Showing posts with label cerpen sufi. Show all posts
Showing posts with label cerpen sufi. Show all posts

Saturday, May 4, 2013

Haruman RAIHAN



“Kehidupan di dunia adalah wasilah untuk mencapai matlamat utama di negeri abadi. Sudah pasti matlamat yang diingini merupakan redha Allah swt dan nikmatNya yang tidak terbayang dek imaginasi. Tiada siapa mahu hidupnya diakhiri azab keras akibat murka Allah swt. Boleh jadi hidup yang tiada matlamat, tiada juga di dalamnya usaha-usaha meraih apa jua bentuk kejayaan. Tanpa mengetahui matlamat yang dituju, sangat payah bagi menyelusuri jalan-jalan kehidupan yang banyak persimpangan juga penuh halangan. Jelas sekali, matlamat yang benar dan nyata mampu memberi petunjuk ke arah jalan yang betul. Matlamat mencari redha Allah menggerakkan hambaNya kepada amalan soleh dan usaha untuk istiqamah melakukannya.”

Buku catatan ditutup lantas lengan baju disingsing sambil kaki melangkah menuju ke dapur. Cukup saja rehat 10 minit. Tanggungjawab tidak dirasakan beban kerana sudah menjadi rutin harian. Namun, rutin diiringi niat lillahi taala akan dianugerahi pahala dengan izinNya. “Hari ni nak masak apa ya?” Otakku ligat memikirkan resepi yang bakal menjadi juadah makan malam kami. Lama juga kutercegat di hadapan peti sejuk memerhatikan bahan mentah yang ada. “Masak special la,” kubermonolog sendirian sambil tersenyum. Memang itulah jawapan standard jika ditanya tentang kehendaknya. Alhamdulillah suami tak cerewet. Penat macam mana pun dengan urusan harian, terasa lega apabila dapat menggembirakan hati suami.

Sunday, August 29, 2010

RAMADHAN Kareem, ALLAHU Akram..

Allah swt telah berfirman dalam kitabNya yang bermaksud :

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”
(Surah Al-Baqarah : 183)

Hakikat Taqwa

Kewajipan puasa itu tidak lain bertujuan membentuk jiwa yang bertaqwa kepada Allah swt, dalam erti kata lain mendidik muslimin menjadi mukminin yang muttaqin.

Baginda Nabi saw menceritakan rahsia yang tersembunyi di sebalik taqwa dengan sabda baginda:

Taqwa itu letaknya di sini.”Dengan menunjukkan ke dada baginda sebanyak 3 kali, kemudian Nabi saw bersabda lagi:

“Cukuplah seseorang itu melakukan kejahatan apabila dia memandang rendah saudara muslimnya. Setiap orang muslim itu diharamkan ke atasnya darah, harta, dan kehormatan saudara muslimnya”
(Sahih Muslim 16/120, Sunan Tirmizi 6/54)

Saturday, July 17, 2010

Terukir MEMORI Disebalik JUMAAT

Jumaat | 16 Julai 2010 | 4 Sya'ban 1431H

"Happy birthday..Moga barakah dan rahmah Allah sentiasa menyertaimu..dalam setiap nafasmu..setiap langkahmu..juga moga hidayah Allah senantiasa melimpahimu..jua taufik untuk merealisasikan hidayahNya..Moga apa yang kamu inginkan itu..itu juga kehendak Allah..dan moga itu yang terbaik buatmu.. ceria2 dan sihat2 selalu..salam sayang.."

Satu mesej panjang masuk ke inbox tepat 12.01am 16 Julai..
Kemudian banyak mesej menyusul..semua dari sahabat-sahabat seperjuangan, tak kira di Mesir mahupun di Malaysia..Tak kurang juga yang call directly to wish..

Terima kasih...itu saja yang mampu kulafazkan, hanya doa yang mampu kuhulurkan..moga sahabat semua juga sentiasa berada di bawah perlindunganNya..dijauhkan dari azab yang pedih..dikurniakan nikmat syurga dan nikmat bertemu Tuhan Pencipta Alam kelak.

Thursday, June 3, 2010

Sub2: Pengembaraan Fil & Kajian Makmal Rheufiey


Persada sunyi seketika. Tiba-tiba, kedengaran satu melodi memecah lamunan.


Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hold you 
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick 
Stay up all night
Holding you tight
That’s right no other
My mother




Masing-masing tertanya-tanya. Layar skrin bertukar lagi. Fil sedar kepelikan yang tergambar pada wajah teman-temannya lantas menyambung pembentangannya. “Ini dinamakan lagu dan merupakan wacana hiburan manusia. Jika dihayati, isinya penuh makna selari dengan sabda Nabi saw”.

Wednesday, May 12, 2010

Sub1: Pengembaraan Fil & Kajian Makmal Rheufiey


‘Bip!Bip!Bip!’ Kelihatan Transjet Micro07 Rheu2032 selamat mendarat di Lapangan Rheutaz. ‘Zuss!’ Pintu utama terkuak. Langkahan Amartius Fil disambut lambaian Amartius Neis, teman setia Makmal Rheufiey. “Apa khabar Fil? Mesti penat, mari rehat dulu sebelum berjumpa Presiden Zaf”, sapa Neis dengan senyuman ceria. “Penatlah sikit. Perjalanan 500trans sesaat, tak pernah aku kembara selaju itu. Ini gara-gara rasa rindu pada Rheuamourrhefallous, tanah airku”, balas Fil sambil menuju ke Ruang Rheusis.

Di Persada Rheufallous, kesemua 10 amartius telah siap sedia menunggu mengelilingi meja persidangan. ‘Zuss!’ Pintu Persada terbuka lantas kelibat Presiden Zafranizfaizurhan menjelma masuk, diiringi Sekretariat Rinassilanisril bersama 2 armada menjaga keselamatan. Serentak semua amartius berdiri tanda hormat. Dengan penuh semangat Presiden Zaf berbicara,“Selamat pagi semua. Seperti yang termaktub dalam Perancangan Cyfitrans, pagi ini kita sangat mengalu-alukan ketibaan Amartius Fillusirfisarfishanis diiringi Amartius Neissafrinellafienna”. Muncul kedua-duanya masuk ke Persada disambut tepukan gemuruh para amartius.

Monday, May 3, 2010

Geli HATI, Gilap HATI +_-

Sekadar mengisi masa terluang dengan hiburan bermanfaat..Ini adalah cerpen yang saya petik dari blog Us Pahrol Juoi (http://www.genta-rasa.com/)..

REVOLUSI BERUK

Raja Beruk termenung.Ekor panjangnya melilit di celah batang sambil tangannya yang berbulu itu memegang ranting dahan.
Dia termenung.Anak-anak buahnya bergayutan dari dahan ke dahan,berteriak,menjerit penuh riang.
“Nyet…nyet…nyet,”gegak-gempita,rimba raya ditusuk jeritan beruk-beruk hutan.Tapi Raja Beruk terus termenung…

“Mengapa paduka tuan?”tanya Menteri Beruk.
Diam..tiada jawapan.Raja Beruk terus diam.
“Mengapa paduka tuan?”Tanya Menteri Beruk sekali lagi.
“Aku risau…”sepatah jawab Raja Beruk.

Tuesday, March 9, 2010

Erti Hidup Bersama PERJUANGAN

Huhh! Tahun3 memang tahun yg busy, jadual sangat padat dengan urusan study dan aktiviti persatuan..
Alhamdulillah..selamat pindah rumah baru dan semua dah setel..skarang baru terdetik nak update blog..maaf sarah (yg dah lama bising suruh update)..

Tahun 2010 :
- pelajar medic tahun3
- s/u mentor council
- timb pengarah iman3
- mentor adik2 tahun1
- masulah rumah
- ajk program tertentu

Tanggungjawab yg diamanahkan dianggap sebagai suatu taklifan Allah swt utk saya. Sesungguhnya ini adalah sebenar-benar tarbiyah hidup..menjadikan diri lebih kuat dan sabar, belajar mengurus masa, belajar membahagi prioriti tugas, belajar menghargai orang lain, belajar utk memimpin, belajar utk berfikir, belajar utk menyampaikan, belajar mengawal emosi, belajar erti kesatuan, belajar erti pengorbanan, BELAJAR MENGENAL ALLAH, belajar..belajar..dan belajar...

