people says, each color gives own meaning...baju merah, orang kata berani..kalau pink, nampak ayu...klu putih, bagai suci dlm debu...klu hitam, teringat crite 'men in black'...klu hijau?..nmpak bulan..klu biru?..nmpak dacing...ahaks
But, that's what people says...jom bace what colors say...
Hijau dengan penuh yakin membuka bicara, “Aku adalah warna yang paling penting. Aku mewarnai rumput dan tumbuhan di seluruh muka bumi untuk membekalkan makanan dan juga oksigen. Tanpaku hidup bagaikan tidak bernyawa bagi manusia dan haiwan”.
Tiba-tiba Biru mencelah, “Aku adalah yang sebenarnya terpenting dalam kehidupan. Aku mewarnai 2/3 daripada permukaan bumi. Air laut dan sungai merupakan sumber keperluan utama bagi kehidupan. Tambahan lagi, langit yang tergantung di atas itu pun penuh dengan diriku. Tanpaku, tiada maknanya lagi kehidupan dimuka bumi ini”.
Kuning menerjah tidak mahu mengalah, “Aku lagi berkuasa! Aku memberi warna kepada matahari sang pembakar. Cahayanya menerangi alam semesta. Habanya memberi kehangatan kepada kehidupan. Tanpaku dunia gelap gelita dan tiada kehangatan. Kehidupan bagaikan tiada arah akibat tiada cahaya yang menyuluh”.
Biru Tua pula membidas, “Sekali aku muncul, Oren pun tidak akan kelihatan. Bukankah aku warna yang hebat? Aku mewarnai langit di waktu malam. Aku menjadi latar belakang kepada bintang-bintang yang berkelipan. Tanpaku malam tidak lagi indah dengan sinaran bulan dan bintang”.
Oren menyampuk tidak mahu ketinggalan, “Aku tidak kurang pentingnya juga. Aku mewarnai kebanyakan buah-buahan yang penuh dengan vitamin. Aku mementingkan kesihatan hidupan di muka bumi. Tanpaku hidupan mudah diserang penyakit dan hilanglah keceriaan dalam kehidupan”.
Tanpa berlengah, Ungu mempamerkan diri, “Lihatlah betapa aku dimuliakan. Aku diangkat tinggi menjadi lambang kerabat diraja. Semua bersepakat melantikku sebagai warna yang menghiasi kerabat daripada darjat yang tinggi.
Akhirnya, kesabaran Merah tercabar, “Aku warna yang paling gah. Warnaku mengalir dalam jasad setiap hidupan membekalkan segala keperluan ke setiap tisu dalam badan. Aku merupakan lambang keberanian. Denganku kehidupan penuh dengan semangat.
Dengan tiba-tiba, halilintar menyambar, kilat sabung-menyabung, bunyi dentuman guruh sangat kuat sehingga mengejutkan warna-warna yang ego tadi. Akibat ketakutan, mereka mendekati antara satu sama lain, saling melindungi diantara mereka..
Tidak lama kemudian, Hujan turun renyai-renyai dengan berkata, “Bersatulah kamu, janganlah kamu merendahkan antara satu sama lain. Sesungguhnya, kamu diciptakan untuk saling melengkapi. Mari berada dekat dengan aku”.
Dengan perlahan, Merah, Oren, Kuning, Hijau, Biru, Biru Tua dan Ungu pun bergerak menghampiri Hujan. Wah, alangkah indahnya Pelangi di angkasa! Walaupun Hujan telah berlalu, namun Pelangi masih di situ, menyerikan hari, menggembirakan hati…
Sweet kn citer ni...spatutnye kite sbg manusia pn kene la mcm tu jugak...xkesah yg hitam, yg putih, yg kelabu...bersatu!...bersatulah atas dasar Islam dan iman
Lepas ni, x payah susah2 pikir nk pilih baju warna ape....choose whatever color u want, u will bring happiness n joy....but, jgn over 'pelangi', nanti bukn je buat org len gembire tp bleh buat org ketawa (suspicious also)...hahaha
No comments:
Post a Comment