Rasa sebak tiba-tiba merantai hati ini. Mata ini pula sudah kebal untuk dilelapkan. Ini semua gara-gara ingatan ini telah diikat dek imbauan kalam-kalam sucimu padaku. Tika manusia lain hanyut dialun mimpi, hati ini tidak keruan, lantas gerobok usang itu juga yang kukunjungi. Sedang asyik tangan membelek-belek kitab-kitab, pandangan ini tertumpu pada lembaran hijau di atas gerobok, terasing daripada kitab-kitab lain dek keistimewaannya pada diriku.
Kucapai lembaran itu penuh tanda tanya. Sudah lama aku tidak membuka lembaran itu. Mungkinkah hati ini terpanggil gara-gara rasa rindu sudah terpaut padanya? Aku mengusap-usap membuang habuk yang meliputi. Langkahan kaki ini sengaja dituju ke sudut kamar, dikuak jendela kayu menampakkan samar-samar cahaya bulan menerangi segenap ruang. Sesekali api pelita meliuk lemah ditiup bayu malam yang nyaman. Kedengaran merdu sekali suara alam, desingan unggas diselang-seli bunyi aliran sungai, sudah cukup untuk melabelkannya muzik kegemaran setiap telinga yang mendengar.
Perlahan, kuselak lembaran itu, lembaran surat cintamu. Dalam hening malam, kubaca satu-persatu kalimahnya. Sungguh puitis bahasa tersusun, indah bila dihayati. Kalbuku terusik. Kuteruskan jua membacanya, kuteliti isi maknanya penuh syahdu. Walau bukan pada bicara, walau hanya terukir pada surat cinta, aku faham benar isi hati lembaran itu. Padamu, jiwa ini adalah milikmu dan sememangnya hati ini sudah lama terikat padamu. Dimana saja kuberdiri, namamu meniti di bibir ini. Kemana saja kumelangkah, ingatanku padamu tidak akan luput. Segala apa yang kulakukan, pasti untukmu.
Aku ingin menjadi kekasihmu, namun kusedar diri ini masih lemah diarus nafsu bermaharajalela. Dinanya aku tertipu dek permainan dunia. Butanya aku tidak nampak peluang yang kauhamparkan. Surat cintamu tiada henti kubaca, namun ada sela tercipta di antara waktu. Terdengar esakan insaf tidak bergema. Ada titisan-titisan jernih bertaburan, berkilauan dek terkena pancaran cahaya bulan. Jatuhnya tanpa suara. Alirnya semakin deras, tidak boleh lagi diseka, hanya dibiar membasahi sudut kamar itu. Hati ini tekad sekali ingin bertemu denganmu.
Aku berusaha untuk berubah menjadi wanita solehah yang kuat jiwanya membina jalan menuju syurga. Jalan jihad kupilih, walau kekadang sakit jatuh tidak betah, kubangkit pantang menyerah. Bukankah itu hasrat yang kaukalamkan dalam surat cinta? Semangat itu akan terus kusuburkan dalam sanubari. Sedaya mampu, hasrat diterjemah sebagai cabaran, lantas tangan mengukir diari menjejak martabat srikandi sejati. Oleh itu, tidak rela aku meninggalkan surat cintamu. Setiap batas waktu, kubuka lembaran surat cinta itu, agar hati ini bisa suci seputih salju. Akan kuhayatinya saban hari, agar diri ini sentiasa sedar ada cinta suci sedang menanti, yang menanti bertemuku di taman firdausi, sebagai kekasih selamanya.
Surat Cinta Allah swt kepada HambaNya
Firman Allah swt ; Mafhumnya : (Al-Quran) ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertaqwa. (Surah Ali 'Imran : ayat 138)
Apabila kita keluar sahaja daripada kereta, halaman rumah itu sudah dipenuhi oleh orang ramai. Semuanya yang kita mungkin pernah kenal. Semuanya nampak bersedih. Di tepi halaman rumah, orang kampung sedang menyiapkan keranda. Apabila kita mendekati pintu rumah itu, kita nampak rakan kita sedang melihat ke dalam rumah. Di dalam rumah, ahli keluarga kita berada di sisi jenazah yg baru dimandikan. Siapakah yg meninggal dunia? Kita mendekati jenazah dan membuka kain putih yg menutupinya. Kita melihat yg berada di pembaringan adalah diri kita sendiri!
