Adakah Mayat ini Baik?
Setelah disembahyangkan, roh kita berlegar-legar di sekeliling rumah. Kita mendengar apa yg orang ramai perkatakan mengenai kita semasa hidup kita. Sekiranya kita boleh, apakah yg kita hendak mereka katakan mengenai kita sewaktu hidup kita? Ibu bapa…abang...kakak...adik kawan-kawan…ketua…orang bawahan…jiran tetangga…
Harimau Mati Meninggalkan Belang
Manusia mati meninggalkan nama. Persoalannya adakah kita meninggalkan nama yg mulia atau sebaliknya. Ia bergantung kepada bagaimana kita mendefinisikan fungsi kita dalam kehidupan. ‘Dialah contoh sebaiknya seorang sahabat yg setia, seorang anak yg taat, seorang pemimpin masyarakat yg adil, seorang guru penyuluh kebenaran, seorang pejuang yg mendamba syahid pd jalanNya’ . Semua bergantung pd diri kita untuk mengukirkannya.
Apabila Kita Lahir, Kita Menangis Orang Lain Bergembira
Apabila kita mati, kita bergembira dan orang lain menangis. Itulah kalimat seorang tokoh agama yg banyak menyumbang kepada perkembangan Islam di Nusantara semasa hayat beliau, Hamka atau nama sebenar Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Bagaimana kita boleh bergembira tika jasad sudah di liang lahad?
Dan bagaimana dengan kematian itu boleh membuatkan orang lain menangis?Nabi saw bersabda, “Apabila mati seorang anak Adam akan terputus semua kecuali tiga. Sedekah jariahnya, ilmu yg bermanfaat dan doa anak soleh.”
Nabi saw bersabda, “Apabila mati orang yg berilmu akan menangislah penduduk langit dan bumi, 70 hari.”
Perginya Mereka Ditangisi
Minggu lepas, minggu yg penuh dukacita. Sebak hati ini bila mendengar perkhabaran pemergian mereka yg dikenali. Seorang merupakan tokoh Islam disegani, Syeikh Fathi Yakan dan seorang lagi merupakan sahabat satu perjuangan di medan perubatan, ‘Ammar Zulkifli. Sehingga hari ini, kesedihan itu masih menyelimuti. Masakan tidak, sumbangan Syeikh Fathi Yakan kepada dunia Islam memang tidak dapat dinafikan. Selain kerja-kerja dakwah, buku Allahyarham yg masyhur, Maza ya’ni imtimai lil Islam (Apa Erti Saya Memeluk Islam) dan Al-Mutasaqitun ala Tariq ad-Dakwah sudah banyak mengubati jiwa manusia yg tidak kenal amanahnya sebagai khalifah dan menarik manusia menabur bakti demi agama dan ummah di dalam satu saf.
Bagi Allahyarham Ammar, walau tidak dikenali dunia namun, dikalangan sahabat handai hanya yg mahmudah dapat diungkapkan mengenainya, perginya dengan husnul khatimah membuatkan sahabat yg lain cemburu lantas masing-masing tersedar dari lena dan lebih berusaha mempersiapkan diri menghadapi suatu kepastian itu. Sememangnya saya tidak berapa mengenali allahyarham. Hanya sekali kami bekerjasama di atas nama Majlis Mentor Council Perubatan 08/09. Walaupun sekali itu, saya akui apa yg diperkatakan oleh sahabat-sahabatnya yg lebih rapat.
Satu perkara yg dapat saya simpulkan, mereka pergi dengan senyuman, meninggalkan kita dengan tangisan. Hidupnya mereka menyemai benih-benih dakwah, matinya mereka memetik buah-buah amalan. Wahai diri, insaflah..Bertaubatlah selagi pintu keampunan dibuka..Curahkan keringat selagi tenaga muda masih kuat..Sampaikanlah ilmu selagi roh di dalam jasad..Berjihadlah selagi Islam belum menang...
"Sesiapa yang ingin menemui Tuhannya, tidak miskin membela Islam."
..
satu post yang menarik..
ReplyDelete