Apa itu DA'WAH??'Tiada perkataan yang terbaik melainkan yang berdakwah kepada Allah'
-> Sebarang pekerjaan yang dilakukan demi penyebaran Islam.
Ringkas dan jelas.
Tugas da'wah tidak hanya terpundak di bahu Rasulullah saw sebagai utusanNya, atau terikat untuk golongan tertentu. Hakikatnya, ia adalah taklifan Allah swt untuk sekalian manusia. Dan umat Islam yang meyakini mencintai Nabi saw, perlu sedar akan wasiat besar yang baginda tinggalkan supaya kita meneruskan perjuangan baginda menyampaikan da'wah di atas bumi Allah swt ini. Sesiapa yang menyambung mata rantai perjuangan Nabi saw, sesungguhnya dia telah melaksanakan sunnah baginda yang paling besar.
Secara khususnya, perlu ada sekelompok manusia yang mengambil ihtimam dalam penyampaian da'wah. Fokus ini bertujuan agar gerak kerja da'wah dilaksanakan secara serius dan effisien dalam seruan ke arah kebenaran juga yang lebih penting pencegahan terhadap kefasadan dan kemungkaran."Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung." (Ali 'Imran: 104)
Apa itu JAKSI??
-> Jabatan Keselamatan & Sosial Islam
Matlamat kita menuju Khairul Ummah menerusi wasilah AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR dipertanggungjawabkan ke atas organisasi kecil ini yang pastinya sangat besar amanahnya.
JAKSI di bawah payung PERUBATAN berobjektifkan penyampaian maklumat dan penerangan yang sebenar kepada seluruh ahli PERUBATAN mengenai asas-asas Islam, membanteras kegiatan maksiat dan menyelesaikan permasalahan sosial.
Struktur Organisasi JAKSI PERUBATAN 2010/11 |
DA'WAH kepada apa??
- Ajak manusia beriman kepada Allah swt dan Rasulullah saw (syahadatain)
- Ajak manusia menuntut ilmu (lebih kepada ilmu agama)
- Ajak manusia beramal dengan ilmu
Peranan kita semua sebenarnya dalam agenda AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR. Da'wah berbeza mengikut kemampuan dan ilmu. Para Nabi dan Rasul diberi kekuatan yang lebih. Kita sebagai manusia biasa perlu sentiasa berdoa agar diberi kekuatan dan pertolongan daripada Yang Maha Kuat. Setiap manusia ada kelebihan masing-masing. Kita berda'wah mengikut posisi kita. Jika kita berkuasa, maka laksanakanlah amanah sebaiknya. Jika tak mampu, tegurlah dengan lisan. Jika tak mampu, tanamlah dalam hati rasa benci terhadap maksiat. Sesungguhnya, itulah selemah-lemah iman.
Wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment