Monday, August 22, 2011
Lailatul Qadar.. SAAT AJAIB?
Saturday, January 22, 2011
Tentang HATI
"KETAHUILAH, SESUNGGUHNYA DI DALAM JASAD ITU TERDAPAT SEKETUL DAGING, APABILA ELOK DAGING TERSEBUT, MAKA ELOKLAH JASAD TERSEBUT KESELURUHANNYA, APABILA IA ROSAK, MAKA ROSAKLAH JASAD KESELURUHANNYA, KETAHUILAH BAHAWA IA ADALAH HATI"
Saturday, December 18, 2010
Antara UJIAN dan NIKMAT
Satu Nikmat..Ujian..Tarbiyah
Nikmatnya dengan sihat tubuh badan
Nikmatnya dengan sihat akal fikiran
Nikmatnya dengan sihat iman
Tarbiyah dan ujian kesyukuran
Tarbiyah dan ujian ingatan kita pada Sang Penguasa Kesihatan
SAKIT
Satu Ujian..Tarbiyah..Nikmat
Tarbiyah dan ujian kesabaran
Tarbiyah dan ujian keredhaan kita dengan qada' dan qadarNya
Tarbiyah dan ujian keimanan kita padaNya
Nikmat dengan rasa penghampiran Dia pada kita
Nikmat dengan ingatan Dia pada kita
Nikmat dengan perhatian Dia pada kita
Nikmat dengan ampunan dosa yang Dia janjikan
Nikmat dengan rasa pemilihan ini
Lalu mengapa selama ini kita selalu merasakan bahawa sakit itu musibah..satu bala
Mengapa sihat itu nikmat
Sedangkan hakikatnya ia sebaliknya
Bukankah sihat itu ujian dan sakit itu nikmat?
kredit to kak aisyah safien (=
Wednesday, December 8, 2010
Masih LENAkah Aku?
Friday, June 25, 2010
ANALOGUE
Life. A small word with a big meaning. Very subjective to be described. There is something interesting yet simple to be noticed beyond this word. The word, L.I.F.E itself significantly has an ‘IF’ at its center. It represents the existence of a concept of uncertainty which is designated by ‘IF’. It has been a common language used by many people.
Our knowledge is restricted. Only Him, Who Knows every single little thing. We do not know who will we become, how our lives are going to be look like, and what will we do in the future. But the uncertainty that makes this world full of colours. We are the artists who draw and paint the white plain paper of life. To make it dull, to make it monochrome, to make it colourful, it is in the hands of the artists. We can make choices.
Monday, May 3, 2010
Geli HATI, Gilap HATI +_-
REVOLUSI BERUK
Raja Beruk termenung.Ekor panjangnya melilit di celah batang sambil tangannya yang berbulu itu memegang ranting dahan.
Dia termenung.Anak-anak buahnya bergayutan dari dahan ke dahan,berteriak,menjerit penuh riang.
“Nyet…nyet…nyet,”gegak-gempita,rimba raya ditusuk jeritan beruk-beruk hutan.Tapi Raja Beruk terus termenung…
“Mengapa paduka tuan?”tanya Menteri Beruk.
Diam..tiada jawapan.Raja Beruk terus diam.
“Mengapa paduka tuan?”Tanya Menteri Beruk sekali lagi.
“Aku risau…”sepatah jawab Raja Beruk.
Sunday, April 25, 2010
-reFRESHment-
" Jalan ini jalan jauh..rebah terguling bangkit kembali..tersungkur jatuh pantas berdiri..kerana, matlamat akhir itu hakiki..thabatkan jiwa, teguhkan hati.."Terima kasih along..dapat refresh semangat bila baca..tapi apa yang penting bukan semangat sahaja tapi kefahaman dan kesedaran..selalu saya ingatkan diri sendiri..study bukan sebab nak lulus exam semata..
"Belajarlah demi agama, Periksalah demi agama, Cemerlanglah demi agama, Kerana saya harapan agama"
Tuesday, March 9, 2010
Erti Hidup Bersama PERJUANGAN
Alhamdulillah..selamat pindah rumah baru dan semua dah setel..skarang baru terdetik nak update blog..maaf sarah (yg dah lama bising suruh update)..
Tahun 2010 :
- pelajar medic tahun3
- s/u mentor council
- timb pengarah iman3
- mentor adik2 tahun1
- masulah rumah
- ajk program tertentu
Tanggungjawab yg diamanahkan dianggap sebagai suatu taklifan Allah swt utk saya. Sesungguhnya ini adalah sebenar-benar tarbiyah hidup..menjadikan diri lebih kuat dan sabar, belajar mengurus masa, belajar membahagi prioriti tugas, belajar menghargai orang lain, belajar utk memimpin, belajar utk berfikir, belajar utk menyampaikan, belajar mengawal emosi, belajar erti kesatuan, belajar erti pengorbanan, BELAJAR MENGENAL ALLAH, belajar..belajar..dan belajar...
Kadang terasa taklifan tu sangat berat, selalu rasa down, futur. Sudah lumrah, iman kan naik turun pastu naik balik. Namun, perasaan itulah yg mendekatkan diri dengan Pencipta kita..Masa susah, kita minta pertolongan Allah...masa sedih, kita mengadu pada Allah...masa sunyi, kita berbicara dengan Allah...masa runsing, kita minta ketenangan dari Allah...masa buntu, kita mohon ilham dari Allah...tak putus2 doa kpd Allah..perasaan tu..PERASAAN DEKAT DENGAN ALLAH..saya rindu perasaan itu...
Pernah satu hari, saya rasa sangat tak bersemangat, jalan dakwah ni memang memenatkan..saya letak status ym : "apakah ubat utk merawat futur?" Malam tu ada ceramah sempena Maulidur Rasul ..alhamdulillah, cepatnya Allah bagi jawapan..then, status ym saya edit : "apakah ubat utk merawat futur? selusurilah perjuangan Nabi saw"..perjuangan Baginda penuh onak, ditentang fizikal, mental, emosi..Baginda juga pernah rasa lemah tapi, Baginda terus kembali kpd Allah..Baginda yakin Allah sentiasa di sisi utk membantu agamaNya, membantu sesiapa shj yg membawa risalahNya. Ustaz cakap, kita selalu nak ikut sunnah Rasulullah tapi kita selalu lupa sunnah Nabi yg utama..memperjuangkan Islam itu sendiri, satu jalan yg Allah jual dengan syurga kalau kita sanggup beli dengan pengorbanan harta dan diri kita pada jalan ini..Saya sudah pun berada atas jalan tu, kenapa nak berhenti pula..apa yg perlu saya buat, teruskan berjalan walaupun saya tahu ada paku dan duri atas jalan tu, ada tangan2 yg menolak saya sampai jatuh, dan macam2 lagi rintangan di depan..sebab saya tahu darah yg mengalir dari kaki saya Allah sukat,. kalau jatuh, Allah ada di sisi utk bangunkan saya,. dan rintangan yg datang hanyalah tangga2 ujian ke arah tangga yg terakhir menuju syurga Allah..Esok tu juga saya start baca Fiqh Sirah karangan Syeikh Said Ramadhan al-Buti..semangat saya pulih..ALLAH BAGI JAWAPAN DENGAN UBAT SEKALI..subhanallah..alhamdulillah...
Senior kata tahun3 tahun paling tension sbb susah..susah macam mane, saya tak tahu..jadual padat ke? subjek susah faham ke? kena study banyak ke? ..yang pasti saya dah boleh positifkan minda..seriously, saya sangat suka tahun ni..tahun3 adalah tahun paling enjoy berbanding 2thn sebelum..sebab? Sebab saya banyak belajar...
Friday, October 16, 2009
KENAL Sebelum BERKENALAN
“Assalamualaikum..nama siapa?” Saya memulakan bicara sambil menguntum senyuman.
“Waalaikumussalam..nama akak, Humairah, nama awak?” Balas seorang kakak, tersenyum.
“Panggil saya Anis, belajar di Mesir..”, saya menjawab.
“Oh..akak dari Ireland”, dia menyambung.
“Akak seorang sahaja ke?” Tanya saya lagi.
“Eh, tidak..ramai lagi..”, balasnya sambil menunjukkan rakan2 yang sedang menuju ke arah kami.
Melihat kemesraan antara saya dan kak Humairah tadi, seorang sahabat kak Humairah bertanya kepadanya, “Macam mana boleh kenal, pernah jumpa ke sebelum ni?”
Kak Humairah pun berkata, “Taklah..baru kenal tadi, tak sampai seminit pun”.
Mendengar jawapan itu, kami semua tersenyum..
Bagaimana kemesraan sebegitu wujud?
Bagaimana boleh timbul persepsi sedemikian?
Adakah ia terletak pada senyuman? Atau apa?
Mahabbah Hadir Ukhuwwah Mengiringi
Kita sering bicara soal ukhuwwah..Kita penat berfikir cara mendapatkan ukhuwwah..Kita sanggup memerah otak mencari resolusi bagi memantapkan ukhuwwah..Dari pertemuan hingga perpisahan, bicara lisan tentang ukhuwwah..
Atas dasar apa kita umat Islam bersaudara? Sudah tentu berlandaskan akidah yang sama, kiblat yang sama, tujuan hidup yang sama..
Bagaimana dengan mahabbah terbentuknya ukhuwwah?
Al-hubb (rasa kasih sayang) dicampakkan ke dalam hati manusia. Itu sudah fitrah. Namun, perasaan itu harus dipupuk, ditonjolkan dan tidak sesekali dihakis daripada diri.
Jika dalam hati sudah ada rasa kasih sayang terhadap saudara seagama, pertemuan pertama bagaikan perjumpaan entah keberapa. Mudah sahaja memulakan perbualan, dengan senyuman diukir, kemesraan terjalin. Lantas konsep ukhuwwah senang untuk dicapai.
Ukhwah Islamiyah
Ukhwah itu adalah sebuah kurniaan Allah swt untuk lebih taqarrub kepadaNya, kata-kata Nasih Ulwan. Paling asas, dalam sebuah ikatan ukhwah perlu ada ‘salaamatussodri’, rasa berlapang dada terhadap segala perkataan dan tindakan sahabat. Ikatan paling kuat apabila seseorang itu mencapai tahap ithar, mendahulukan sahabat dalam perkara-perkara tertentu.
Seseorang itu menjadi cermin kepada sahabat yang lain. Berkawan dengan peniaga minyak wangi, kita juga terkena tempias wanginya. Oleh itu, bijaklah dalam memilih sahabat.
Rasulullah saw pernah bersabda kepada kaum Ansar dan Muhajirin, “teman-teman pada hari itu akan menjadi musuh pada teman-temn mereka kecuali orang-orang yang bertaqwa”.
Kenal Sebelum Berkenalan
Biasanya kita akan sayang pada seseorang yang kita sudah kenal. Lebih-lebih lagi jika sudah lama bersahabat. Namun, cuba putarkan kebiasaan itu. Hadirkanlah terlebih dahulu dalam hati rasa kasih sayang terhadap saudara kita walaupun kita belum mengenalinya..agar nanti pertemuan dan perpisahan adalah semata-mata keranaNya..
Kelebihannya disyukuri..Kelemahannya diredhai..
Ukhwah fillah umpama ombak laut yang setia menghempas pantai
Andai pantai berubah, ombak tetap setia menemui pantai
Tuesday, October 13, 2009
Sub3: Hanya RANTAIAN Perjuangan
Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam Hassan AlBanna
kedua kisah sahabatku di Indonesia
Moga kedua-dua kisah ini dapat kita renungkan bersama
Menjadi motivasi buat kita untuk terus
berada dalam jalan ini.
Anis, kau pastinya arif mengenai Assyahid Imam Hassan AlBanna.
Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu
Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi
Semua manusia mengenalinya.
Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna, pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah .
Anis, aku akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha.
Itu Sunnatullah. Tapi Anis, kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja.
Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha.
Itu juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya.
Anis, aku kongsikan pembacaanku dalam buku Detik-detik Hidupku karangan
Assyahid Imam Hassan Al Banna:
Itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin.
Seorang sahabat di Indonesia pernah bercerita mengenai pelajarannya.
Alhamdulillah, dia memperolehi yang terbaik.
Dia ingin mempertahankan prestasi terbaik untuk Allah, agama Allah.
Di sudut lainnya, dia tidak suka mengejar dunia, bersaing untuk berasa hebat.
Dia hanya ingin memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah.
Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah kecundang. Dia pernah bertanya kepada Allah – Ya Allah, kenapa engkau mentakdirkan prestasi yang baik buat temanku?
Apakah temanku itu punya alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya.
Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah.Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya.
Lalu Allah memberitahu dirinya melalui suatu kisah sahabat yang dijamin masuk syurga, padahal seharian ibadahnya sama saja seperti sahabat yang lain.
Dan ketika ditanya prinsip hidupnya, sahabat itu menjawab "Aku tak suka membanding-bandingkan apa yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya. Aku yakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan untukku dalam situasi sulit atau lapang. Aku akan tetap redha kepada Allah dalam situasi apapun. Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa, meskipun segunung harta itu milikku atau aku tak punya harta sedikit pun".
Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa paras bukan persoalan utama.
Ingat lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum. Dia sahabat nabi yang buta.
Dia mahu membawa panji bendera Islam. Katanya, buta menyebabkan dia tidak takut kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh.
Akhirnya dia syahid. Mereka yang menemui mayatnya tidak dapat mengecamnya kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya. Subhanallah.
Pasti Anis ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa yang telah dia lakukan? HAMAS berdiri dengan izzah. Musuh menggeruninya.
Anis, kita sempurna. Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam.
Ayuh berada dalam saf perjuangan.
"Kamu (umat islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. [surah ali imran : 110]
Kita hanya mata rantai syuhada’ silam
Menuju syahid melalui jalan perjuangan
Sumber: pu3raudhah.blogspot.com
Sub2: Jangan Main TARIK TALI Dengan Allah
Ok, aku berikan contoh
Misalnya waktu buat kerja dakwah tu,
Terdetik tak kat hati , banyak lagi yang tidak habis belajar
Terdetik tak kat hati, assignment Parasit tak siap lagi
Nota Pharma tak buat lagi
Lusa kuiz Patho tak prepare lagi
Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah
Ada keraguan dalam hati
Seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah
Siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya
Kita melakukan jual beli dengan Allah,
Kita nak beli syurgaNya tapi kita tidak bayar lagi
Kita berdoa, tapi takde kesungguhan dalam doa kita
Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah
Anis dah faham
Anis kena banyak muhasabah
Anis dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk
Anis tahu itu maksudnya peringatan dari Allah
Anis tahu hukum berdakwah tapi tidak mengerjakan kerja tersebut
Anis, sahabatku,
Seorang ibu pernah mengatakan
Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku
Setiap kali aku bergaul dengan jiranku, aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan Islam
Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku, aku ingin mereka merasakan keindahan Islam
Anis, itulah yang inginku kubentuk dalam diriku
Aku ingin setiap perbuatanku menjadi manifestasi dakwah itu sendiri
Pelajaranku, hubunganku dengan keluarga dan sahabat, segalanya adalah dakwah
Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya
Sub1: DAKWAH & STUDY Bukan Macam Jongkang-Jongket
Anis, jomlah pergi kelas tafaquh
Anis, jomlah berdakwah
Anis, tolong jadi ajk program
Anis, ummah semakin koyak
Anis, jomlah amar makruf nahi mungkar
Anis, jomlah kita bangkit mengubah segalanya
Aku tidak mahu
Aku kena study
Markah semester lepas dah cukup teruk
Gara-gara dakwah, tarbiah, usrah dan program
Aku menyesal megikuti semua itu
Bosan!!
Buang masa!!
Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan, tapi luas lagi skopnya
Bukan ke islam tu syumul
Sempurna, menyeluruh, meliputi semua perkara
Kalau nak berjaya, kena study
Waktu study, studylah
Esok kalau dah berjaya
Aku buatlah kerja dakwah tu
Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal dalam pelajaranku
Kan nanti aku menutup mata orang lain terhadap Islam
Anis, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang-jongket
Jongkang-jongket?
Apa kau merepek ni?
Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam
jongkang-jongket
Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah
Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah
Tu bukan dakwah namanya
Dan tu bukan belajar namanya
Habis tu?
Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar terus
Tak boleh inversely proportional
Apa maksud kau?
Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya
Aku tidak faham
Tak pe, aku terangkan
Macam ni, bila dah berdakwah tu
Rasa senang je nak study
Bila belajar Anatomy of Heart misalnya
Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah ciptakan jantung
Bila belajar tentang Inflammation in Pathology, rasa kerdil diri berbanding Yang Maha Kuasa
Bila belajar Microbiology, terasa akrab dengan Maha Pencipta
Kenapa?
Sebab diri tahu bahawa ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah
Rasa senang hati nak terima ilmu
Kalau orang lain study 1 jam
Dia hanya perlu study 10 minit sahaja
Sebab apa?
Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu
Aku tak pernah rasa semua itu
Lain tu, selama ni kau nak cakap yang aku ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas?
Tak, itu bukan maksud aku
Cuma kena checklah sikit hati tu
Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak berlaku tarik tali dengan Allah
Tuesday, July 14, 2009
Surat CINTA
Perlahan, kuselak lembaran itu, lembaran
Aku ingin menjadi kekasihmu, namun kusedar diri ini masih lemah diarus nafsu bermaharajalela. Dinanya aku tertipu dek permainan dunia. Butanya aku tidak nampak peluang yang kauhamparkan. Surat cintamu tiada henti kubaca, namun ada sela tercipta di antara waktu. Terdengar esakan insaf tidak bergema.
Aku berusaha untuk berubah menjadi wanita solehah yang kuat jiwanya membina jalan menuju syurga. Jalan jihad kupilih, walau kekadang sakit jatuh tidak betah, kubangkit pantang menyerah. Bukankah itu hasrat yang kaukalamkan dalam
Surat Cinta Allah swt kepada HambaNya
Firman Allah swt ; Mafhumnya : (Al-Quran) ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertaqwa. (Surah Ali 'Imran : ayat 138)
Thursday, June 18, 2009
Majlis Pengkebumian SIAPA?
Adakah Mayat ini Baik?
Setelah disembahyangkan, roh kita berlegar-legar di sekeliling rumah. Kita mendengar apa yg orang ramai perkatakan mengenai kita semasa hidup kita. Sekiranya kita boleh, apakah yg kita hendak mereka katakan mengenai kita sewaktu hidup kita? Ibu bapa…abang...kakak...adik kawan-kawan…ketua…orang bawahan…jiran tetangga…
Harimau Mati Meninggalkan Belang
Manusia mati meninggalkan nama. Persoalannya adakah kita meninggalkan nama yg mulia atau sebaliknya. Ia bergantung kepada bagaimana kita mendefinisikan fungsi kita dalam kehidupan. ‘Dialah contoh sebaiknya seorang sahabat yg setia, seorang anak yg taat, seorang pemimpin masyarakat yg adil, seorang guru penyuluh kebenaran, seorang pejuang yg mendamba syahid pd jalanNya’ . Semua bergantung pd diri kita untuk mengukirkannya.
Apabila Kita Lahir, Kita Menangis Orang Lain Bergembira
Apabila kita mati, kita bergembira dan orang lain menangis. Itulah kalimat seorang tokoh agama yg banyak menyumbang kepada perkembangan Islam di Nusantara semasa hayat beliau, Hamka atau nama sebenar Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Bagaimana kita boleh bergembira tika jasad sudah di liang lahad?
Dan bagaimana dengan kematian itu boleh membuatkan orang lain menangis?Nabi saw bersabda, “Apabila mati seorang anak Adam akan terputus semua kecuali tiga. Sedekah jariahnya, ilmu yg bermanfaat dan doa anak soleh.”
Nabi saw bersabda, “Apabila mati orang yg berilmu akan menangislah penduduk langit dan bumi, 70 hari.”
Perginya Mereka Ditangisi
Minggu lepas, minggu yg penuh dukacita. Sebak hati ini bila mendengar perkhabaran pemergian mereka yg dikenali. Seorang merupakan tokoh Islam disegani, Syeikh Fathi Yakan dan seorang lagi merupakan sahabat satu perjuangan di medan perubatan, ‘Ammar Zulkifli. Sehingga hari ini, kesedihan itu masih menyelimuti. Masakan tidak, sumbangan Syeikh Fathi Yakan kepada dunia Islam memang tidak dapat dinafikan. Selain kerja-kerja dakwah, buku Allahyarham yg masyhur, Maza ya’ni imtimai lil Islam (Apa Erti Saya Memeluk Islam) dan Al-Mutasaqitun ala Tariq ad-Dakwah sudah banyak mengubati jiwa manusia yg tidak kenal amanahnya sebagai khalifah dan menarik manusia menabur bakti demi agama dan ummah di dalam satu saf.
Bagi Allahyarham Ammar, walau tidak dikenali dunia namun, dikalangan sahabat handai hanya yg mahmudah dapat diungkapkan mengenainya, perginya dengan husnul khatimah membuatkan sahabat yg lain cemburu lantas masing-masing tersedar dari lena dan lebih berusaha mempersiapkan diri menghadapi suatu kepastian itu. Sememangnya saya tidak berapa mengenali allahyarham. Hanya sekali kami bekerjasama di atas nama Majlis Mentor Council Perubatan 08/09. Walaupun sekali itu, saya akui apa yg diperkatakan oleh sahabat-sahabatnya yg lebih rapat.
Satu perkara yg dapat saya simpulkan, mereka pergi dengan senyuman, meninggalkan kita dengan tangisan. Hidupnya mereka menyemai benih-benih dakwah, matinya mereka memetik buah-buah amalan. Wahai diri, insaflah..Bertaubatlah selagi pintu keampunan dibuka..Curahkan keringat selagi tenaga muda masih kuat..Sampaikanlah ilmu selagi roh di dalam jasad..Berjihadlah selagi Islam belum menang...
"Sesiapa yang ingin menemui Tuhannya, tidak miskin membela Islam."
..
Thursday, April 23, 2009
Iktibar HUNAIN


Walau banyak mana pun buku dikhatamkan, walau banyak mana pun latihan yg dibuat, walau geliga mana pun otak menghafal, jangan over confident! Apa yg penting setelah berusaha gigih ialah nusrah Allah swt. Letakkanlah kebergantungan kpd Allah swt itu lebih tinggi berbanding keyakinan diri.
Over Confident
Jika kita over confident dalam menempuh perjuangan exam ini, jadilah kita umpama tentera-tentera Islam yg over confident dlm perjuangan Hunain.
Tentera HunainSesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan jua di medan perang Hunain, Iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai, maka bilangan yang ramai itu sekali-kali tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun, dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu, kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.
Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta ia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran), dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir.
= Surah at-Taubah : 25 – 26 =
Sirah zaman Rasulullah saw ini memaparkan 12 ribu tentera Islam turun ke medan perang dipimpin oleh Rasulullah saw. Jika nak dibandingkan dgn peperangan lain sebelumnya, peperangan Hunain ini melakar sejarah kehebatan Islam dgn jumlah tentera yg sangat besar, yg pernah dikepalai oleh baginda Rasulullah saw.
Berhadapan dgn musuh drp Bani Hawazin dan Bani Thaqif, tentera Islam ketika itu berasa sangat yakin mereka akan beroleh kemenangan. Lantas, persediaan dilakukan bagai melepaskan batuk di tangga, strategi diatur atas pagar sahaja, kelengkapan senjata dipandang sebelah mata..
