Sunday, August 8, 2010

Rindu Pada HARAMAIN

..............................................................................

Kerdil hamba hina terasa
Hitamnya hati dinodai dosa
Seribu khilaf hamba bawa
Tertunduk malu pada Yang Esa
Keruhnya hati pudar tanpa hidayah
Berat kaki mengatur gerak langkah
Menjejak tanah sejuta rahmah
Agungnya pada lembaran sejarah

Langkah kaki gagah diayun pergi
Mengenang jauhnya hijab kepada Rabbi
Titis jernih mengalir di pipi
Saat Baitullah di hadapan diri
Rebah hamba sujud ke bumi
Syahdu malam doa diiringi
Mengharap maghfirah di sisi Ilahi


Perjuangan Nabi disorot penuh penghayatan
Kalimah tauhid terpancar pelosok watan
Nikmat Islam disambut kesyukuran
Berkat kasih sayang dan kesabaran
Sungguh ummatmu ini banyak kelemahan
Di masjidmu hamba menadah tangan
Pinta dithabatkan hati dalam perjuangan


Ingin hati bertemu lagi duhai Nabi
Walau jauh jarak masa membatasi
Mahu diri menyahut lambaian kaabah
Suatu hari nanti hamba kembali singgah
Moga dipenuhi permintaan
Ameen Ya Rahman..

..............................................................................





No comments:

Post a Comment