Monday, November 7, 2011

Aktiviti Raya Bersama Famili


SELAMAT HARI RAYA EIDULADHA


Tadhiyah Manifestasi Tarbiyah..

Setiap kali raya haji saya diingatkan kembali tentang sejarah Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as..namun, dewasa kini saya sedar bukanlah sirah semata yang ingin diceritakan tetapi ibrah disebaliknya yang boleh saya ambil dan aplikasi dalam kehidupan zaman ini. 

Bagi saya, tema di atas sangat sesuai bagi menggambarkan kisah nabi tadi. Sememangnya tadhiyah dan tarbiyah tidak boleh diasingkan. Tadhiyah yang tinggi hasil daripada tarbiyah yang jitu. Dalam kehidupan seharian, banyak yang saya lalui, tanpa disangka setiap detik adalah ketentuan Allah swt untuk diri saya. Kenapa perlu saya mempersoalkan? Sedangkan Allah swt memberi tarbiyah direct kepada saya. Saya perlu bersangka baik dengan Allah swt kerana saya yakin Dia hanya memberi yang terbaik untuk saya.

Sebaik-baik contoh ikutan adalah baginda Nabi Muhammad saw. Baginda adalah pentarbiyah terhebat. Kenapa ramai yang tertarik untuk ditarbiyah oleh baginda? Kerana baginda bukan sahaja pandai bercakap tetapi mengotakan apa yang diperkatakan. Kalam yang diucap lahir dari hati justeru menerobos terus kepada hati.

Istilah berkorban ada bezanya dengan menyumbang..hmm..bila difikir-fikir, saya banyak menyumbang namun, bila masa saya berkorban? Jarang saya merasa susah sebab saya selalu berada dalam keadaan yang senang. Bila Allah swt timpakan musibah, baru rasa diri dekat padaNya. Bijak sungguh perancangan dan perlaksanaan Pencipta untuk hambaNya.


Raya kali ini adalah satu anugerah Allah swt pada diri saya kerana saya meraikannya berdua bersama suami tersayang. Masa yang terluang kami habiskan dengan membuat aktiviti bersama. Moga ingatan manis kekal selama-lamanya, menambah rasa kasih antara kami seterusnya kasih Allah swt pada kami dan keturunan kami..


Kuih donut in-the-making :) ni aktiviti sehari sebelum raya..satu dulang saya buat satu lagi cik abang yg buat..gentel2 dapat la 23 ketul...banyak tu...tapi kami punye separuh je, separuh lagi nak bawa kpd adik2 usrah saya...ingat nak makan lepas takbir raya dan forum kat markaz tp tak sempat sebab balik lewat...esoknye baru makan
Selepas solat raya takde pi mana2..dok umah masak la, siap2 untuk lunch...mencuba resepi baru, mee rebus udang..masak banyak skaligus untuk makan malam tp terbanyak sampai boleh buat breakfast esoknye..hehe...sempat lagi cik abang posing (atau sempat lagi cik adik tangkap gambar..haha)
Breakfast kami di pagi raya...donut, sandwich, sambal ayam..pelik betul juadah  raya kami..takpe asalkan kenyang sebelum bertolak ke masjid utk solat raya...sandwich memang menu biasa kami, donut tu special raya, sambal ayam tu drp adik2 usrah saya, makan skali ngan sandwich...sedapp
Wahh! 1st time buat..alhamdulillah menjadi dan sedap...lain kali boleh buat lagi..terima kasih abang tolong sayang di dapur...walaupun ada bahan yg tak cukup, tapi mee tetap best
Petang raya dating kat tepi sungai nil sambil makan aiskrim :) ni kes bosan dok umah tak tau nak buat ape..nak raya umah orang lain pun orang takde kat umah...malam tu baru pi beraya umah kawan
Flowers on the table...purple pilihan abang (sebab minggu lepas saya pilih pink)...ni bunga saya, cik abang pun ade jugak..so sweet :) thanks for the love..miss every moment we spent together

No comments:

Post a Comment