Monday, December 5, 2011

Takhta CINTA Bahagia

Dalam hati tersimpul cinta
Bagai dunia aku yang punya
Sungguh sulit mendefinisi bahagia
Hanya yang merasa memahaminya


Monday, November 7, 2011

Aktiviti Raya Bersama Famili


SELAMAT HARI RAYA EIDULADHA


Tadhiyah Manifestasi Tarbiyah..

Setiap kali raya haji saya diingatkan kembali tentang sejarah Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as..namun, dewasa kini saya sedar bukanlah sirah semata yang ingin diceritakan tetapi ibrah disebaliknya yang boleh saya ambil dan aplikasi dalam kehidupan zaman ini. 

Bagi saya, tema di atas sangat sesuai bagi menggambarkan kisah nabi tadi. Sememangnya tadhiyah dan tarbiyah tidak boleh diasingkan. Tadhiyah yang tinggi hasil daripada tarbiyah yang jitu. Dalam kehidupan seharian, banyak yang saya lalui, tanpa disangka setiap detik adalah ketentuan Allah swt untuk diri saya. Kenapa perlu saya mempersoalkan? Sedangkan Allah swt memberi tarbiyah direct kepada saya. Saya perlu bersangka baik dengan Allah swt kerana saya yakin Dia hanya memberi yang terbaik untuk saya.

Sebaik-baik contoh ikutan adalah baginda Nabi Muhammad saw. Baginda adalah pentarbiyah terhebat. Kenapa ramai yang tertarik untuk ditarbiyah oleh baginda? Kerana baginda bukan sahaja pandai bercakap tetapi mengotakan apa yang diperkatakan. Kalam yang diucap lahir dari hati justeru menerobos terus kepada hati.

Istilah berkorban ada bezanya dengan menyumbang..hmm..bila difikir-fikir, saya banyak menyumbang namun, bila masa saya berkorban? Jarang saya merasa susah sebab saya selalu berada dalam keadaan yang senang. Bila Allah swt timpakan musibah, baru rasa diri dekat padaNya. Bijak sungguh perancangan dan perlaksanaan Pencipta untuk hambaNya.

Monday, October 31, 2011

Wahai ISTERI


Wahai isteri, ingatlah...

Seorang ibu berwasiat kepada puterinya,
"Wahai puteriku, janganlah engkau menutup mata akan kebersihan tubuhmu kerana kebersihan tubuhmu akan membuat wajahmu bersinar, membuat suami lebih cinta, menghindari dirimu dari penyakit dan kuman serta menguatkan tubuhmu untuk bekerja. Perempuan yang kotor membuat mata enggan memandang dan telinga enggan mendengar. Jika engkau menyambut suamimu maka sambutlah dengan gembira dan wajah yang berseri-seri. Sesungguhnya, kasih sayang adalah tubuh dan rohnya adalah wajah yang berseri."

Monday, August 22, 2011

Lailatul Qadar.. SAAT AJAIB?

Ramai yang menyangka bahawa lailatul qadar ini satu malam yang penuh keajaiban. Saat langit gelap gelita di tengah malam dan bercahaya di kala subuh hampir menyingsing. Deru angin bak bertasbih memuji Allah swt. Pokok-pokok bergoyang menyembah Allah tatkala tiada angin yang menggoncang.. Ya, tanda-tanda ini ada dinukilkan sebagai pengalaman para sahabat, para ulama juga para auliya. Namun Ust Mohammad bin Abdullah (dalam rancangan tv9 'Tanyalah Ustaz') berkata ianya lebih kepada pandangan iman, deria hati yang kuat untuk merasa dan melihat keajaiban itu.

Friday, August 19, 2011

5 BULAN Berlalu Sudah...

Fuhh...(bile la nak update blog..bersawang dah..)
Haa! Nak update la ni..hehe :)

RAMADHAN 2011/1432H

Beza..memang berbeza..Berstatus seorang isteri, sambut bersama suami tersayang..sememangnya bulan puasa kali ini cukup bermakna. Cerita hidup baru yang belum pernah dilalui (ye la..sebelum ni kan bujang). Tambah pula, cuti kali ni banyak kali travel. Ulang-alik Bangi-Kulim-Bangi-Kulim. Penat memang penat tapi memori tu boleh jadi kenangan.
1 dan 2 Ramadhan, kami berada di Bangi (dari balik arituh).
3 dan 4 Ramadhan, duk di Kulim pula.
5 dan 6 Ramadhan, ziarah saudara di Kuantan.
7 hingga 15 Ramadhan, balik bangi semula.
16 hingga hari ni, berada di Kulim.

Saturday, January 22, 2011

Tentang HATI

"KETAHUILAH, SESUNGGUHNYA DI DALAM JASAD ITU TERDAPAT SEKETUL DAGING, APABILA ELOK DAGING TERSEBUT, MAKA ELOKLAH JASAD TERSEBUT KESELURUHANNYA, APABILA IA ROSAK, MAKA ROSAKLAH JASAD KESELURUHANNYA, KETAHUILAH BAHAWA IA ADALAH HATI"
.:: Sabda Rasulullah saw...Shahih Muslim: 1599 ::.

Hati adalah anugerah Allah swt kepada setiap hambaNya. Namun, tidak ramai yang menyedari hakikat kewujudan dan fungsinya. Secara fizikalnya, memang hati itu ada tetapi dari segi maknawinya ramai yang tidak mempunyai hati..na'uzubillah

Wednesday, January 12, 2011

Ana MUSLIM

Pembuka tirai 2011
-tajdid niat-


Ana lahir sebagai Muslim
Ana belajar ciri-ciri Muslim
Ana faham tanggungjawab Muslim
Ana mengajak bersama Muslim
Ana ingin mati sebagai Muslim

*******