Kadang terasa taklifan tu sangat berat, selalu rasa down, futur. Sudah lumrah, iman kan naik turun pastu naik balik. Namun, perasaan itulah yg mendekatkan diri dengan Pencipta kita..Masa susah, kita minta pertolongan Allah...masa sedih, kita mengadu pada Allah...masa sunyi, kita berbicara dengan Allah...masa runsing, kita minta ketenangan dari Allah...masa buntu, kita mohon ilham dari Allah...tak putus2 doa kpd Allah..perasaan tu..PERASAAN DEKAT DENGAN ALLAH..saya rindu perasaan itu...

Pernah satu hari, saya rasa sangat tak bersemangat, jalan dakwah ni memang memenatkan..saya letak status ym : "apakah ubat utk merawat futur?" Malam tu ada ceramah sempena Maulidur Rasul ..alhamdulillah, cepatnya Allah bagi jawapan..then, status ym saya edit : "apakah ubat utk merawat futur? selusurilah perjuangan Nabi saw"..perjuangan Baginda penuh onak, ditentang fizikal, mental, emosi..Baginda juga pernah rasa lemah tapi, Baginda terus kembali kpd Allah..Baginda yakin Allah sentiasa di sisi utk membantu agamaNya, membantu sesiapa shj yg membawa risalahNya. Ustaz cakap, kita selalu nak ikut sunnah Rasulullah tapi kita selalu lupa sunnah Nabi yg utama..memperjuangkan Islam itu sendiri, satu jalan yg Allah jual dengan syurga kalau kita sanggup beli dengan pengorbanan harta dan diri kita pada jalan ini..Saya sudah pun berada atas jalan tu, kenapa nak berhenti pula..apa yg perlu saya buat, teruskan berjalan walaupun saya tahu ada paku dan duri atas jalan tu, ada tangan2 yg menolak saya sampai jatuh, dan macam2 lagi rintangan di depan..sebab saya tahu darah yg mengalir dari kaki saya Allah sukat,. kalau jatuh, Allah ada di sisi utk bangunkan saya,. dan rintangan yg datang hanyalah tangga2 ujian ke arah tangga yg terakhir menuju syurga Allah..Esok tu juga saya start baca Fiqh Sirah karangan Syeikh Said Ramadhan al-Buti..semangat saya pulih..ALLAH BAGI JAWAPAN DENGAN UBAT SEKALI..subhanallah..alhamdulillah...

Senior kata tahun3 tahun paling tension sbb susah..susah macam mane, saya tak tahu..jadual padat ke? subjek susah faham ke? kena study banyak ke? ..yang pasti saya dah boleh positifkan minda..seriously, saya sangat suka tahun ni..tahun3 adalah tahun paling enjoy berbanding 2thn sebelum..sebab? Sebab saya banyak belajar...

Tuesday, October 13, 2009

Sub3: Hanya RANTAIAN Perjuangan

Anis, aku ingin berkongsi dua kisah,

Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam Hassan AlBanna
kedua kisah sahabatku di Indonesia
Moga kedua-dua kisah ini dapat kita renungkan bersama

Menjadi motivasi buat kita untuk terus
berada dalam jalan ini.

Anis, kau pastinya arif mengenai Assyahid Imam Hassan AlBanna.

Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu
Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi
Semua manusia mengenalinya.

Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna, pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah .

Anis, aku akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha.

Itu Sunnatullah. Tapi Anis, kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja.

Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha.
Itu juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya.

Anis, aku kongsikan pembacaanku dalam buku Detik-detik Hidupku karangan
Assyahid Imam Hassan Al Banna:

Itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin.
Seorang sahabat di Indonesia pernah bercerita mengenai pelajarannya.
Alhamdulillah, dia memperolehi yang terbaik.
Dia ingin mempertahankan prestasi terbaik untuk Allah, agama Allah.
Di sudut lainnya, dia tidak suka mengejar dunia, bersaing untuk berasa hebat.
Dia hanya ingin memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah.

Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah kecundang. Dia pernah bertanya kepada Allah – Ya Allah, kenapa engkau mentakdirkan prestasi yang baik buat temanku?
Apakah temanku itu punya alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya.


Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah.Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya.