Dek sikap over confident tersebut, mereka lupa untuk bergantung harap kpd Allah swt, sebaik-baik Perancang. Akibat memandang rendah kekuatan musuh, tentera Islam menjadi kacau-bilau pd awal peperangan lagi. Akhirnya, Allah swt menghantar tenteraNya yg tak dapat dilihat untuk mengalahkan musuh demi agamaNya. Sudah tercatat dlm taqdir, Islam menang dengan izinNya.
Rendah Diri
Sehebat mana pun diri kita, ingatlah ada lg yg Maha Hebat. Jauhi pemikiran tentera Hunain, kita tak mahu jadi spt mereka. Suratan Ilahi tiada siapa yg tahu. Oleh itu, sentiasalah rasa rendah diri, kita hanya hamba yg lemah..
Perjuangan kita suci..perjuangan menuntut ilmu demi agamaNya. Jangan landasinya dgn emosi, amarah semata. Biarlah ia didasari niat yg ikhlas dan amalan yg tulus. Mumtaz atau tidak, persoalan kedua. Apa yg penting, perjuangan kita tidak tersasar dr landasan. Jangan kita gagal menghadapai ujian Allah swt melawan nafsu, demi mencapai kejayaan dunia.
Matlamat kita murni..matlamat menegakkan syariatNya di muka bumi ini. Ayuh! Berusahalah bersungguh-sungguh dan letakkanlah pergantungan hanya pd Allah swt, yakini ketentuanNya..
Saturday, April 18, 2009
Doc oh Doc!

Thursday, March 19, 2009
AKAL + HATI = ??
Sebaik-baik ciptaan Allah swt adalah manusia. Mengapa??Ada satu nikmat kurniaan Allah swt yang diberi hanya kepada manusia, tiada pada makhluk lain yakni AKAL.
Ada apa pada AKAL?
Ciri-ciri Akal :
::Setiap sesuatu mempunyai alat dan alat bagi orang mukmin ialah akal.
::Setiap sesuatu ada kenderaan dan kenderaan bagi manusia ialah akal.
::Setiap sesuatu ada tiang dan tiang agama ialah akal.
::Setiap sesuatu mempunyai tujuan dan tujuan bagi hamba Allah swt ialah akal.
::Setiap kaum mempunyai penyeru dan penyeru bagi kaum yang beribadah ialah akal.
::Setiap saudagar mempunyai harta kekayaan dan harta kekayaan orang yang rajin ialah akal.
::Setiap keluarga dalam sesebuah rumah mempunyai orang yang membiayainya dan yang membiayai rumahtangga orang siddiqin ialah akal.
::Setiap manusia mempunyai kesudahan yang disandarkan dan yang diingatkan dan kesudahan yang menjadi sandaran dan ingatan bagi orang siddiqin ialah akal.
::Setiap perjalanan mempunyai rumah kecil tempat persinggahan dan tempat persinggahan bagi orang mukmin ialah akal.
AKAL mampu menaikkan darjat manusia ke puncak kemuliaan. Bagaimana??
Fungsi AKAL :
~ Memandu tingkah laku manusia kerana AKAL termulia daripada pancaindera lain.
~ Menjadi neraca dalam kehidupan untuk menimbang tara perkara baik dan buruk.
~ Menyempurnakan peribadi manusia kerana AKAL itu sendiri bersifat sempurna.
~ Mengelakkan ajakan kepada kejahatan oleh AKAL yang lemah.
Manusia wajar menggunakan AKAL sebagai jalan untuk mendapat petunjuk, iman, dan panduan hidup. Manusia sebeginilah yang sebenarnya mencapai martabat mulia di sisi Allah swt.
Dari ‘Aisyah r.a.bahawa dia berkata, “Akal itu ada 10 bahagian. 5 bahagian nampak secara lahiriah dan 5 bahagian lagi tidak nampak (batiniah).”
Lima yang nampak:
1. Diam
2. Sabar
3. Tawadhuk (merendah diri)
4. Mengingatkan untuk berbuat baik serta melarang berbuat mungkar.
5. Berbuat amal kebaikan
Lima yang tidak nampak:
1. Berfikir
2. Memberikan contoh / pengajaran
3. Menganggap dosa sebagai masalah besar
4. Takut kepada Allah swt
5. Merendahkan hawa nafsu serta mampu mengalahkannya

AKAL sahaja tidak cukup untuk membawa manusia mengenal Yang Maha Esa tanpa hadirnya HATI. Hubungan dua unsur ini sangat rapat dan saling melengkapi.
Firman Allah swt ;
Maksudnya : “Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.” ( Surah al-Haj :46 )
Menurut Imam al-Ghazali, HATI itu ibarat cermin. Apabila terang cerminnya, maka akan teranglah segala maklumat atau ilmu yang diterima.
