Saturday, November 27, 2010

Mujahadah & Solat Malam

Semalam hari yang lapang, tiada program yg bersifat statik atau berat..haaa..lega~ Masa dirancang sebaiknya agar tidak lagha dibuai kesenangan.. Seawal pagi, berhalaqah bersama adik2 usrah. Hati gembira bila mereka gembira. Bertambah kemeriahan bila 2 sc bergabung. Tak dirancang pun tapi Allah swt telah menentukan jodoh kami. Alhamdulillah, bersilaturrahim pd sayyidul ayyam. Tambahan pula, berada dalam salah satu raudhatul jannah. Moga rahmat Allah swt itu selalu dekat dengan kami..

MUJAHADAH

Ini tajuk tazkirah pembuka sc. Maksudnya, bersungguh-sungguh atau gigih. Ia adalah kunci hidayah (menurut Imam Ghazali). Kalimah ini mungkin senang ditutur di bibir namun, hakikatnya payah untuk diterjemah secara praktikal. Mengapa? Sebab mujahadah perlu disertakan bersamanya istiqamah. Untuk melakukan sesuatu amal soleh mungkin mudah tapi untuk istiqamah dengan amal itu..perlunya kesungguhan.


Mujahadah itu luas skopnya bukan tertakluk pada nafsu sahaja, malah melibatkan semua pancaindera manusia yang merupakan amanah Yang Maha Pencipta kepada makhluk termasuk menjaga hati. Sifat marah, malas, banyak makan, boros, melihat atau mendengar atau bercakap perkara lagha dan maksiat, membuang masa, berkhayal serta banyak lagi. Semua ini adalah kesedapan dunia yang terhidang sebagai santapan mereka yang alpa.



Dari Ibnu Abbas ra, katanya: Rasulullah saw bersabda: “Ada 2 jenis kenikmatan yang keduanya itu disia-siakan oleh sebahagian besar manusia iaitu kesihatan dan kelapangan waktu.” (Riwayat Bukhari)

Mujahadah datang daripada perkataan jihad. Selalu kita dengar kalam jihad fii sabilillah, jihad harta, jihad jiwa. Kita ambil contoh yang paling hampir. Saudara seislam kita di Palestin sedang berjihad nyawa menegakkan kebenaran dan keizzahan Islam di tanah air mereka yang merupakan tempat suci ummat Islam. Adakah kita patut mengangkat pedang, melemparkan bom juga? Tidak. Kita berjihad di posisi kita. Jihad menuntut ilmu kerana Islam agar dengan ilmu itu, kita dapat mengembalikan Islam pada tempat asal yang paling tinggi. ‘Islam itu tinggi, tiada yang lebih tinggi daripadanya’.

Dari segi harta, adik sc memberi contoh yang menarik. Ada 2 orang diberi tabung infaq Palestin, jumlah minima pemberian adalah RM 1000. Keduanya menginfaqkan jumlah yang sama, iaitu RM 1000. Tapi ada sesuatu yang membezakan mereka. Gaji salah seorang daripada mereka adalah sebanyak RM 3000 manakala yang seorang lagi, gaji bulanannya adalah RM 50000. Salah seorang telah memperuntukkan 1/3 hartanya demi Islam, manakala yang seorang lagi hanya 2% sahaja. Tidak dinafikan jumlah tidak penting jika dibandingkan dengan keikhlasan. Namun, jelas di sini perbezaan sekadar infaq dan jihad itu sendiri.

SOLAT MALAM

Sebagai penutup santapan rohani usrah kami, saya bentangkan tajuk ini. Susulan daripada perbincangan mujahadah tadi, kita dapat simpulkan bahawa solat malam atau solat tahajjud ini perlukan sifat mujahadah seorang hamba. Kesusahan dirasai bagi yang jarang berqiamullail namun, tidak pula bagi yang melaziminya.

Saidina Umar al-Khattab menyakan kelebihannya dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajjud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah swt 9 perkara, 5 di dunia dan 4 di akhirat.”


Kurniaan di dunia :
- Jauh daripada segala penyakit
- Lahir kesan taqwa pada wajah
- Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia
- Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
- Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)

Kurniaan di akhirat :
- Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
- Dipermudahkan hisab
- Cepat melalui titian sirat seperti kilat
- Diserahkan surat amalan melalui tangan kanan


Solat malam ini boleh dikatakan cara kita sebagai hambaNya menunjukkan rasa cinta kita kepada Allah swt dan kepada Rasulullah saw kerana mengikut sunnah baginda. Tiada cinta teragung melainkan cinta kepada Allah dan Rasul. Dengannya dikurniakan halawatul iman. Sesungguhnya cinta Allah itu Maha Luas, di dunia ini dan seluruh isinya hanya merangkumi 1% sahaja sifat kasih sayang Allah swt.

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah saw bersabda : “Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, dan menyatakan, “Siapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan. Siapa yang memohon kepadaku, pasti aku beri, dan sesiapa yang memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.” (Hadis Riwayat Al-Jama’ah)



Usrah diakhiri dengan santapan perut pula :)
Kemudian, hadiri kelas MAHAR. Sebelah malamnya ikuti kelas anjuran JAKSI. Julung kali dilaksanakan dengan kupasan yang menarik tentang 'Da'wah is My Life'..

1 comment:

  1. Thank you for the doa.

    Moga hari-hari perjuangan sentiasa dihiasi istiqamah, dan dinaungi kasih Allah Ar-Rahim Al-Wadud.

    ReplyDelete