“Assalamualaikum..nama siapa?” Saya memulakan bicara sambil menguntum senyuman.
“Waalaikumussalam..nama akak, Humairah, nama awak?” Balas seorang kakak, tersenyum.
“Panggil saya Anis, belajar di Mesir..”, saya menjawab.
“Oh..akak dari Ireland”, dia menyambung.
“Akak seorang sahaja ke?” Tanya saya lagi.
“Eh, tidak..ramai lagi..”, balasnya sambil menunjukkan rakan2 yang sedang menuju ke arah kami.
Melihat kemesraan antara saya dan kak Humairah tadi, seorang sahabat kak Humairah bertanya kepadanya, “Macam mana boleh kenal, pernah jumpa ke sebelum ni?”
Kak Humairah pun berkata, “Taklah..baru kenal tadi, tak sampai seminit pun”.
Mendengar jawapan itu, kami semua tersenyum..
Bagaimana kemesraan sebegitu wujud?
Bagaimana boleh timbul persepsi sedemikian?
Adakah ia terletak pada senyuman? Atau apa?
Mahabbah Hadir Ukhuwwah Mengiringi
Kita sering bicara soal ukhuwwah..Kita penat berfikir cara mendapatkan ukhuwwah..Kita sanggup memerah otak mencari resolusi bagi memantapkan ukhuwwah..Dari pertemuan hingga perpisahan, bicara lisan tentang ukhuwwah..
Atas dasar apa kita umat Islam bersaudara? Sudah tentu berlandaskan akidah yang sama, kiblat yang sama, tujuan hidup yang sama..
Bagaimana dengan mahabbah terbentuknya ukhuwwah?
Al-hubb (rasa kasih sayang) dicampakkan ke dalam hati manusia. Itu sudah fitrah. Namun, perasaan itu harus dipupuk, ditonjolkan dan tidak sesekali dihakis daripada diri.
Jika dalam hati sudah ada rasa kasih sayang terhadap saudara seagama, pertemuan pertama bagaikan perjumpaan entah keberapa. Mudah sahaja memulakan perbualan, dengan senyuman diukir, kemesraan terjalin. Lantas konsep ukhuwwah senang untuk dicapai.
Ukhwah Islamiyah
Ukhwah itu adalah sebuah kurniaan Allah swt untuk lebih taqarrub kepadaNya, kata-kata Nasih Ulwan. Paling asas, dalam sebuah ikatan ukhwah perlu ada ‘salaamatussodri’, rasa berlapang dada terhadap segala perkataan dan tindakan sahabat. Ikatan paling kuat apabila seseorang itu mencapai tahap ithar, mendahulukan sahabat dalam perkara-perkara tertentu.
Seseorang itu menjadi cermin kepada sahabat yang lain. Berkawan dengan peniaga minyak wangi, kita juga terkena tempias wanginya. Oleh itu, bijaklah dalam memilih sahabat.
Rasulullah saw pernah bersabda kepada kaum Ansar dan Muhajirin, “teman-teman pada hari itu akan menjadi musuh pada teman-temn mereka kecuali orang-orang yang bertaqwa”.
Kenal Sebelum Berkenalan
Biasanya kita akan sayang pada seseorang yang kita sudah kenal. Lebih-lebih lagi jika sudah lama bersahabat. Namun, cuba putarkan kebiasaan itu. Hadirkanlah terlebih dahulu dalam hati rasa kasih sayang terhadap saudara kita walaupun kita belum mengenalinya..agar nanti pertemuan dan perpisahan adalah semata-mata keranaNya..
Kelebihannya disyukuri..Kelemahannya diredhai..
Ukhwah fillah umpama ombak laut yang setia menghempas pantai
Andai pantai berubah, ombak tetap setia menemui pantai
No comments:
Post a Comment