Showing posts with label ideas. Show all posts
Showing posts with label ideas. Show all posts

Saturday, January 22, 2011

Tentang HATI

"KETAHUILAH, SESUNGGUHNYA DI DALAM JASAD ITU TERDAPAT SEKETUL DAGING, APABILA ELOK DAGING TERSEBUT, MAKA ELOKLAH JASAD TERSEBUT KESELURUHANNYA, APABILA IA ROSAK, MAKA ROSAKLAH JASAD KESELURUHANNYA, KETAHUILAH BAHAWA IA ADALAH HATI"
.:: Sabda Rasulullah saw...Shahih Muslim: 1599 ::.

Hati adalah anugerah Allah swt kepada setiap hambaNya. Namun, tidak ramai yang menyedari hakikat kewujudan dan fungsinya. Secara fizikalnya, memang hati itu ada tetapi dari segi maknawinya ramai yang tidak mempunyai hati..na'uzubillah

Friday, June 25, 2010

ANALOGUE

Life has 'IF'

Life. A small word with a big meaning. Very subjective to be described. There is something interesting yet simple to be noticed beyond this word. The word, L.I.F.E itself significantly has an ‘IF’ at its center. It represents the existence of a concept of uncertainty which is designated by ‘IF’. It has been a common language used by many people.

Our knowledge is restricted. Only Him, Who Knows every single little thing. We do not know who will we become, how our lives are going to be look like, and what will we do in the future. But the uncertainty that makes this world full of colours. We are the artists who draw and paint the white plain paper of life. To make it dull, to make it monochrome, to make it colourful, it is in the hands of the artists. We can make choices.

Wednesday, May 12, 2010

Sub1: Pengembaraan Fil & Kajian Makmal Rheufiey


‘Bip!Bip!Bip!’ Kelihatan Transjet Micro07 Rheu2032 selamat mendarat di Lapangan Rheutaz. ‘Zuss!’ Pintu utama terkuak. Langkahan Amartius Fil disambut lambaian Amartius Neis, teman setia Makmal Rheufiey. “Apa khabar Fil? Mesti penat, mari rehat dulu sebelum berjumpa Presiden Zaf”, sapa Neis dengan senyuman ceria. “Penatlah sikit. Perjalanan 500trans sesaat, tak pernah aku kembara selaju itu. Ini gara-gara rasa rindu pada Rheuamourrhefallous, tanah airku”, balas Fil sambil menuju ke Ruang Rheusis.

Di Persada Rheufallous, kesemua 10 amartius telah siap sedia menunggu mengelilingi meja persidangan. ‘Zuss!’ Pintu Persada terbuka lantas kelibat Presiden Zafranizfaizurhan menjelma masuk, diiringi Sekretariat Rinassilanisril bersama 2 armada menjaga keselamatan. Serentak semua amartius berdiri tanda hormat. Dengan penuh semangat Presiden Zaf berbicara,“Selamat pagi semua. Seperti yang termaktub dalam Perancangan Cyfitrans, pagi ini kita sangat mengalu-alukan ketibaan Amartius Fillusirfisarfishanis diiringi Amartius Neissafrinellafienna”. Muncul kedua-duanya masuk ke Persada disambut tepukan gemuruh para amartius.

Monday, May 3, 2010

Geli HATI, Gilap HATI +_-

Sekadar mengisi masa terluang dengan hiburan bermanfaat..Ini adalah cerpen yang saya petik dari blog Us Pahrol Juoi (http://www.genta-rasa.com/)..

REVOLUSI BERUK

Raja Beruk termenung.Ekor panjangnya melilit di celah batang sambil tangannya yang berbulu itu memegang ranting dahan.
Dia termenung.Anak-anak buahnya bergayutan dari dahan ke dahan,berteriak,menjerit penuh riang.
“Nyet…nyet…nyet,”gegak-gempita,rimba raya ditusuk jeritan beruk-beruk hutan.Tapi Raja Beruk terus termenung…

“Mengapa paduka tuan?”tanya Menteri Beruk.
Diam..tiada jawapan.Raja Beruk terus diam.
“Mengapa paduka tuan?”Tanya Menteri Beruk sekali lagi.
“Aku risau…”sepatah jawab Raja Beruk.