Tempat AKAL itu ialah di dalam HATI dan ia juga merupakan tempat berkumpulnya ilmu pengetahuan. HATI yang gelap tidak mampu memancarkan cahaya ilmu kepada AKAL. Oleh itu, jauhi perkara maksiat agar ilmu mudah menyinari HATI dan diproses oleh AKAL.
Perkara yang Merosakkan AKAL :
~ Ingkar perintah Allah swt dengan meninggalkan solat
~ Derhaka kepada ibu bapa dan guru
~ Melakukan maksiat dengan bergaul bebas dengan bukan mahram, couple, zina
~ Bercakap perkara sia-sia, termasuk menyanyi lagu-lagu yang melalaikan
~ Makan makanan haram, syubhat dan yang tidak sihat seperti makanan tercemar, organ dalaman binatang, makanan ringan, minuman bergas, bawang besar dan tembakau
~ Banyak tidur di waktu siang
~ Terlalu banyak menghabiskan masa dengan hiburan
~ Membiarkan kutu hidup di kepala
~ Melihat sesuatu yang ditegah seperti aurat orang lain malah aurat sendiri tanpa sebab, gambar-gambar lucah, benda-benda yang menjijikkan dan melihat najis ketika membuang hadas besar
Darjat manusia tinggi kerana AKAL. Jagalah AKAL supaya darjat tidak sehina binatang atau lebih teruk dari itu. Jagalah HATI juga supaya ia dapat memimpin AKAL ke arah jalan yang lurus. Jagalah keduanya supaya ‘nur’ ilmu sama ada pengetahuan duniawi mahupun makrifatullah, bisa memancar menyuluhi diri dan manusia seluruhnya.
Fikir-fikirkanlah...
.
Sunday, March 15, 2009
FUNNY Isn't It?
Funny how Le10 looks so big when we take it to masjid and so small when we take it to the store.
Funny how big an hour serving God looks and how small 60 mintues are when spent surfing internet, watching movie or playing soccer.
Funny how laborious it is to read a juzz in the Quran and how easy it is to read 300 pages of a best selling novel.
Funny how we believe what newspapers say but question what the Quran says.
Funny how we can't think of anything to say when we pray and don't have any difficulty thinking of things to talk to a friend.
Funny how we need 2-3 weeks to fit an islamic event into our schedule, but can adjust it for a social event at the last moment.
Funny isn't it?
.
Tuesday, March 10, 2009
Daily INSPIRATION
Feeling down? That’s life. Sometime we are in good mood and sometime not. Nobody created by Allah swt always feeling happy, no slight of sadness. Even our prophet Muhammad saw has been tested extremely in his journey spreading Islam throughout the world. But, what make him replenish his spirit? What cause him not to give up?“And do thou be patient, for thy patience is but from Allah swt; nor grieve over them: and distress not thyself because of their plots.” (An-Nahl:127)
(Allahu a’lam)
Thank Allah swt for his ‘ar-Rahman’ and ‘ar-Rahim’. He never let us floating in the air without providing the land. Only human make themselves blind, do not want to step on reality, as if this world will be forever. Keep in contact with Him every moment and we’ll find someone is beside us while we are alone, feeling bad. Have faith with Him and He will show us the light of happiness disappearing the dark of sadness.
Put the trust in Allah swt in whatever task we do, whatever word we say as long as it is parallel with Islam. Ask for favour and He will give us. If not today, it’ll be tomorrow. That’s the positive thinking and lock it in our mind. It is the greatest inspiration in keeping our spirit going. When we are in trouble, keep ourselves motivated.
“Inspiration and motivation are exactly like nutrition. You have to keep on taking it daily, in healthy doses”
That’ right! And as you know we meet Allah swt 5 times daily in our prayer. Add on it, fasting, reciting the Quran, charity and lots more. How big the motivation is if we can make the connection to Allah swt in our daily routines. Imagine how could it be if we take for granted this important soul nutrition? Depletion, fatigue depression and lack of ambition and achievement will very soon manifest ourselves.
Don’t be sad. Pray to Allah swt. The positive thinking must ever be nourished and renourished to push the enthusiasm forward…always going forward.
Let’s think…
Saturday, February 28, 2009
Threshold IMTIHAN
Setiap perkara sama ada yang kita alami mahupun dengari terselit disebaliknya kesan yang baik mahupun yang buruk, tidak kira terhadap individu ataupun masyarakat. Malah, setiap ketentuan Allah swt itu tersembunyi seribu satu hikmah yang tidak kita sedari, mungkin jua tidak tercapai oleh akal yang terbatas (Allah Maha Mengetahui).Menyentuh tentang subjek ujian ataupun imtihan Allah swt kepada setiap manusia di dunia ini, menarik kita untuk duduk sejenak memikirkan kembali apakah hala tuju hidup kita? Apakah matlamat dunia, juga akhirat? Sudah pastilah orang-orang yang beriman sedar bahawa hanya redha dan rahmat Allah swt yang dicari-cari bagi merealisasikan tempat pengakhiran yang baik. Hasilnya? Berjayakah kita mencapai target yang diidamkam?
