Saturday, May 4, 2013

Haruman RAIHAN



“Kehidupan di dunia adalah wasilah untuk mencapai matlamat utama di negeri abadi. Sudah pasti matlamat yang diingini merupakan redha Allah swt dan nikmatNya yang tidak terbayang dek imaginasi. Tiada siapa mahu hidupnya diakhiri azab keras akibat murka Allah swt. Boleh jadi hidup yang tiada matlamat, tiada juga di dalamnya usaha-usaha meraih apa jua bentuk kejayaan. Tanpa mengetahui matlamat yang dituju, sangat payah bagi menyelusuri jalan-jalan kehidupan yang banyak persimpangan juga penuh halangan. Jelas sekali, matlamat yang benar dan nyata mampu memberi petunjuk ke arah jalan yang betul. Matlamat mencari redha Allah menggerakkan hambaNya kepada amalan soleh dan usaha untuk istiqamah melakukannya.”

Buku catatan ditutup lantas lengan baju disingsing sambil kaki melangkah menuju ke dapur. Cukup saja rehat 10 minit. Tanggungjawab tidak dirasakan beban kerana sudah menjadi rutin harian. Namun, rutin diiringi niat lillahi taala akan dianugerahi pahala dengan izinNya. “Hari ni nak masak apa ya?” Otakku ligat memikirkan resepi yang bakal menjadi juadah makan malam kami. Lama juga kutercegat di hadapan peti sejuk memerhatikan bahan mentah yang ada. “Masak special la,” kubermonolog sendirian sambil tersenyum. Memang itulah jawapan standard jika ditanya tentang kehendaknya. Alhamdulillah suami tak cerewet. Penat macam mana pun dengan urusan harian, terasa lega apabila dapat menggembirakan hati suami.

Friday, January 4, 2013

Untukmu UKHTI

Lumrah pertemuan diiringi perpisahan..
Walau tidak seakrab mana, namun sudah 4 tahun menjadi sahabat..
Khas Untukmu Ukhti Mardhiyah..

Hati ini ingin bermadah
Melantun rasa tatkala rindu
Takdir Ilahi tertulis indah
Di jalan dakwah kita bertemu

Mahu diri mengganti kata
Entah bila bersua lagi
Tabahlah hati membawa agama
Milikmu syurga, doaku untukmu Ukhti