Rasulullah saw. bersabda:
"Pada hari Qiamat kelak dicampakkan orang berkenaan dalam api neraka lalu terburai tali perutnya. Ia berputar-putar di dalamnya persis seperti keldai mengelilingi kincir pengisar gandum. Penduduk neraka berkerumun melihatnya. Mereka berkata; si pulan (rupanya), bukankah engkau dahulu menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar? Benar, jawabnya. Tapi aku menyuruh yang baik sedangkan aku sendiri tidak melakukannya, aku larang yang mungkar tapi aku sendiri melakukannya"
Ini juga yang diisyaratkan oleh Rasulullah saw dalam sabda baginda:
"Pelajarilah apa sahaja yang kamu boleh belajar. Akan tetapi Allah swt tidak akan memberi ganjaran sehinggalah kamu amalkan (apa yang kamu pelajari)"Wahai diri, jaga telingamu, banyakkanlah mendengar ayat-ayat AllahWahai diri, jaga matamu, jauhilah pandangan nafsu mafsadahWahai diri, jaga lidahmu, berkatalah dengan kalimah al-haqWahai diri, jaga tanganmu, laksanakanlah amalan solehWahai diri, jaga langkahmu, waspadalah terhadap lubang maksiatWahai diri, jaga hatimu, kerana ia cerminan siapa diri sebenarnya
No comments:
Post a Comment