"Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar."
[Surah al-Qadr: 3-5]
Dalam rancangan tersebut, ustaz ditanya satu soalan. "Bagaimana individu-individu yang uzur mahupun sakit boleh mendapatkan ganjaran malam kemuliaan ini sedang mereka tidak mampu untuk beribadat kepada Allah swt?" Katanya, ibadah itu tidak hanya tertumpu semata-mata kepada ibadah khusus. Segala amalan baik yang diniatkan kerana Allah swt akan diberi pahala, dan pada lailatul qadar (bermula selepas maghrib hingga sebelum subuh) pahala itu akan diganda (seribu bulan). Itu formulanya.
Jadi, tidak perlu dikhuatirkan bagi wanita-wanita yang sedang haid atau nifas. Seorang isteri yang bangun memasak sahur untuk suami dan keluarga dapat seribu bulan ganjaran memasak. Seorang ibu yang bersengkang mata menyusukan anak di malam hari sehingga tidak sempat beribadah (khusus) mendapat pahala seribu bulan atas ganjaran menyusukan anaknya. Mereka yang bekerja shift malam mendapat ganjaran seribu bulan atas amalnya menjalankan tanggungjawab mencari rezeki yang halal untuk famili di bawah tanggungannya.
Sungguh Maha Pemurah Allah swt yang memudahkan hambaNya mengutip saham sebagai bekalan menuju tempat abadi. Hanya terpulang kepada kita sebagai hamba untuk bersegera menambah amal ataupun tidak. Hanya mereka yang ingin sahaja akan berusaha merebut peluang keemasan ini. Ia adalah promosi hebat yang ditawarkan hanya sebulan dalam setahun. Belum tentu pabila berakhir Ramadhan kali ini, kita akan bertemu dengan Ramadhan yang akan datang. Fikir-fikirkanlah..
http://anissufiyah.blogspot.com/2009/09/dalil-dalil-lailatul-qadar.html
http://anissufiyah.blogspot.com/2009/09/mencari-lailatul-qadar.html
No comments:
Post a Comment