Tuesday, July 14, 2009

Surat CINTA

Rasa sebak tiba-tiba merantai hati ini. Mata ini pula sudah kebal untuk dilelapkan. Ini semua gara-gara ingatan ini telah diikat dek imbauan kalam-kalam sucimu padaku. Tika manusia lain hanyut dialun mimpi, hati ini tidak keruan, lantas gerobok usang itu juga yang kukunjungi. Sedang asyik tangan membelek-belek kitab-kitab, pandangan ini tertumpu pada lembaran hijau di atas gerobok, terasing daripada kitab-kitab lain dek keistimewaannya pada diriku.

Kucapai lembaran itu penuh tanda tanya. Sudah lama aku tidak membuka lembaran itu. Mungkinkah hati ini terpanggil gara-gara rasa rindu sudah terpaut padanya? Aku mengusap-usap membuang habuk yang meliputi. Langkahan kaki ini sengaja dituju ke sudut kamar, dikuak jendela kayu menampakkan samar-samar cahaya bulan menerangi segenap ruang. Sesekali api pelita meliuk lemah ditiup bayu malam yang nyaman. Kedengaran merdu sekali suara alam, desingan unggas diselang-seli bunyi aliran sungai, sudah cukup untuk melabelkannya muzik kegemaran setiap telinga yang mendengar.

Perlahan, kuselak lembaran itu, lembaran surat cintamu. Dalam hening malam, kubaca satu-persatu kalimahnya. Sungguh puitis bahasa tersusun, indah bila dihayati. Kalbuku terusik. Kuteruskan jua membacanya, kuteliti isi maknanya penuh syahdu. Walau bukan pada bicara, walau hanya terukir pada surat cinta, aku faham benar isi hati lembaran itu. Padamu, jiwa ini adalah milikmu dan sememangnya hati ini sudah lama terikat padamu. Dimana saja kuberdiri, namamu meniti di bibir ini. Kemana saja kumelangkah, ingatanku padamu tidak akan luput. Segala apa yang kulakukan, pasti untukmu.

Aku ingin menjadi kekasihmu, namun kusedar diri ini masih lemah diarus nafsu bermaharajalela. Dinanya aku tertipu dek permainan dunia. Butanya aku tidak nampak peluang yang kauhamparkan. Surat cintamu tiada henti kubaca, namun ada sela tercipta di antara waktu. Terdengar esakan insaf tidak bergema. Ada titisan-titisan jernih bertaburan, berkilauan dek terkena pancaran cahaya bulan. Jatuhnya tanpa suara. Alirnya semakin deras, tidak boleh lagi diseka, hanya dibiar membasahi sudut kamar itu. Hati ini tekad sekali ingin bertemu denganmu.

Aku berusaha untuk berubah menjadi wanita solehah yang kuat jiwanya membina jalan menuju syurga. Jalan jihad kupilih, walau kekadang sakit jatuh tidak betah, kubangkit pantang menyerah. Bukankah itu hasrat yang kaukalamkan dalam surat cinta? Semangat itu akan terus kusuburkan dalam sanubari. Sedaya mampu, hasrat diterjemah sebagai cabaran, lantas tangan mengukir diari menjejak martabat srikandi sejati. Oleh itu, tidak rela aku meninggalkan surat cintamu. Setiap batas waktu, kubuka lembaran surat cinta itu, agar hati ini bisa suci seputih salju. Akan kuhayatinya saban hari, agar diri ini sentiasa sedar ada cinta suci sedang menanti, yang menanti bertemuku di taman firdausi, sebagai kekasih selamanya.



Surat Cinta Allah swt kepada HambaNya

Firman Allah swt ; Mafhumnya : (Al-Quran) ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertaqwa. (Surah Ali 'Imran : ayat 138)

Thursday, March 19, 2009

AKAL + HATI = ??

Sebaik-baik ciptaan Allah swt adalah manusia. Mengapa??

Ada satu nikmat kurniaan Allah swt yang diberi hanya kepada manusia, tiada pada makhluk lain yakni AKAL.

