"KETAHUILAH, SESUNGGUHNYA DI DALAM JASAD ITU TERDAPAT SEKETUL DAGING, APABILA ELOK DAGING TERSEBUT, MAKA ELOKLAH JASAD TERSEBUT KESELURUHANNYA, APABILA IA ROSAK, MAKA ROSAKLAH JASAD KESELURUHANNYA, KETAHUILAH BAHAWA IA ADALAH HATI"
.:: Sabda Rasulullah saw...Shahih Muslim: 1599 ::.
Hati adalah anugerah Allah swt kepada setiap hambaNya. Namun, tidak ramai yang menyedari hakikat kewujudan dan fungsinya. Secara fizikalnya, memang hati itu ada tetapi dari segi maknawinya ramai yang tidak mempunyai hati..na'uzubillah
Kita alpa bahawa hati inilah yang menakhoda tubuh manusia sama ada ke syurga ataupun neraka. Ia umpama raja yang menerajui sebuah negara iaitu diri kita. Dan raja ini perlu ditaati. Sangat rugilah bagi manusia yang tidak mampu mengawal hatinya, atau gagal mendidik hatinya mentaati Allah. Hati perlu hadir dalam apa jua pertuturan, pemikiran dan tindakan seharian. Akan tetapi, bukan menurut hati semata-mata tanpa didasari iman dan akal. Kita tidak kenal sepenuhnya hati sendiri.
Permusuhan -- berlaku apabila hati dijangkiti virus hasad, dan membarah menjadi benci
Bercelaru -- kerana wujud 2 makhluk yang sering bergaduh iaitu akal dan nafsu
Terdedah -- menyebabkan mudah dihujani panah-panah syaitan yang menghasut
Susah diubati -- memandangkan lukanya tidak disedari seperti sakitnya jasad fizikal
Cepat berubah -- sesuai dengan gelarannya 'QALB', yang berbolak-balik
Hakikatnya, hati ini perlu dikelolakan dengan penuh berhati-hati. Kerana hati ini yang lebih dahulu dipandang oleh Allah swt..
"Sesungguhnya Allah swt tidak memandang pada rupa dan harta kamu, tetapi Allah memandang HATI kamu dan amalan kamu"
[Sabda Rasulullah saw..Musnad Imam Ahmad: 7814]
No comments:
Post a Comment