Thursday, June 3, 2010

Sub2: Pengembaraan Fil & Kajian Makmal Rheufiey


Persada sunyi seketika. Tiba-tiba, kedengaran satu melodi memecah lamunan.


Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hold you 
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick 
Stay up all night
Holding you tight
That’s right no other
My mother




Masing-masing tertanya-tanya. Layar skrin bertukar lagi. Fil sedar kepelikan yang tergambar pada wajah teman-temannya lantas menyambung pembentangannya. “Ini dinamakan lagu dan merupakan wacana hiburan manusia. Jika dihayati, isinya penuh makna selari dengan sabda Nabi saw”.




Abu Hurairah ra. reported; A person came to Allah’s Messenger saw. and said: who among the people is most deserving my companionship (of a kind treatment from me?) He said: your mother. He, again, said: then who (is the next one)? He said: it is your mother (who deserves the best treatment from you). He said: then who (is the next one)? He (the Holy Prophet) said: it is your mother. He (again) said: then who? Thereupon he (the Prophet saw.) said: it is your father.




Cyfiscreen memaparkan pengembaraan Fil seterusnya merentasi tahun 2014. Berlatarbelakangkan melodi yang sayup-sayup kedengaran, Fil meneruskan kalamnya yang belum selesai. “Sebenarnya lagu ini sering bergema di tempat tinggal wanita ini, yang merupakan bahan kajian kami yang ketiga dan terakhir. Kalau teman-teman tidak lupa, dia adalah zuriat pertama yang saya ceritakan dalam pengembaraan sebelum ini. Jun 2014 melakarkan sejarah yang berulang-ulang dalam kehidupan keluarga ini. Menanggung sakit mengandung dan menempuh derita melahirkan. Kali ini juga zuriat yang pertama”.

“Kelihatan seperti situasi wanita ini tidak jauh beza berbanding dua orang wanita dalam kajian sebelumnya”, Amartius Qeus melontarkan pendapat. “Ya, betul. Walaupun, tarikhnya berbeza, tempat yang tidak sama, melibatkan wanita yang berlainan, namun pengalamannya mempunyai persamaan. Secara ringkas, saya yakin kalian dapat memahami betapa besarnya perit yang dihadapi oleh seorang wanita dalam pembentukan awal seorang manusia”.

“Disebabkan rasa ingin tahu yang tinggi, saya mempercepatkan pengembaraan terus ke tahun 2026. Apa yang berlaku sangat mengejutkan saya. Wanita dan zuriat sulungnya bertikam lidah”.

“Tikam lidah?!!” Presiden Zaf seakan kaget. “Err, maksud saya bertengkar mulut akibat tak sependapat”. “Sebab?” Tanya Presiden Zaf bertubi. “Setelah dikaji rupanya wanita ini tidak setuju dengan tindakan zuriatnya serta teman sependidikan bergaduh di pusat pendidikan sewaktu proses pembelajaran. Sebagai peringatan, wanita ini berjanji akan memindahkannya ke pusat pendidikan lain jika dia tidak berubah sikap atau hal yang sama berulang. Apa lagi, jiwa muda anaknya memberontak, meninggalkan rumah bersama motosikalnya entah ke mana”.

“Apa reaksi wanita itu?” Amartius Dur melontarkan persoalan. Fil tunduk sambil menyusun kata, “Dia menangis. Zuriatnya tidak nampak. Temannya pun tidak nampak. Dia berusaha untuk menyembunyikan riak wajah sedihnya. Sejam kemudian, wanita itu mendapat satu berita yang tidak enak. Terduduk dia di tepi meja telefon. Dengan deraian air mata, terus dia mendapatkan kunci kereta, memandu menuju ke hospital.”

“Zuriatnya mengalami kemalangan. Komplikasinya, dia banyak kehilangan darah dan memerlukan darah segera. Tahu sahaja keadaan tersebut, wanita itu terus membuat keputusan mendermakan sebahagian darahnya. Seharian dia menjaga anaknya di wad pesakit. Berjaga malam, berterusan membaca ayat-ayat suci al-Quran, bagaikan tidak kenal erti letih dan mengantuk.”

“Dengan lembut wanita itu duduk di bingkai katil sambil merenung wajah anaknya. Diusap rambutnya, dibelai dengan belaian kasih persis 12 tahun dahulu sewaktu dia masih bayi. Dicium dahinya dengan kucupan sayang sambil membisikkan sesuatu di telinganya”.



“Maafkan ummi, ummi terkasar tadi. Ummi tak berniat nak marah, ummi hanya nak memperingatkan, takut anak ummi ni lupa. Ummi sayang kamu. Ummi tak mahu kamu langgar batasan syariat, batasan alam. Kamu anak yang sulong, pemimpin kepada adik-adik. Ummi nak tengok kamu jadi manusia berguna bukan pada keluarga ni saja, tapi pada ummat. Cepatlah bangun ya, ummi rindu nak dengar suara kamu”.



“Dua hari koma, akhirnya dia sedarkan diri. Doktor memberitahu keadaannya telah stabil. Tergambar riak gembira dan syukur di wajah wanita itu”. “Tahukah dia sebahagian darah yang sedang mengalir dalam tubuhnya adalah milik wanita itu?” Presiden Zaf bertanya. “Ya, doktor telah menceritakannya. Disebabkan rasa kesal atas perbuatannya yang telah menyakiti wanita itu, dia memohon maaf. Suasana ketika itu sangat mengusik jiwa saya. Lebih-lebih lagi apabila wanita itu dengan tenang menyatakan yang dia telah memaafkan anaknya kerana rasa kasihnya melebihi rasa marahnya.”

“Pengembaraan saya berakhir di situ kerana bekalan tenaga Transjet hampir habis. Buat kali terakhir, saya perhatikan anaknya berubah menjadi manusia yang lebih baik dan seusai solatnya, dia sering membaca doa dan memanjatkan kesyukuran atas nikmat kasih sayang yang diterima”.


Ya Allah
Rendahkan suaraku ke atas mereka
Perindahkanlah perilakuku di depan mereka
Lunakkanlah bicaraku terhadap mereka
Dan lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya
atas didikan mereka padaku
Dan pahala yang besar atas kasih sayang
yang mereka limpahkan padaku
Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku
Ya Allah
Apa saja ujian yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
Jadikanlah itu semua penyebab
susutnya dosa-dosa mereka
Dan bertambahnya pahala kebaikan mereka
dengan perkenanMu
Ya Allah
Hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda




“Perjalanan saya kali ini amat bermakna, telah banyak yang saya pelajari daripada kajian dan pemerhatian. Erti kepayahan ketika mengandungkan, erti kesakitan ketika melahirkan, erti pengorbanan ketika membesarkan, erti penerimaan ketika memaafkan, erti kasih sayang ketika saat berdetik di mana sahaja. Semua itu telah disampaikan oleh wanita yang bergelar IBU, MAMA, dan UMMI”.


Mu’awiyah bin Jahimah telah datang kepada Nabi saw dan berkata, “wahai Rasulullah, aku ingin pergi berperang, aku datang untuk meminta pandanganmu”. Nabi saw bertanya, “adakah engkau mempunyai ibu?” Jawabnya, “ya”. Sabda Nabi saw, “peliharalah (berbuat baiklah kepada) dia, sesungguhnya syurga berada di bawah dua kakinya”.



No comments:

Post a Comment