Di saat lelah mengulangkaji, lonjakan semangat itu perlu..dan kita mesti 'self-motivated' sebab takkan setiap masa nak tunggu orang lain yang 'push'..kadang-kadang saya suka baca status ym yang bermakna..terisi rohani bila dihayati..paling suka baca ayat along..hari ni dia tulis;
" Jalan ini jalan jauh..rebah terguling bangkit kembali..tersungkur jatuh pantas berdiri..kerana, matlamat akhir itu hakiki..thabatkan jiwa, teguhkan hati.."
Terima kasih along..dapat refresh semangat bila baca..tapi apa yang penting bukan semangat sahaja tapi kefahaman dan kesedaran..selalu saya ingatkan diri sendiri..study bukan sebab nak lulus exam semata..
Rasulullah saw. pernah menceritakan nasib manusia yang mengatakan apa yang tidak dikotakan, yang menyuruh orang berbuat baik tetapi melupakan diri sendiri, yang menjadikan diri sebagai pembimbing sedangkan diri sendiri tidak terbimbing, yang menyuruh orang lain beristiqamah sedangkan dirinya sendiri menyeleweng.
Rasulullah saw. bersabda:
"Pada hari Qiamat kelak dicampakkan orang berkenaan dalam api neraka lalu terburai tali perutnya. Ia berputar-putar di dalamnya persis seperti keldai mengelilingi kincir pengisar gandum. Penduduk neraka berkerumun melihatnya. Mereka berkata; si pulan (rupanya), bukankah engkau dahulu menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar? Benar, jawabnya. Tapi aku menyuruh yang baik sedangkan aku sendiri tidak melakukannya, aku larang yang mungkar tapi aku sendiri melakukannya"
Ini juga yang diisyaratkan oleh Rasulullah saw dalam sabda baginda:
"Pelajarilah apa sahaja yang kamu boleh belajar. Akan tetapi Allah swt tidak akan memberi ganjaran sehinggalah kamu amalkan (apa yang kamu pelajari)"
Wahai diri, jaga telingamu, banyakkanlah mendengar ayat-ayat Allah
Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Apabila pemuda tersebut melihat Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, “Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepadaNya”. Berkata Nabi Isa a.s, “Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk satu Jarrah itu”. Pemuda itu berkata lagi, “Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah”.
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah s.w.t, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, “Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepadaMu”. Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.
Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda tersebut, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan salah seorang yang berada di situ berkata bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.
Setelah Nabi Isa a.s mendengar penjelasan orang-orang di situ, maka beliau pun berdoa kepada Allah s.w.t, “Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu”. Selesai sahaja berdoa, maka Nabi Isa a.s pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.
Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa a.s berkata, “Aku ini Isa a.s”. Kemudian Allah s.w.t menurunkan wahyu yang berbunyi, “Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepadaKu. Demi Keagungan dan KeluhuranKu, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya”.
Barangsiapa yamg mengakui 3 perkara tetapi tidak menyucikan diri dari 3 perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu :
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.
Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Akan datang waktunya umatku akan mencintai 5 lupa kepada yang 5 :
1. Mereka cinta kepada dunia, tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda, tetapi mereka lupa kepada al-hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk, tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa, tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah, tetapi mereka lupa kepada kubur.
Doa yang terbaik adalah doa para nabi dan rasul. Doa mereka terkandung di dalam al-Quran yang tertulis sebaik-baik susunan ayat munajat kepada Allah s.w.t., ayat-ayat yang mengagungkan Yang Maha Esa.
Abu Ali Abd. Rahman bin Muhammad al-Naisaburi meriwayatkan dalam kitab Fawaid, bahawa al-Barra’ r.a. pernah bertanya kepada Sayidina Ali r.a. agar memberitahu tentang amalan yang paling hebat dipelajarinya daripada Nabi s.a.w. Beliau menjawab: “Nabi mengajarku agar membaca ayat-ayat terakhir surah al-Hasyr dan 10 ayat pertama daripada surah al-Hadid. Kemudian mintalah kepada Allah apa yang kamu hajatkan.Ini kerana ayat-ayat tersebut mengandungi al-Ismul a’zam. Jika dipanggil dengannya akan dimakbulkan Allah”.
“Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir”. (al-Hasyr: 21)
Al-Khatib al-Baghdadi meriwayatkan dalam tarikhnya, bahawa Abu Nuaim meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: “Apabila kamu sampai kepada ayat ‘Lau Anzalna’, maka letakkanlah tanganmu di atas kepalamu kerana Jibril memberitahu kepadaku bahawa ia merupakan penawar kepada semua penyakit melainkan mati”.
“Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Asmaaul Husna. Bertasbih kepadaNya apa yang di langit dan bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (al-Hasyr: 22-24)
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:”Sesiapa yang membaca al-Ta’awuz sebanyak tujuh kali dan tiga ayat terakhir daripada surah ini, maka Allah s.w.t. akan mengutuskan 70 ribu malaikat untuk mendoakannya hingga ke petangnya. Jika dia mati, dikira sebagai syahid. Demikianlah pula jika dia membacanya pada sebelah petangnya”.
( HR Ahmad dan al-Darimi serta al-Tirmizi dan dianggap sebagai hasan olehnya)
Iringilah setiap langkah dan tindakan dengan doa. Berdoalah dengan penuh pengharapan kepada Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah tidak pernah jemu mendengar permintaan hambaNya yang soleh. Jika tidak tertunai di dunia, pasti akan dimakbulkan di akhirat kelak. InsyaAllah..
Sumber: ‘101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran, Khasiat & Kaifiat Beramal’ (Ust. Hj. Zahazan Mohamed)