Adakah Mayat ini Baik?
Setelah disembahyangkan, roh kita berlegar-legar di sekeliling rumah. Kita mendengar apa yg orang ramai perkatakan mengenai kita semasa hidup kita. Sekiranya kita boleh, apakah yg kita hendak mereka katakan mengenai kita sewaktu hidup kita? Ibu bapa…abang...kakak...adik kawan-kawan…ketua…orang bawahan…jiran tetangga…
Harimau Mati Meninggalkan Belang
Manusia mati meninggalkan nama. Persoalannya adakah kita meninggalkan nama yg mulia atau sebaliknya. Ia bergantung kepada bagaimana kita mendefinisikan fungsi kita dalam kehidupan. ‘Dialah contoh sebaiknya seorang sahabat yg setia, seorang anak yg taat, seorang pemimpin masyarakat yg adil, seorang guru penyuluh kebenaran, seorang pejuang yg mendamba syahid pd jalanNya’ . Semua bergantung pd diri kita untuk mengukirkannya.
Apabila Kita Lahir, Kita Menangis Orang Lain Bergembira
Apabila kita mati, kita bergembira dan orang lain menangis. Itulah kalimat seorang tokoh agama yg banyak menyumbang kepada perkembangan Islam di Nusantara semasa hayat beliau, Hamka atau nama sebenar Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Bagaimana kita boleh bergembira tika jasad sudah di liang lahad?
Nabi saw bersabda, “Apabila mati seorang anak Adam akan terputus semua kecuali tiga. Sedekah jariahnya, ilmu yg bermanfaat dan doa anak soleh.”
Dan bagaimana dengan kematian itu boleh membuatkan orang lain menangis?
Nabi saw bersabda, “Apabila mati orang yg berilmu akan menangislah penduduk langit dan bumi, 70 hari.”
Perginya Mereka Ditangisi
Minggu lepas, minggu yg penuh dukacita. Sebak hati ini bila mendengar perkhabaran pemergian mereka yg dikenali. Seorang merupakan tokoh Islam disegani, Syeikh Fathi Yakan dan seorang lagi merupakan sahabat satu perjuangan di medan perubatan, ‘Ammar Zulkifli. Sehingga hari ini, kesedihan itu masih menyelimuti. Masakan tidak, sumbangan Syeikh Fathi Yakan kepada dunia Islam memang tidak dapat dinafikan. Selain kerja-kerja dakwah, buku Allahyarham yg masyhur, Maza ya’ni imtimai lil Islam (Apa Erti Saya Memeluk Islam) dan Al-Mutasaqitun ala Tariq ad-Dakwah sudah banyak mengubati jiwa manusia yg tidak kenal amanahnya sebagai khalifah dan menarik manusia menabur bakti demi agama dan ummah di dalam satu saf.
Bagi Allahyarham Ammar, walau tidak dikenali dunia namun, dikalangan sahabat handai hanya yg mahmudah dapat diungkapkan mengenainya, perginya dengan husnul khatimah membuatkan sahabat yg lain cemburu lantas masing-masing tersedar dari lena dan lebih berusaha mempersiapkan diri menghadapi suatu kepastian itu. Sememangnya saya tidak berapa mengenali allahyarham. Hanya sekali kami bekerjasama di atas nama Majlis Mentor Council Perubatan 08/09. Walaupun sekali itu, saya akui apa yg diperkatakan oleh sahabat-sahabatnya yg lebih rapat.
