Sunday, July 15, 2012

ANUGERAH


Bismillahi walhamdulillah.. memulakan entry untuk 2012.. lame sungguh tak update, memberi ruang kepada perkara2 yg lebih aula..

Tertulis kalamullah, Asy-Syuura ayat 49

 "Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki"

Syukur Alhamdulillah diberi satu anugerah yg besar tatkala bergelar seorang isteri..lagi 2 bulan diri ini akan bergelar 'mama'..tak sabar ^^


Pejam celik dah 7 bulan dah baby intrauterine..atau 30 minggu lebih tepat. Hati semakin seronok, tak macam awal2 dulu, payah nak 'cope' dengan stress dan morning sicknessSekarang baru perasan sebenarnya setiap ujian yg diberi sewaktu kehamilan adalah latihan kita untuk bersedia menerima ujian sebagai ibu untuk membesakan anak. Satu contoh, time pregnant ni memang payah nak tidur, selalu terjaga tengah malam dan tak cukup tidur. Dan itulah yg akan menjadi asam garam seorang ibu, tidur lambat nak dodoi anak, bangun tengah malam menyusukan anak, memang waktu tidur akan terganggu. Kerana kasih sayang, dia sanggup..kerana kesedaran bahawa itu pahala, dia sabar..alangkah indahnya..

Maksud ayat 36 Surah Ali-Imran;
"Maka tatkala isteri 'Imran melahirkan anaknya, diapun berkata: "Ya Tuhanku, sesunguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamai dia Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk." 

Doa yg diberi oleh mama supaya baca selalu, "aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk" ameen Ya Rabb.

Semoga dipermudahkan saat-saat akhir kehamilan, urusan kelahiran, penyusuan dan seterusnya..semoga anak soleh ini nanti yg akan menjadi penyeri hidup mama papa dan permata untuk agama..

Makin hari makin aktif dia kicking (ni pun dia 'bermain-main' dalam tu..tak fokus nak tulis) ^_^

1 comment: