Semalam aku kelukaan
kecewa kehampaan
mencalar ketabahan
Mimpi yang sering kuharapkan
kecewa kehampaan
mencalar ketabahan
Mimpi yang sering kuharapkan
menjadi kenyataan
namun tak kesampaian
ALLAH..
inginku hentikan langkah ini
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
semangat tenggelam
lemah daya
Haruskah aku mengalah
namun hati kuberbisik
inilah dugaan
Dan mataku kini terbuka
pada hikmah dugaan
Dan mataku kini terbuka
pada hikmah dugaan
menguji keimanan
Tak dilontarkannya ujian
di luar kekuatan
setiap diri insan
ALLAH..
pimpinlah diriku
untuk bangkit semula
meneruskan langkah
perjuangan ini
cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan
agar mimpi jadi nyata
PadaMu ku meminta
Daku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan yang Satu
Segalanya dariMu
Rasulullah s.a.w. bersabda:
ReplyDeleteنِعمَتانِ مَغبُونٌ فِيهِمَا كثيرٌ مِن النَّاس : الصِّحَّة ُ والفَرَاغ
"Dua nikmat yang kedua-duanya itu disia-siakan oleh sebahagian besar manusia, iaitu kesihatan dan kelapangan waktu." (Riwayat Bukhari)
Firman Allah s.w.t. :
وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعًا
dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. (Al-Maidah: 32)
Sesungguhnya usaha dan mujahadah ke arah memelihara kehidupan dan merawat manusia dalam kesakitan, agar kembali merasai nikmat kesihatan – dalam batas usaha sebagai hamba al faqir ilAllah – ada ganjarannya di sisi Allah.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
مَن خَرَجَ في طَلَبِ العِلمِ كان في سبيلِ اللهِ حتى يَرجِع
"Barangsiapa keluar untuk menuntut ilmu, maka dia sebagai orang yang berjihad fi-sabilillah sehingga ia kembali." Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi. Hadis Hasan.
Firman Allah s.w.t. :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan kesabaran dan solat; kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah: 153)
Selamat bermujahadah. Bittaufiq wannajah.