Satu perkara yg dapat saya simpulkan, mereka pergi dengan senyuman, meninggalkan kita dengan tangisan. Hidupnya mereka menyemai benih-benih dakwah, matinya mereka memetik buah-buah amalan. Wahai diri, insaflah..Bertaubatlah selagi pintu keampunan dibuka..Curahkan keringat selagi tenaga muda masih kuat..Sampaikanlah ilmu selagi roh di dalam jasad..Berjihadlah selagi Islam belum menang...
"Sesiapa yang ingin menemui Tuhannya, tidak miskin membela Islam."
Dalam fatrah imtihan ini, sudah tentulah kita semua busy dgn jadual study masing-masing. Harapnya, kesibukan itu tidaklah melupakan kita terhadap hala tuju hidup yg kita susuri berlandaskan Islam ini. Jangan pula cita-cita dunia dikejar, sedang matlamat akhirat ditolak tepi. Imtihan dunia itu hanyalah ujian Allah swt terhadap hambaNya dan imtihan akhirat itu jua yg harus diutamakan.
Walau banyak mana pun buku dikhatamkan, walau banyak mana pun latihan yg dibuat, walau geliga mana pun otak menghafal, jangan over confident! Apa yg penting setelah berusaha gigih ialah nusrah Allah swt. Letakkanlah kebergantungan kpd Allah swt itu lebih tinggi berbanding keyakinan diri.
Over Confident
Jika kita over confident dalam menempuh perjuangan exam ini, jadilah kita umpama tentera-tentera Islam yg over confident dlm perjuangan Hunain.
Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan jua di medan perang Hunain, Iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai, maka bilangan yang ramai itu sekali-kali tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun, dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu, kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.
Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta ia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran), dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir.
= Surah at-Taubah : 25 – 26 =
Tentera Hunain
Sirah zaman Rasulullah saw ini memaparkan 12 ribu tentera Islam turun ke medan perang dipimpin oleh Rasulullah saw. Jika nak dibandingkan dgn peperangan lain sebelumnya, peperangan Hunain ini melakar sejarah kehebatan Islam dgn jumlah tentera yg sangat besar, yg pernah dikepalai oleh baginda Rasulullah saw.
Berhadapan dgn musuh drp Bani Hawazin dan Bani Thaqif, tentera Islam ketika itu berasa sangat yakin mereka akan beroleh kemenangan. Lantas, persediaan dilakukan bagai melepaskan batuk di tangga, strategi diatur atas pagar sahaja, kelengkapan senjata dipandang sebelah mata..
Dek sikap over confident tersebut, mereka lupa untuk bergantung harap kpd Allah swt, sebaik-baik Perancang. Akibat memandang rendah kekuatan musuh, tentera Islam menjadi kacau-bilau pd awal peperangan lagi. Akhirnya, Allah swt menghantar tenteraNya yg tak dapat dilihat untuk mengalahkan musuh demi agamaNya. Sudah tercatat dlm taqdir, Islam menang dengan izinNya.
Rendah Diri
Sehebat mana pun diri kita, ingatlah ada lg yg Maha Hebat. Jauhi pemikiran tentera Hunain, kita tak mahu jadi spt mereka. Suratan Ilahi tiada siapa yg tahu. Oleh itu, sentiasalah rasa rendah diri, kita hanya hamba yg lemah..
Perjuangan kita suci..perjuangan menuntut ilmu demi agamaNya. Jangan landasinya dgn emosi, amarah semata. Biarlah ia didasari niat yg ikhlas dan amalan yg tulus. Mumtaz atau tidak, persoalan kedua. Apa yg penting, perjuangan kita tidak tersasar dr landasan. Jangan kita gagal menghadapai ujian Allah swt melawan nafsu, demi mencapai kejayaan dunia.
Matlamat kita murni..matlamat menegakkan syariatNya di muka bumi ini. Ayuh! Berusahalah bersungguh-sungguh dan letakkanlah pergantungan hanya pd Allah swt, yakini ketentuanNya..
Diberitahu doc dtg pkul 8 mlm, so aku dtg la pkul 8.30 sbb dpt no giliran 5 (bajet 30minit b4 turn aku)..tp sampai je hosp, itu jawapan yg aku dpt..
Yg peliknye, boleh doc tu keje xsampai 30min je..ish, xpatut..tp mungkin salah aku jg, salah dlm membajet mase..kesian..bukn aku tp senior aku yg sudi luangkn mase teman aku buat appointment n jumpe doc...lastly xdpt capai matlamat nk jumpe doc..ape nk buat..
Itu yg berlaku mlm ni, mlm b4 exm practical histo..sedang org lain asyik mghafal gmbar2 n slides, aku sibuk ulang-alik pg hosp..bru terasa besarye nikmat yg Allah bg yg selama ni kte lupa..Astaghfirullah
Dlm mase aku xbleh study, diuji lg bila matlamat nk jumpe doc xkesampaian..jika ikut logik akal, 2perkara yg dirncang n dua2 xjd..terasa mcm mlm ni aku xbuat ape2..rase sgt rugi..tp hati ni brbisik, "yakinlah dgn ketentuan Ilahi"..jd aku pn redha dgn ape yg brlaku..
Ade perkara yg pd pndgn kte nampak lemah n buruk ttp Allah campakkan hikmah dsebaliknya..cume akal manusia ni je xsampai tahap nk fikir ape hikmah yg Allah bg..mungkin Allah nk igtkn aku yg sering alpa spy lebih brsyukur dgn nikmatNya..mungkin jg aku bz stdy smpai lupe utk bz mntaqarrubkn diri pdNya..atau mungkin Allah nk aku release tension dgn brjln mlm2 (bukn sje2 tp ad tujuan)...atau ape..Allahu'a3lam..
Let's bygone be bygone..yg pnting kne redha, yakin akn suratan Allah pasti ad hikmahnye..jgn mengeluh, sbb tu tnda org yg ptus asa dgn rahmatNya..Doaku agar Allah permudahkn jln utk aku n sahabat sperjuangn excel dlm exam..
Sebaik-baik ciptaan Allah swt adalah manusia. Mengapa??
Ada satu nikmat kurniaan Allah swt yang diberi hanya kepada manusia, tiada pada makhluk lain yakni AKAL.
Ada apa pada AKAL?
Ciri-ciri Akal :
::Setiap sesuatu mempunyai alat dan alat bagi orang mukmin ialah akal. ::Setiap sesuatu ada kenderaan dan kenderaan bagi manusia ialah akal. ::Setiap sesuatu ada tiang dan tiang agama ialah akal. ::Setiap sesuatu mempunyai tujuan dan tujuan bagi hamba Allah swt ialah akal. ::Setiap kaum mempunyai penyeru dan penyeru bagi kaum yang beribadah ialah akal. ::Setiap saudagar mempunyai harta kekayaan dan harta kekayaan orang yang rajin ialah akal. ::Setiap keluarga dalam sesebuah rumah mempunyai orang yang membiayainya dan yang membiayai rumahtangga orang siddiqin ialah akal. ::Setiap manusia mempunyai kesudahan yang disandarkan dan yang diingatkan dan kesudahan yang menjadi sandaran dan ingatan bagi orang siddiqin ialah akal. ::Setiap perjalanan mempunyai rumah kecil tempat persinggahan dan tempat persinggahan bagi orang mukmin ialah akal.
AKAL mampu menaikkan darjat manusia ke puncak kemuliaan. Bagaimana??
Fungsi AKAL :
~ Memandu tingkah laku manusia kerana AKAL termulia daripada pancaindera lain. ~ Menjadi neraca dalam kehidupan untuk menimbang tara perkara baik dan buruk. ~ Menyempurnakan peribadi manusia kerana AKAL itu sendiri bersifat sempurna. ~ Mengelakkan ajakan kepada kejahatan oleh AKAL yang lemah.
Manusia wajar menggunakan AKAL sebagai jalan untuk mendapat petunjuk, iman, dan panduan hidup. Manusia sebeginilah yang sebenarnya mencapai martabat mulia di sisi Allah swt.