Ada apa pada AKAL?



Ciri-ciri Akal :

::Setiap sesuatu mempunyai alat dan alat bagi orang mukmin ialah akal.
::Setiap sesuatu ada kenderaan dan kenderaan bagi manusia ialah akal.
::Setiap sesuatu ada tiang dan tiang agama ialah akal.
::Setiap sesuatu mempunyai tujuan dan tujuan bagi hamba Allah swt ialah akal.
::Setiap kaum mempunyai penyeru dan penyeru bagi kaum yang beribadah ialah akal.
::Setiap saudagar mempunyai harta kekayaan dan harta kekayaan orang yang rajin ialah akal.
::Setiap keluarga dalam sesebuah rumah mempunyai orang yang membiayainya dan yang membiayai rumahtangga orang siddiqin ialah akal.
::Setiap manusia mempunyai kesudahan yang disandarkan dan yang diingatkan dan kesudahan yang menjadi sandaran dan ingatan bagi orang siddiqin ialah akal.
::Setiap perjalanan mempunyai rumah kecil tempat persinggahan dan tempat persinggahan bagi orang mukmin ialah akal.

AKAL mampu menaikkan darjat manusia ke puncak kemuliaan. Bagaimana??

Fungsi AKAL :

~ Memandu tingkah laku manusia kerana AKAL termulia daripada pancaindera lain.
~ Menjadi neraca dalam kehidupan untuk menimbang tara perkara baik dan buruk.
~ Menyempurnakan peribadi manusia kerana AKAL itu sendiri bersifat sempurna.
~ Mengelakkan ajakan kepada kejahatan oleh AKAL yang lemah.

Manusia wajar menggunakan AKAL sebagai jalan untuk mendapat petunjuk, iman, dan panduan hidup. Manusia sebeginilah yang sebenarnya mencapai martabat mulia di sisi Allah swt.



Dari ‘Aisyah r.a.bahawa dia berkata, “Akal itu ada 10 bahagian. 5 bahagian nampak secara lahiriah dan 5 bahagian lagi tidak nampak (batiniah).”

Lima yang nampak:


1. Diam
2. Sabar
3. Tawadhuk (merendah diri)
4. Mengingatkan untuk berbuat baik serta melarang berbuat mungkar.
5. Berbuat amal kebaikan


Lima yang tidak nampak:


1. Berfikir
2. Memberikan contoh / pengajaran
3. Menganggap dosa sebagai masalah besar
4. Takut kepada Allah swt
5. Merendahkan hawa nafsu serta mampu mengalahkannya



AKAL sahaja tidak cukup untuk membawa manusia mengenal Yang Maha Esa tanpa hadirnya HATI. Hubungan dua unsur ini sangat rapat dan saling melengkapi.


Firman Allah swt ;
Maksudnya : “Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.” ( Surah al-Haj :46 )


Menurut Imam al-Ghazali, HATI itu ibarat cermin. Apabila terang cerminnya, maka akan teranglah segala maklumat atau ilmu yang diterima.

Tempat AKAL itu ialah di dalam HATI dan ia juga merupakan tempat berkumpulnya ilmu pengetahuan. HATI yang gelap tidak mampu memancarkan cahaya ilmu kepada AKAL. Oleh itu, jauhi perkara maksiat agar ilmu mudah menyinari HATI dan diproses oleh AKAL.

Perkara yang Merosakkan AKAL :

~ Ingkar perintah Allah swt dengan meninggalkan solat
~ Derhaka kepada ibu bapa dan guru
~ Melakukan maksiat dengan bergaul bebas dengan bukan mahram, couple, zina
~ Bercakap perkara sia-sia, termasuk menyanyi lagu-lagu yang melalaikan
~ Makan makanan haram, syubhat dan yang tidak sihat seperti makanan tercemar, organ dalaman binatang, makanan ringan, minuman bergas, bawang besar dan tembakau
~ Banyak tidur di waktu siang
~ Terlalu banyak menghabiskan masa dengan hiburan
~ Membiarkan kutu hidup di kepala
~ Melihat sesuatu yang ditegah seperti aurat orang lain malah aurat sendiri tanpa sebab, gambar-gambar lucah, benda-benda yang menjijikkan dan melihat najis ketika membuang hadas besar


Darjat manusia tinggi kerana AKAL. Jagalah AKAL supaya darjat tidak sehina binatang atau lebih teruk dari itu. Jagalah HATI juga supaya ia dapat memimpin AKAL ke arah jalan yang lurus. Jagalah keduanya supaya ‘nur’ ilmu sama ada pengetahuan duniawi mahupun makrifatullah, bisa memancar menyuluhi diri dan manusia seluruhnya.