Lalu Allah memberitahu dirinya melalui suatu kisah sahabat yang dijamin masuk syurga, padahal seharian ibadahnya sama saja seperti sahabat yang lain.

Dan ketika ditanya prinsip hidupnya, sahabat itu menjawab "Aku tak suka membanding-bandingkan apa yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya. Aku yakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan untukku dalam situasi sulit atau lapang. Aku akan tetap redha kepada Allah dalam situasi apapun. Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa, meskipun segunung harta itu milikku atau aku tak punya harta sedikit pun".

Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa paras bukan persoalan utama.
Ingat lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum. Dia sahabat nabi yang buta.
Dia mahu membawa panji bendera Islam. Katanya, buta menyebabkan dia tidak takut kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh.
Akhirnya dia syahid. Mereka yang menemui mayatnya tidak dapat mengecamnya kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya. Subhanallah.

Pasti Anis ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa yang telah dia lakukan? HAMAS berdiri dengan izzah. Musuh menggeruninya.

Anis, kita sempurna. Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam.
Ayuh berada dalam saf perjuangan.

"Kamu (umat islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. [surah ali imran : 110]

Kita hanya mata rantai syuhada’ silam
Menuju syahid melalui jalan perjuangan

Sumber: pu3raudhah.blogspot.com

Sub2: Jangan Main TARIK TALI Dengan Allah

Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?
Ok, aku berikan contoh

Misalnya waktu buat kerja dakwah tu,
Terdetik tak kat hati , banyak lagi yang tidak habis belajar

Terdetik tak kat hati, assignment Parasit tak siap lagi
Nota Pharma tak buat lagi
Lusa kuiz Patho tak prepare lagi
Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah

Ada keraguan dalam hati
Seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah

Siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya
Kita melakukan jual beli dengan Allah,
Kita nak beli syurgaNya tapi kita tidak bayar lagi

Kita berdoa, tapi takde kesungguhan dalam doa kita

Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah

Anis dah faham
Anis kena banyak muhasabah
Anis dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk

Anis tahu itu maksudnya peringatan dari Allah
Anis tahu hukum berdakwah tapi tidak mengerjakan kerja tersebut

Anis, sahabatku,
Seorang ibu pernah mengatakan
Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku

Setiap kali aku bergaul dengan jiranku, aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan Islam

Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku, aku ingin mereka merasakan keindahan Islam

Anis, itulah yang inginku kubentuk dalam diriku
Aku ingin setiap perbuatanku menjadi manifestasi dakwah itu sendiri
Pelajaranku, hubunganku dengan keluarga dan sahabat, segalanya adalah dakwah
Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya

Sub1: DAKWAH & STUDY Bukan Macam Jongkang-Jongket

Anis, jomlah ikut smart circle
Anis, jomlah pergi kelas tafaquh
Anis, jomlah berdakwah
Anis, tolong jadi ajk program
Anis, ummah semakin koyak
Anis, jomlah amar makruf nahi mungkar
Anis, jomlah kita bangkit mengubah segalanya

Aku tidak mahu
Aku kena study
Markah semester lepas dah cukup teruk

Gara-gara dakwah, tarbiah, usrah dan program
Aku menyesal megikuti semua itu
Bosan!!
Buang masa!!

Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan, tapi luas lagi skopnya

Bukan ke islam tu syumul
Sempurna, menyeluruh, meliputi semua perkara
Kalau nak berjaya, kena study
Waktu study, studylah

Esok kalau dah berjaya
Aku buatlah kerja dakwah tu

Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal dalam pelajaranku
Kan nanti aku menutup mata orang lain terhadap Islam

Anis, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang-jongket

Jongkang-jongket?
Apa kau merepek ni?

Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam
jongkang-jongket

Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah
Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah

Tu bukan dakwah namanya
Dan tu bukan belajar namanya
Habis tu?

Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar terus
Tak boleh inversely proportional

Apa maksud kau?

Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya

Aku tidak faham
Tak pe, aku terangkan

Macam ni, bila dah berdakwah tu
Rasa senang je nak study

Bila belajar Anatomy of Heart misalnya
Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah ciptakan jantung

Bila belajar tentang Inflammation in Pathology, rasa kerdil diri berbanding Yang Maha Kuasa

Bila belajar Microbiology, terasa akrab dengan Maha Pencipta

Kenapa?