Dari ‘Aisyah r.a.bahawa dia berkata, “Akal itu ada 10 bahagian. 5 bahagian nampak secara lahiriah dan 5 bahagian lagi tidak nampak (batiniah).”
Lima yang nampak:
1. Diam 2. Sabar 3. Tawadhuk (merendah diri) 4. Mengingatkan untuk berbuat baik serta melarang berbuat mungkar. 5. Berbuat amal kebaikan
Lima yang tidak nampak:
1. Berfikir 2. Memberikan contoh / pengajaran 3. Menganggap dosa sebagai masalah besar 4. Takut kepada Allah swt 5. Merendahkan hawa nafsu serta mampu mengalahkannya
AKAL sahaja tidak cukup untuk membawa manusia mengenal Yang Maha Esa tanpa hadirnya HATI. Hubungan dua unsur ini sangat rapat dan saling melengkapi.
Firman Allah swt ; Maksudnya : “Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.” ( Surah al-Haj :46 )
Menurut Imam al-Ghazali, HATI itu ibarat cermin. Apabila terang cerminnya, maka akan teranglah segala maklumat atau ilmu yang diterima.
Tempat AKAL itu ialah di dalam HATI dan ia juga merupakan tempat berkumpulnya ilmu pengetahuan. HATI yang gelap tidak mampu memancarkan cahaya ilmu kepada AKAL. Oleh itu, jauhi perkara maksiat agar ilmu mudah menyinari HATI dan diproses oleh AKAL.
Perkara yang Merosakkan AKAL :
~ Ingkar perintah Allah swt dengan meninggalkan solat ~ Derhaka kepada ibu bapa dan guru ~ Melakukan maksiat dengan bergaul bebas dengan bukan mahram, couple, zina ~ Bercakap perkara sia-sia, termasuk menyanyi lagu-lagu yang melalaikan ~ Makan makanan haram, syubhat dan yang tidak sihat seperti makanan tercemar, organ dalaman binatang, makanan ringan, minuman bergas, bawang besar dan tembakau ~ Banyak tidur di waktu siang ~ Terlalu banyak menghabiskan masa dengan hiburan ~ Membiarkan kutu hidup di kepala ~ Melihat sesuatu yang ditegah seperti aurat orang lain malah aurat sendiri tanpa sebab, gambar-gambar lucah, benda-benda yang menjijikkan dan melihat najis ketika membuang hadas besar
Darjat manusia tinggi kerana AKAL. Jagalah AKAL supaya darjat tidak sehina binatang atau lebih teruk dari itu. Jagalah HATI juga supaya ia dapat memimpin AKAL ke arah jalan yang lurus. Jagalah keduanya supaya ‘nur’ ilmu sama ada pengetahuan duniawi mahupun makrifatullah, bisa memancar menyuluhi diri dan manusia seluruhnya.
Feeling down? That’s life. Sometime we are in good mood and sometime not. Nobody created by Allah swt always feeling happy, no slight of sadness. Even our prophet Muhammad saw has been tested extremely in his journey spreading Islam throughout the world. But, what make him replenish his spirit? What cause him not to give up?
“And do thou be patient, for thy patience is but from Allah swt; nor grieve over them: and distress not thyself because of their plots.” (An-Nahl:127)
Yes! Allah swt is the answer. From Him we come and to Him also we return. He gives us the trouble and He also provides us the path of solution. It depends on us how deep we believe in Allah swt, searching for His love. Life’s such a seesaw, when a person is down, the other is up. Sometime we are down and vise versa. Life can be a wheel, cycling till it stop. Yesterday we were up, today we are down, tomorrow? Who knows… (Allahu a’lam)
Thank Allah swt for his ‘ar-Rahman’ and ‘ar-Rahim’. He never let us floating in the air without providing the land. Only human make themselves blind, do not want to step on reality, as if this world will be forever. Keep in contact with Him every moment and we’ll find someone is beside us while we are alone, feeling bad. Have faith with Him and He will show us the light of happiness disappearing the dark of sadness.