"Usah bicara tentang hasil jika jalan usaha tidak dipetakan"
Sebelum menjawab soalan tentang hasil, cuba kita rewind ke belakang. Tilik-tilik kembali sejauh mana usaha kita ke arah matlamat tersebut. How do we cope with the problem we face? Mengeluh? Mengasingkan diri? Menyalahkan pihak lain? Atau berusaha mencari jalan keluar?
Sedarkah kita bahawa Allah swt menetapkan pain threshold adalah sama bagi setiap manusia yang normal? Rasa sakit bermula apabila kulit kita mencapai suhu sekitar 45 darjah celcius. Cuba kita bayangkan di hadapan kita terdapat secawan air kopi yang panas. Sambil menunggunya agak suam untuk diminum, kita membuka buku physiology untuk ditelaah. Tiba-tiba, rakan kita tanpa disengajakan terlanggar meja kita dan secara tidak langsung menumpahkan air kopi yang panas tadi lalu terkena tangan dan baju kita. Pada saat dan detik itu, apa tindakan kita?
Pertama : Kita herdik rakan kita atas kelalaiannya, “ouch, sakitnya! Beb,buta ke apa? Kalau nak jalan tu, mata letak depan kepala bukannya di belakang! Ingat sel kulit boleh renew ke?!”
Kedua : Mengeluh sendirian, “oh, mak kau panas! Ish, sayangnya baju baru ni. Penat pergi beli di City Star. Mahal lagi satu hal. Ish, habis jahanam kena kopi. Alahai, sayangnya…”
Ketiga : Menangis teresak-esak, “uek!uek! Tangan..sakit..isk.. baju..kotor..isk…mummy..puppy!”
Keempat : (Tiada reaksi tindak balas) Kita terus hanyut dengan teori-teori physiology.
Kelima : Kita ingat Allah swt, “Astghfirullah, Allahu Akbar!” Lalu beredar untuk membersihkan diri.
Itulah hakikatnya. Setiap daripada kita akan mempunyai sikap yang berbeza, tidak semuanya sama. Kaitannya selari dengan setiap dugaan yang Allah swt uji. Walaupun subjek imtihan adalah berbeza antara kita akan tetapi, threshold atau tahap minimumnya tetap sama, satu level. Namun, apa yang membezakannya adalah tindakan kita terhadap imtihan yang dihadapi. Ya, tindakan kita tidak sepakat dan sedarkah kita bahawa perlakuan kita melambangkan pemikiran kita? Apa jua tindakan kita bila terkena air panas menunjukkan apa yang diketengahkan oleh akal fikiran. Cuba kita tenung dan fikir kembali reaksi-reaksi tadi.
Pertama : Akal dan hati dikawal oleh amarah. Pemikiran rasional telah hilang daripada diri dan jika tiada usaha pemulihan dioperasikan, akan memakan diri juga masyarakat sekeliling akan luput rasa hormat terhadap kita.
Kedua : Pemikiran materialistik. Dunia telah mengaburi minda. Perlu di’brainwash’ bagi membetulkan persepsi bukan dunia dan harta benda yang dikejar.
Ketiga : Pemikiran yang tiada kematangan, sangat kebudak-budakkan. Tanyalah diri, adakah kita budak sekolah tadika ataupun mahasiswa universiti? Jika jawapan kita adalah mahasiswa universiti jadi, berfikirlah seperti mahasiswa universiti. Pemikiran penuh kematangan dan ilmiah.
Keempat : Tidak mungkin melainkan kita mengalami analgesia (tiada deria rasa sakit).
Kelima : Boleh disimpulkan sebagai yang terbaik atau lebih tepat lagi satu-satunya yang baik antara lima tindakan yang dikemukakan. Dalam masalah yang simple seperti ini, Allah swt telah mendominasi pemikiran. Dengan izinNya juga dalam masalah yang lebih besar, Allah swt tetap bersama kita.
Kita dapat teliti di sini setiap individu melihat sesuatu perkara itu dari sudut perspektif yang berbeza. Setiap ujian dilihat dari ruang lingkup yang berlainan. Dan itu salah satu hikmah yang Allah swt berikan kepada manusia, menyeru kita supaya bertukar-tukar idea atau berkongsi pendapat sebagai wasilah bagi menjana ummah yang mumtaz untuk membangunkan Islam yang unggul. Namun, variasi pemikiran ini haruslah seiring dengan syarak dan menjurus ke arah yang positif agar ummah ini menjadi ummah contoh bukan ummah fitnah.
Fikir-fikirkanlah.....
.