Sebab diri tahu bahawa ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah

Rasa senang hati nak terima ilmu
Kalau orang lain study 1 jam
Dia hanya perlu study 10 minit sahaja
Sebab apa?

Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu

Aku tak pernah rasa semua itu

Lain tu, selama ni kau nak cakap yang aku ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas?

Tak, itu bukan maksud aku
Cuma kena checklah sikit hati tu
Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak berlaku tarik tali dengan Allah

Tuesday, July 14, 2009

Surat CINTA

Rasa sebak tiba-tiba merantai hati ini. Mata ini pula sudah kebal untuk dilelapkan. Ini semua gara-gara ingatan ini telah diikat dek imbauan kalam-kalam sucimu padaku. Tika manusia lain hanyut dialun mimpi, hati ini tidak keruan, lantas gerobok usang itu juga yang kukunjungi. Sedang asyik tangan membelek-belek kitab-kitab, pandangan ini tertumpu pada lembaran hijau di atas gerobok, terasing daripada kitab-kitab lain dek keistimewaannya pada diriku.

Kucapai lembaran itu penuh tanda tanya. Sudah lama aku tidak membuka lembaran itu. Mungkinkah hati ini terpanggil gara-gara rasa rindu sudah terpaut padanya? Aku mengusap-usap membuang habuk yang meliputi. Langkahan kaki ini sengaja dituju ke sudut kamar, dikuak jendela kayu menampakkan samar-samar cahaya bulan menerangi segenap ruang. Sesekali api pelita meliuk lemah ditiup bayu malam yang nyaman. Kedengaran merdu sekali suara alam, desingan unggas diselang-seli bunyi aliran sungai, sudah cukup untuk melabelkannya muzik kegemaran setiap telinga yang mendengar.

Perlahan, kuselak lembaran itu, lembaran surat cintamu. Dalam hening malam, kubaca satu-persatu kalimahnya. Sungguh puitis bahasa tersusun, indah bila dihayati. Kalbuku terusik. Kuteruskan jua membacanya, kuteliti isi maknanya penuh syahdu. Walau bukan pada bicara, walau hanya terukir pada surat cinta, aku faham benar isi hati lembaran itu. Padamu, jiwa ini adalah milikmu dan sememangnya hati ini sudah lama terikat padamu. Dimana saja kuberdiri, namamu meniti di bibir ini. Kemana saja kumelangkah, ingatanku padamu tidak akan luput. Segala apa yang kulakukan, pasti untukmu.

Aku ingin menjadi kekasihmu, namun kusedar diri ini masih lemah diarus nafsu bermaharajalela. Dinanya aku tertipu dek permainan dunia. Butanya aku tidak nampak peluang yang kauhamparkan. Surat cintamu tiada henti kubaca, namun ada sela tercipta di antara waktu. Terdengar esakan insaf tidak bergema. Ada titisan-titisan jernih bertaburan, berkilauan dek terkena pancaran cahaya bulan. Jatuhnya tanpa suara. Alirnya semakin deras, tidak boleh lagi diseka, hanya dibiar membasahi sudut kamar itu. Hati ini tekad sekali ingin bertemu denganmu.

Aku berusaha untuk berubah menjadi wanita solehah yang kuat jiwanya membina jalan menuju syurga. Jalan jihad kupilih, walau kekadang sakit jatuh tidak betah, kubangkit pantang menyerah. Bukankah itu hasrat yang kaukalamkan dalam surat cinta? Semangat itu akan terus kusuburkan dalam sanubari. Sedaya mampu, hasrat diterjemah sebagai cabaran, lantas tangan mengukir diari menjejak martabat srikandi sejati. Oleh itu, tidak rela aku meninggalkan surat cintamu. Setiap batas waktu, kubuka lembaran surat cinta itu, agar hati ini bisa suci seputih salju. Akan kuhayatinya saban hari, agar diri ini sentiasa sedar ada cinta suci sedang menanti, yang menanti bertemuku di taman firdausi, sebagai kekasih selamanya.



Surat Cinta Allah swt kepada HambaNya

Firman Allah swt ; Mafhumnya : (Al-Quran) ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertaqwa. (Surah Ali 'Imran : ayat 138)