Put the trust in Allah swt in whatever task we do, whatever word we say as long as it is parallel with Islam. Ask for favour and He will give us. If not today, it’ll be tomorrow. That’s the positive thinking and lock it in our mind. It is the greatest inspiration in keeping our spirit going. When we are in trouble, keep ourselves motivated.
“Inspiration and motivation are exactly like nutrition. You have to keep on taking it daily, in healthy doses”
That’ right! And as you know we meet Allah swt 5 times daily in our prayer. Add on it, fasting, reciting the Quran, charity and lots more. How big the motivation is if we can make the connection to Allah swt in our daily routines. Imagine how could it be if we take for granted this important soul nutrition? Depletion, fatigue depression and lack of ambition and achievement will very soon manifest ourselves.
Don’t be sad. Pray to Allah swt. The positive thinking must ever be nourished and renourished to push the enthusiasm forward…always going forward.
There was a time in my youth, When Islam was only a custom. They said "say La IIaha IIIa Allah,.. And pray, you'll go to Heaven."
Ah, how simple, no struggle in this, Just a word, and simple act. Thereafter I'm absorbed in this world again, With my 'assured' place in Paradise intact.
But this was not to be my fate For ALLAH chose to guide my heart. I learnt of a man who struggled so hard When his mission was from the start.
The story of someone who had morals, Spoke gently, kindness he knew. Never fearing to say what's right, His conviction in ISLAM was true.
The touch of his hand was as soft as silk To comfort a crying child. To mend his clothes, or do the chores, Never complaining, he always smiled. His smell was always of musk, And cleanliness he kept at his best. Stark contrast with the heroes of today, Who stink of beer and sweat.
He held the hands of his companions. Unashamed to play with many children. So modest, so humble, a perfect example, That strangers could not recognise him.
His eyes slept little for nights were precious, His prayers he treasured much greater. To pray Tahajjud in the depths of night, Seeking forgiveness, and nearness to his Creator.
He broke his tooth for me at Uhud, And bled for me at Ta'if. He cried for me, tears of concern, Just so I could have this belief.
His enemies admired his teachings, Uniting every religion, every clan. Till ISLAM came to every corner of the world, O, but indeed he was only a man.
To own a house, or build his wealth Was not his main priority. To establish ISLAM was more essential, To bring us under a Higher Authority.
Don't you want him to plea for your case, When before ALLAH-The Judge-you stand? Don't you wish to be around his fountain, A burning desire to drink from his hand?
So I love him more than all creation, My Leader, my Humble Prophet. Muhammad (SAWS) was a mercy to all mankind, And to me, he is .......
Setiap perkara sama ada yang kita alami mahupun dengari terselit disebaliknya kesan yang baik mahupun yang buruk, tidak kira terhadap individu ataupun masyarakat. Malah, setiap ketentuan Allah swt itu tersembunyi seribu satu hikmah yang tidak kita sedari, mungkin jua tidak tercapai oleh akal yang terbatas (Allah Maha Mengetahui).
Menyentuh tentang subjek ujian ataupun imtihan Allah swt kepada setiap manusia di dunia ini, menarik kita untuk duduk sejenak memikirkan kembali apakah hala tuju hidup kita? Apakah matlamat dunia, juga akhirat? Sudah pastilah orang-orang yang beriman sedar bahawa hanya redha dan rahmat Allah swt yang dicari-cari bagi merealisasikan tempat pengakhiran yang baik. Hasilnya? Berjayakah kita mencapai target yang diidamkam?
"Usah bicara tentang hasil jika jalan usaha tidak dipetakan" Sebelum menjawab soalan tentang hasil, cuba kita rewind ke belakang. Tilik-tilik kembali sejauh mana usaha kita ke arah matlamat tersebut. How do we cope with the problem we face? Mengeluh? Mengasingkan diri? Menyalahkan pihak lain? Atau berusaha mencari jalan keluar?
