Sunday, July 19, 2009

PETANQUE

Hari minggu, semua ada di rumah. So,time ni la nak gi jalan same2, shopping same2..this week kami beriadhah same2..."Badan Cergas Otak Cerdas"..betul tak?

Pagi2 lg kami dh ke Taman Tasik Cempaka. 'Jog' kt situ. Tapi bila dah penat, dah tak jadi jogging, jadi sesi fotografi plak...




Dah penat, ape lagi.. laparr..After breakfast, ayah ajak tengok anak2 muridnye main petanque... Apa tu? Seriously,that's the first time I heard the name..Time tu tengah perlawanan nak menentukan wakil IPIS..Disebabkan ada gelanggang kosong n sbb sy sangat eager nak main, ayah pun ajak main..

Petanque dah lama bertapak di Malaysia cuma sy je tak sedar kewujudannya. Dalam Sukan SEA jg dipertandingkan n tahun ni adalah tahun ke-5 permainan ni dpertandingkan dlm sukan tersebut..Sebenarnya ia berasal dr Perancis sbb tu ajaannye pon 'PETANQUE'


Macam mana nak main? Permainannye ala2 boling padang cume sedikit kelainan..cara balingannye...jenis bolanye...bola besi lebih kurang 1kg perlu dibaling kearah 'jack' (target)..setiap bola yg berada paling hampir dengan 'jack' mendapat satu mata..memang menarik!

Bagi yang pakar (macam ayah sy), mereka dengan senangnye mendaratkn bola depan 'jack'. Mereka jg boleh menendang bola lain supaya menjauhi 'jack' (bola sy la yg kene tendang) n jg boleh melarikan 'jack' drp bola musuh...kejam sikit la bunyinye..


Permainan ni memerlukan fokus yg tinggi dan kawalan tangan yg baik..n ikut nasib jg..sepatutnye kami main sampai ada diantara kami dapat 13 mata tp gelanggang kami nak digunakan utk pertandingan..tak sempat nak tambah mata...Keputusannye, ayah 7 mata, adik 4 mata, sy 1 mata jerr...sy kalah...huhu..

Friday, July 17, 2009

16 JULAI, Hari Bersejarah

Semalam adalah hari yg menggembirakan..

1) Dapat tau result..Alhamdulillah,lulus
2) Menyambut HARI LAHIR YANG KE20

I've got presents from family...dan yg paling brmakna ialah semua dapat berkumpul meraikannya..sama2 dinner kt luar..memang best!

. . . . . . . . . . . . . . ~ Blueberry Cheese Cake ~ . . . . . . . . . . . . . . . .

Tengah2 dok seronok sbb dah tua, satu sms dterima :


"Semakin jauh perjalanan, semakin dekat kematian. Semakin bertambah bebanan, semakin kurang pula keupayaan. Hanya iman dan keyakinan mampu mengayuh perahu kehidupan.. Penuh ketenangan, merempuh ujian. Tuluslah dengan TUHAN, teluslah sesama INSAN"

Kata2 yg mampu mmbuat hati 'berfikir'...Thanks Fana atas peringatan..

.

Tuesday, July 14, 2009

Surat CINTA

Rasa sebak tiba-tiba merantai hati ini. Mata ini pula sudah kebal untuk dilelapkan. Ini semua gara-gara ingatan ini telah diikat dek imbauan kalam-kalam sucimu padaku. Tika manusia lain hanyut dialun mimpi, hati ini tidak keruan, lantas gerobok usang itu juga yang kukunjungi. Sedang asyik tangan membelek-belek kitab-kitab, pandangan ini tertumpu pada lembaran hijau di atas gerobok, terasing daripada kitab-kitab lain dek keistimewaannya pada diriku.

Kucapai lembaran itu penuh tanda tanya. Sudah lama aku tidak membuka lembaran itu. Mungkinkah hati ini terpanggil gara-gara rasa rindu sudah terpaut padanya? Aku mengusap-usap membuang habuk yang meliputi. Langkahan kaki ini sengaja dituju ke sudut kamar, dikuak jendela kayu menampakkan samar-samar cahaya bulan menerangi segenap ruang. Sesekali api pelita meliuk lemah ditiup bayu malam yang nyaman. Kedengaran merdu sekali suara alam, desingan unggas diselang-seli bunyi aliran sungai, sudah cukup untuk melabelkannya muzik kegemaran setiap telinga yang mendengar.

Perlahan, kuselak lembaran itu, lembaran surat cintamu. Dalam hening malam, kubaca satu-persatu kalimahnya. Sungguh puitis bahasa tersusun, indah bila dihayati. Kalbuku terusik. Kuteruskan jua membacanya, kuteliti isi maknanya penuh syahdu. Walau bukan pada bicara, walau hanya terukir pada surat cinta, aku faham benar isi hati lembaran itu. Padamu, jiwa ini adalah milikmu dan sememangnya hati ini sudah lama terikat padamu. Dimana saja kuberdiri, namamu meniti di bibir ini. Kemana saja kumelangkah, ingatanku padamu tidak akan luput. Segala apa yang kulakukan, pasti untukmu.

Aku ingin menjadi kekasihmu, namun kusedar diri ini masih lemah diarus nafsu bermaharajalela. Dinanya aku tertipu dek permainan dunia. Butanya aku tidak nampak peluang yang kauhamparkan. Surat cintamu tiada henti kubaca, namun ada sela tercipta di antara waktu. Terdengar esakan insaf tidak bergema. Ada titisan-titisan jernih bertaburan, berkilauan dek terkena pancaran cahaya bulan. Jatuhnya tanpa suara. Alirnya semakin deras, tidak boleh lagi diseka, hanya dibiar membasahi sudut kamar itu. Hati ini tekad sekali ingin bertemu denganmu.

Aku berusaha untuk berubah menjadi wanita solehah yang kuat jiwanya membina jalan menuju syurga. Jalan jihad kupilih, walau kekadang sakit jatuh tidak betah, kubangkit pantang menyerah. Bukankah itu hasrat yang kaukalamkan dalam surat cinta? Semangat itu akan terus kusuburkan dalam sanubari. Sedaya mampu, hasrat diterjemah sebagai cabaran, lantas tangan mengukir diari menjejak martabat srikandi sejati. Oleh itu, tidak rela aku meninggalkan surat cintamu. Setiap batas waktu, kubuka lembaran surat cinta itu, agar hati ini bisa suci seputih salju. Akan kuhayatinya saban hari, agar diri ini sentiasa sedar ada cinta suci sedang menanti, yang menanti bertemuku di taman firdausi, sebagai kekasih selamanya.



Surat Cinta Allah swt kepada HambaNya

Firman Allah swt ; Mafhumnya : (Al-Quran) ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertaqwa. (Surah Ali 'Imran : ayat 138)