SELAMAT HARI RAYA EIDULADHA
Tadhiyah Manifestasi Tarbiyah..
Setiap kali raya haji saya diingatkan kembali tentang sejarah Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as..namun, dewasa kini saya sedar bukanlah sirah semata yang ingin diceritakan tetapi ibrah disebaliknya yang boleh saya ambil dan aplikasi dalam kehidupan zaman ini.
Bagi saya, tema di atas sangat sesuai bagi menggambarkan kisah nabi tadi. Sememangnya tadhiyah dan tarbiyah tidak boleh diasingkan. Tadhiyah yang tinggi hasil daripada tarbiyah yang jitu. Dalam kehidupan seharian, banyak yang saya lalui, tanpa disangka setiap detik adalah ketentuan Allah swt untuk diri saya. Kenapa perlu saya mempersoalkan? Sedangkan Allah swt memberi tarbiyah direct kepada saya. Saya perlu bersangka baik dengan Allah swt kerana saya yakin Dia hanya memberi yang terbaik untuk saya.
Sebaik-baik contoh ikutan adalah baginda Nabi Muhammad saw. Baginda adalah pentarbiyah terhebat. Kenapa ramai yang tertarik untuk ditarbiyah oleh baginda? Kerana baginda bukan sahaja pandai bercakap tetapi mengotakan apa yang diperkatakan. Kalam yang diucap lahir dari hati justeru menerobos terus kepada hati.
Istilah berkorban ada bezanya dengan menyumbang..hmm..bila difikir-fikir, saya banyak menyumbang namun, bila masa saya berkorban? Jarang saya merasa susah sebab saya selalu berada dalam keadaan yang senang. Bila Allah swt timpakan musibah, baru rasa diri dekat padaNya. Bijak sungguh perancangan dan perlaksanaan Pencipta untuk hambaNya.