Saturday, July 17, 2010

Terukir MEMORI Disebalik JUMAAT

Jumaat | 16 Julai 2010 | 4 Sya'ban 1431H

"Happy birthday..Moga barakah dan rahmah Allah sentiasa menyertaimu..dalam setiap nafasmu..setiap langkahmu..juga moga hidayah Allah senantiasa melimpahimu..jua taufik untuk merealisasikan hidayahNya..Moga apa yang kamu inginkan itu..itu juga kehendak Allah..dan moga itu yang terbaik buatmu.. ceria2 dan sihat2 selalu..salam sayang.."

Satu mesej panjang masuk ke inbox tepat 12.01am 16 Julai..
Kemudian banyak mesej menyusul..semua dari sahabat-sahabat seperjuangan, tak kira di Mesir mahupun di Malaysia..Tak kurang juga yang call directly to wish..

Terima kasih...itu saja yang mampu kulafazkan, hanya doa yang mampu kuhulurkan..moga sahabat semua juga sentiasa berada di bawah perlindunganNya..dijauhkan dari azab yang pedih..dikurniakan nikmat syurga dan nikmat bertemu Tuhan Pencipta Alam kelak.


"Mama kata 'selamat hari lahir'..kalau ada masa call rumah"

Mesej dari adik kuterima. Terkejut. Satu kalimah yang menggambarkan kondisi diri detik itu. Ya Allah, ampuni aku. Di kala kesibukanku pagi itu, sampai lupa untuk call rumah. Apalagi, terus pinjam laptop sahabat. Alhamdulillah, lega hati dapat berbicara bersama ibu tersayang walaupun sekejap, namun terasa dekat di hati walau di mata jauh melangkau benua.

Malam 16 Julai, kami (mana yang masih di Mesir) sambut beramai-ramai di sebuah restoran sekitar Sayeda Zainab..Sambutan hari lahir kali ni dapat dirai bersama 'kembar' saya atau kak teah (16 Julai), dan juga Anna serta Zahidah (14 Julai). Tahun lepas tak dapat sambut sama2 sebab saya berada di Malaysia dan mereka di Mesir. Terima kasih sahabat kerana memberi memori indah ini sebagai kenangan yang terpahat di ingatan. Moga manisnya ukhuwah ini tetap dirasai selamanya..


Ukhwah fillah umpama ombak laut yang setia menghempas pantai

Andai pantai berubah, ombak tetap setia menemui pantai


Terima kasih Zahidah..
 

 
Terima kasih Fatin..  









Terima kasih Oney, Seha, Fatin, Choda..









Terima kasih semua..









Khas buat sahabat Julai..
Selamat Hari Lahir - Saujana


Awan berarak ceria tiada titisan hujan
Pohon melambai tanda sokongan
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman
Dihari lahirmu sahabatku

Dedaun berguguran
Membuktikan kedewasaan
Walau tanpa madah dan hadiah
Namun cukup untukmu sekadar ucapan..

Selamat Hari Lahir
Iringan doa kuhulur
Bersyukur kepadaNya
Atas nikmat usia

Usiamu ibarat mutiara
Tiada berganti lagi
Hiaskan iman bersulam taqwa
Agar sempat mengucup haruman syurgawi


Moga pertambahan usia ini membawa kepada keinsafan terhadap dosa-dosa lalu, menambah amal soleh demi mencapai mardhatillah...ameen

No comments:

Post a Comment