Fikir-fikirkanlah...

.


Tuesday, March 10, 2009

Daily INSPIRATION

Feeling down? That’s life. Sometime we are in good mood and sometime not. Nobody created by Allah swt always feeling happy, no slight of sadness. Even our prophet Muhammad saw has been tested extremely in his journey spreading Islam throughout the world. But, what make him replenish his spirit? What cause him not to give up?

“And do thou be patient, for thy patience is but from Allah swt; nor grieve over them: and distress not thyself because of their plots.” (An-Nahl:127)



Yes! Allah swt is the answer. From Him we come and to Him also we return. He gives us the trouble and He also provides us the path of solution. It depends on us how deep we believe in Allah swt, searching for His love. Life’s such a seesaw, when a person is down, the other is up. Sometime we are down and vise versa. Life can be a wheel, cycling till it stop. Yesterday we were up, today we are down, tomorrow? Who knows…
(Allahu a’lam)

Thank Allah swt for his ‘ar-Rahman’ and ‘ar-Rahim’. He never let us floating in the air without providing the land. Only human make themselves blind, do not want to step on reality, as if this world will be forever. Keep in contact with Him every moment and we’ll find someone is beside us while we are alone, feeling bad. Have faith with Him and He will show us the light of happiness disappearing the dark of sadness.

Put the trust in Allah swt in whatever task we do, whatever word we say as long as it is parallel with Islam. Ask for favour and He will give us. If not today, it’ll be tomorrow. That’s the positive thinking and lock it in our mind. It is the greatest inspiration in keeping our spirit going. When we are in trouble, keep ourselves motivated.

“Inspiration and motivation are exactly like nutrition. You have to keep on taking it daily, in healthy doses”

That’ right! And as you know we meet Allah swt 5 times daily in our prayer. Add on it, fasting, reciting the Quran, charity and lots more. How big the motivation is if we can make the connection to Allah swt in our daily routines. Imagine how could it be if we take for granted this important soul nutrition? Depletion, fatigue depression and lack of ambition and achievement will very soon manifest ourselves.

Don’t be sad. Pray to Allah swt. The positive thinking must ever be nourished and renourished to push the enthusiasm forward…always going forward.

Let’s think…
.

Saturday, February 28, 2009

Threshold IMTIHAN

Setiap perkara sama ada yang kita alami mahupun dengari terselit disebaliknya kesan yang baik mahupun yang buruk, tidak kira terhadap individu ataupun masyarakat. Malah, setiap ketentuan Allah swt itu tersembunyi seribu satu hikmah yang tidak kita sedari, mungkin jua tidak tercapai oleh akal yang terbatas (Allah Maha Mengetahui).

Menyentuh tentang subjek ujian ataupun imtihan Allah swt kepada setiap manusia di dunia ini, menarik kita untuk duduk sejenak memikirkan kembali apakah hala tuju hidup kita? Apakah matlamat dunia, juga akhirat? Sudah pastilah orang-orang yang beriman sedar bahawa hanya redha dan rahmat Allah swt yang dicari-cari bagi merealisasikan tempat pengakhiran yang baik. Hasilnya? Berjayakah kita mencapai target yang diidamkam?

"Usah bicara tentang hasil jika jalan usaha tidak dipetakan"

Sebelum menjawab soalan tentang hasil, cuba kita rewind ke belakang. Tilik-tilik kembali sejauh mana usaha kita ke arah matlamat tersebut. How do we cope with the problem we face? Mengeluh? Mengasingkan diri? Menyalahkan pihak lain? Atau berusaha mencari jalan keluar?