Sedarkah kita bahawa Allah swt menetapkan pain threshold adalah sama bagi setiap manusia yang normal? Rasa sakit bermula apabila kulit kita mencapai suhu sekitar 45 darjah celcius. Cuba kita bayangkan di hadapan kita terdapat secawan air kopi yang panas. Sambil menunggunya agak suam untuk diminum, kita membuka buku physiology untuk ditelaah. Tiba-tiba, rakan kita tanpa disengajakan terlanggar meja kita dan secara tidak langsung menumpahkan air kopi yang panas tadi lalu terkena tangan dan baju kita. Pada saat dan detik itu, apa tindakan kita?
Pertama : Kita herdik rakan kita atas kelalaiannya, “ouch, sakitnya! Beb,buta ke apa? Kalau nak jalan tu, mata letak depan kepala bukannya di belakang! Ingat sel kulit boleh renew ke?!”
Kedua : Mengeluh sendirian, “oh, mak kau panas! Ish, sayangnya baju baru ni. Penat pergi beli di City Star. Mahal lagi satu hal. Ish, habis jahanam kena kopi. Alahai, sayangnya…”
Ketiga : Menangis teresak-esak, “uek!uek! Tangan..sakit..isk.. baju..kotor..isk…mummy..puppy!”
Keempat : (Tiada reaksi tindak balas) Kita terus hanyut dengan teori-teori physiology.
Kelima : Kita ingat Allah swt, “Astghfirullah, Allahu Akbar!” Lalu beredar untuk membersihkan diri.
Itulah hakikatnya. Setiap daripada kita akan mempunyai sikap yang berbeza, tidak semuanya sama. Kaitannya selari dengan setiap dugaan yang Allah swt uji. Walaupun subjek imtihan adalah berbeza antara kita akan tetapi, threshold atau tahap minimumnya tetap sama, satu level. Namun, apa yang membezakannya adalah tindakan kita terhadap imtihan yang dihadapi. Ya, tindakan kita tidak sepakat dan sedarkah kita bahawa perlakuan kita melambangkan pemikiran kita? Apa jua tindakan kita bila terkena air panas menunjukkan apa yang diketengahkan oleh akal fikiran. Cuba kita tenung dan fikir kembali reaksi-reaksi tadi.
Pertama : Akal dan hati dikawal oleh amarah. Pemikiran rasional telah hilang daripada diri dan jika tiada usaha pemulihan dioperasikan, akan memakan diri juga masyarakat sekeliling akan luput rasa hormat terhadap kita.
Kedua : Pemikiran materialistik. Dunia telah mengaburi minda. Perlu di’brainwash’ bagi membetulkan persepsi bukan dunia dan harta benda yang dikejar.
Ketiga : Pemikiran yang tiada kematangan, sangat kebudak-budakkan. Tanyalah diri, adakah kita budak sekolah tadika ataupun mahasiswa universiti? Jika jawapan kita adalah mahasiswa universiti jadi, berfikirlah seperti mahasiswa universiti. Pemikiran penuh kematangan dan ilmiah.
Keempat : Tidak mungkin melainkan kita mengalami analgesia (tiada deria rasa sakit).
Kelima : Boleh disimpulkan sebagai yang terbaik atau lebih tepat lagi satu-satunya yang baik antara lima tindakan yang dikemukakan. Dalam masalah yang simple seperti ini, Allah swt telah mendominasi pemikiran. Dengan izinNya juga dalam masalah yang lebih besar, Allah swt tetap bersama kita.
Kita dapat teliti di sini setiap individu melihat sesuatu perkara itu dari sudut perspektif yang berbeza. Setiap ujian dilihat dari ruang lingkup yang berlainan. Dan itu salah satu hikmah yang Allah swt berikan kepada manusia, menyeru kita supaya bertukar-tukar idea atau berkongsi pendapat sebagai wasilah bagi menjana ummah yang mumtaz untuk membangunkan Islam yang unggul. Namun, variasi pemikiran ini haruslah seiring dengan syarak dan menjurus ke arah yang positif agar ummah ini menjadi ummah contoh bukan ummah fitnah.