surah al-Ahqaf : ayat 15)Menurut al-Imam al-Baghawi, ayat ini menceritakan kelebihan Abu Bakar ra. Beliau merupakan sahabat karib Nabi saw. sejak berusia 18tahun. Apabila Nabi Muhammad saw. dipilih menjadi Nabi, usia Abu Bakar ra. ialah 38tahun. Berkat kesungguhannya berdakwah, beliau berjaya mengislamkan ayah dan ibu serta anak-anaknya. Semua ini berlaku ketika usia beliau dalam lingkungan 40tahun. Ini merupakan kelebihannya berbanding para sahabat yang lain. (Tafsir al-Baghawi, tafsir ayat 15 surah al-Ahqaf)
Who should I give my love to? My respect and my honor to Who should I pay good mind to? After Allah And Rasulullah Comes your mother Who next? Your mother Who next? Your mother And then your father Cause who used to hold you And clean you and clothes you Who used to feed you? And always be with you When you were sick Stay up all night Holding you tight That’s right no other My mother |