Sedarkah kita bahawa Allah swt menetapkan pain threshold adalah sama bagi setiap manusia yang normal? Rasa sakit bermula apabila kulit kita mencapai suhu sekitar 45 darjah celcius. Cuba kita bayangkan di hadapan kita terdapat secawan air kopi yang panas. Sambil menunggunya agak suam untuk diminum, kita membuka buku physiology untuk ditelaah. Tiba-tiba, rakan kita tanpa disengajakan terlanggar meja kita dan secara tidak langsung menumpahkan air kopi yang panas tadi lalu terkena tangan dan baju kita. Pada saat dan detik itu, apa tindakan kita?

Pertama : Kita herdik rakan kita atas kelalaiannya, “ouch, sakitnya! Beb,buta ke apa? Kalau nak jalan tu, mata letak depan kepala bukannya di belakang! Ingat sel kulit boleh renew ke?!”

Kedua : Mengeluh sendirian, “oh, mak kau panas! Ish, sayangnya baju baru ni. Penat pergi beli di City Star. Mahal lagi satu hal. Ish, habis jahanam kena kopi. Alahai, sayangnya…”

Ketiga : Menangis teresak-esak, “uek!uek! Tangan..sakit..isk.. baju..kotor..isk…mummy..puppy!”

Keempat : (Tiada reaksi tindak balas) Kita terus hanyut dengan teori-teori physiology.

Kelima : Kita ingat Allah swt, “Astghfirullah, Allahu Akbar!” Lalu beredar untuk membersihkan diri.

Itulah hakikatnya. Setiap daripada kita akan mempunyai sikap yang berbeza, tidak semuanya sama. Kaitannya selari dengan setiap dugaan yang Allah swt uji. Walaupun subjek imtihan adalah berbeza antara kita akan tetapi, threshold atau tahap minimumnya tetap sama, satu level. Namun, apa yang membezakannya adalah tindakan kita terhadap imtihan yang dihadapi. Ya, tindakan kita tidak sepakat dan sedarkah kita bahawa perlakuan kita melambangkan pemikiran kita? Apa jua tindakan kita bila terkena air panas menunjukkan apa yang diketengahkan oleh akal fikiran. Cuba kita tenung dan fikir kembali reaksi-reaksi tadi.


Pertama : Akal dan hati dikawal oleh amarah. Pemikiran rasional telah hilang daripada diri dan jika tiada usaha pemulihan dioperasikan, akan memakan diri juga masyarakat sekeliling akan luput rasa hormat terhadap kita.

Kedua : Pemikiran materialistik. Dunia telah mengaburi minda. Perlu di’brainwash’ bagi membetulkan persepsi bukan dunia dan harta benda yang dikejar.

Ketiga : Pemikiran yang tiada kematangan, sangat kebudak-budakkan. Tanyalah diri, adakah kita budak sekolah tadika ataupun mahasiswa universiti? Jika jawapan kita adalah mahasiswa universiti jadi, berfikirlah seperti mahasiswa universiti. Pemikiran penuh kematangan dan ilmiah.

Keempat : Tidak mungkin melainkan kita mengalami analgesia (tiada deria rasa sakit).

Kelima : Boleh disimpulkan sebagai yang terbaik atau lebih tepat lagi satu-satunya yang baik antara lima tindakan yang dikemukakan. Dalam masalah yang simple seperti ini, Allah swt telah mendominasi pemikiran. Dengan izinNya juga dalam masalah yang lebih besar, Allah swt tetap bersama kita.

Kita dapat teliti di sini setiap individu melihat sesuatu perkara itu dari sudut perspektif yang berbeza. Setiap ujian dilihat dari ruang lingkup yang berlainan. Dan itu salah satu hikmah yang Allah swt berikan kepada manusia, menyeru kita supaya bertukar-tukar idea atau berkongsi pendapat sebagai wasilah bagi menjana ummah yang mumtaz untuk membangunkan Islam yang unggul. Namun, variasi pemikiran ini haruslah seiring dengan syarak dan menjurus ke arah yang positif agar ummah ini menjadi ummah contoh bukan ummah fitnah.

Fikir-fikirkanlah.....
.