Friday, June 18, 2010

Setulus DOA >al-Ahqaf

DOA AGAR MENSYUKURI NIKMAT ALLAH

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada kedua ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Kau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku daripada orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)" ..... (Surah al-Ahqaf : ayat 15)
Menurut al-Imam al-Baghawi, ayat ini menceritakan kelebihan Abu Bakar ra. Beliau merupakan sahabat karib Nabi saw. sejak berusia 18tahun. Apabila Nabi Muhammad saw. dipilih menjadi Nabi, usia Abu Bakar ra. ialah 38tahun. Berkat kesungguhannya berdakwah, beliau berjaya mengislamkan ayah dan ibu serta anak-anaknya. Semua ini berlaku ketika usia beliau dalam lingkungan 40tahun. Ini merupakan kelebihannya berbanding para sahabat yang lain. (Tafsir al-Baghawi, tafsir ayat 15 surah al-Ahqaf)

Sehari-hari kita melayari kehidupan ini, sedar tak sedar kita sering lupa akan nikmat yang di'pinjam' dari Tuan empunya. Sebagai muslim yang mentauhidkan Allah swt, wajar kita sentiasa mensyukuri nikmat kurniaanNya lebih-lebih lagi nikmat ISLAM dan IMAN. Mohonlah agar sentiasa disinari cahaya hidayah Allah swt. agar hidup dalam jalan yang lurus dan diredhai.


Ya Allah, Jadikanlah aku Hamba Yang Bersyukur
Dalam Senang mahupun Susah
Dalam Terang mahupun Gelita
Dalam Lapang mahupun Sempit
Dalam Manis mahupun Pahit
Demi secebis rahmatMu juga kasihMu
Mengisi hari menuju syurga abadi..


Sumber: '101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran'- Us Haji Zahazan Mohamed

No comments:

Post a Comment