Thursday, March 19, 2009

AKAL + HATI = ??

Sebaik-baik ciptaan Allah swt adalah manusia. Mengapa??

Ada satu nikmat kurniaan Allah swt yang diberi hanya kepada manusia, tiada pada makhluk lain yakni AKAL.

Ada apa pada AKAL?



Ciri-ciri Akal :

::Setiap sesuatu mempunyai alat dan alat bagi orang mukmin ialah akal.
::Setiap sesuatu ada kenderaan dan kenderaan bagi manusia ialah akal.
::Setiap sesuatu ada tiang dan tiang agama ialah akal.
::Setiap sesuatu mempunyai tujuan dan tujuan bagi hamba Allah swt ialah akal.
::Setiap kaum mempunyai penyeru dan penyeru bagi kaum yang beribadah ialah akal.
::Setiap saudagar mempunyai harta kekayaan dan harta kekayaan orang yang rajin ialah akal.
::Setiap keluarga dalam sesebuah rumah mempunyai orang yang membiayainya dan yang membiayai rumahtangga orang siddiqin ialah akal.
::Setiap manusia mempunyai kesudahan yang disandarkan dan yang diingatkan dan kesudahan yang menjadi sandaran dan ingatan bagi orang siddiqin ialah akal.
::Setiap perjalanan mempunyai rumah kecil tempat persinggahan dan tempat persinggahan bagi orang mukmin ialah akal.

AKAL mampu menaikkan darjat manusia ke puncak kemuliaan. Bagaimana??

Fungsi AKAL :

~ Memandu tingkah laku manusia kerana AKAL termulia daripada pancaindera lain.
~ Menjadi neraca dalam kehidupan untuk menimbang tara perkara baik dan buruk.
~ Menyempurnakan peribadi manusia kerana AKAL itu sendiri bersifat sempurna.
~ Mengelakkan ajakan kepada kejahatan oleh AKAL yang lemah.

Manusia wajar menggunakan AKAL sebagai jalan untuk mendapat petunjuk, iman, dan panduan hidup. Manusia sebeginilah yang sebenarnya mencapai martabat mulia di sisi Allah swt.



Dari ‘Aisyah r.a.bahawa dia berkata, “Akal itu ada 10 bahagian. 5 bahagian nampak secara lahiriah dan 5 bahagian lagi tidak nampak (batiniah).”

Lima yang nampak:


1. Diam
2. Sabar
3. Tawadhuk (merendah diri)
4. Mengingatkan untuk berbuat baik serta melarang berbuat mungkar.
5. Berbuat amal kebaikan


Lima yang tidak nampak:


1. Berfikir
2. Memberikan contoh / pengajaran
3. Menganggap dosa sebagai masalah besar
4. Takut kepada Allah swt
5. Merendahkan hawa nafsu serta mampu mengalahkannya



AKAL sahaja tidak cukup untuk membawa manusia mengenal Yang Maha Esa tanpa hadirnya HATI. Hubungan dua unsur ini sangat rapat dan saling melengkapi.


Firman Allah swt ;
Maksudnya : “Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.” ( Surah al-Haj :46 )


Menurut Imam al-Ghazali, HATI itu ibarat cermin. Apabila terang cerminnya, maka akan teranglah segala maklumat atau ilmu yang diterima.

Tempat AKAL itu ialah di dalam HATI dan ia juga merupakan tempat berkumpulnya ilmu pengetahuan. HATI yang gelap tidak mampu memancarkan cahaya ilmu kepada AKAL. Oleh itu, jauhi perkara maksiat agar ilmu mudah menyinari HATI dan diproses oleh AKAL.

Perkara yang Merosakkan AKAL :

~ Ingkar perintah Allah swt dengan meninggalkan solat
~ Derhaka kepada ibu bapa dan guru
~ Melakukan maksiat dengan bergaul bebas dengan bukan mahram, couple, zina
~ Bercakap perkara sia-sia, termasuk menyanyi lagu-lagu yang melalaikan
~ Makan makanan haram, syubhat dan yang tidak sihat seperti makanan tercemar, organ dalaman binatang, makanan ringan, minuman bergas, bawang besar dan tembakau
~ Banyak tidur di waktu siang
~ Terlalu banyak menghabiskan masa dengan hiburan
~ Membiarkan kutu hidup di kepala
~ Melihat sesuatu yang ditegah seperti aurat orang lain malah aurat sendiri tanpa sebab, gambar-gambar lucah, benda-benda yang menjijikkan dan melihat najis ketika membuang hadas besar


Darjat manusia tinggi kerana AKAL. Jagalah AKAL supaya darjat tidak sehina binatang atau lebih teruk dari itu. Jagalah HATI juga supaya ia dapat memimpin AKAL ke arah jalan yang lurus. Jagalah keduanya supaya ‘nur’ ilmu sama ada pengetahuan duniawi mahupun makrifatullah, bisa memancar menyuluhi diri dan manusia seluruhnya.

Fikir-fikirkanlah...

.


No comments:

Post a Comment