Monday, August 22, 2011

Lailatul Qadar.. SAAT AJAIB?

Ramai yang menyangka bahawa lailatul qadar ini satu malam yang penuh keajaiban. Saat langit gelap gelita di tengah malam dan bercahaya di kala subuh hampir menyingsing. Deru angin bak bertasbih memuji Allah swt. Pokok-pokok bergoyang menyembah Allah tatkala tiada angin yang menggoncang.. Ya, tanda-tanda ini ada dinukilkan sebagai pengalaman para sahabat, para ulama juga para auliya. Namun Ust Mohammad bin Abdullah (dalam rancangan tv9 'Tanyalah Ustaz') berkata ianya lebih kepada pandangan iman, deria hati yang kuat untuk merasa dan melihat keajaiban itu.

Friday, August 19, 2011

5 BULAN Berlalu Sudah...

Fuhh...(bile la nak update blog..bersawang dah..)
Haa! Nak update la ni..hehe :)

RAMADHAN 2011/1432H

Beza..memang berbeza..Berstatus seorang isteri, sambut bersama suami tersayang..sememangnya bulan puasa kali ini cukup bermakna. Cerita hidup baru yang belum pernah dilalui (ye la..sebelum ni kan bujang). Tambah pula, cuti kali ni banyak kali travel. Ulang-alik Bangi-Kulim-Bangi-Kulim. Penat memang penat tapi memori tu boleh jadi kenangan.
1 dan 2 Ramadhan, kami berada di Bangi (dari balik arituh).
3 dan 4 Ramadhan, duk di Kulim pula.
5 dan 6 Ramadhan, ziarah saudara di Kuantan.
7 hingga 15 Ramadhan, balik bangi semula.
16 hingga hari ni, berada di Kulim.

Saturday, January 22, 2011

Tentang HATI

"KETAHUILAH, SESUNGGUHNYA DI DALAM JASAD ITU TERDAPAT SEKETUL DAGING, APABILA ELOK DAGING TERSEBUT, MAKA ELOKLAH JASAD TERSEBUT KESELURUHANNYA, APABILA IA ROSAK, MAKA ROSAKLAH JASAD KESELURUHANNYA, KETAHUILAH BAHAWA IA ADALAH HATI"
.:: Sabda Rasulullah saw...Shahih Muslim: 1599 ::.

Hati adalah anugerah Allah swt kepada setiap hambaNya. Namun, tidak ramai yang menyedari hakikat kewujudan dan fungsinya. Secara fizikalnya, memang hati itu ada tetapi dari segi maknawinya ramai yang tidak mempunyai hati..na'uzubillah

Wednesday, January 12, 2011

Ana MUSLIM

Pembuka tirai 2011
-tajdid niat-


Ana lahir sebagai Muslim
Ana belajar ciri-ciri Muslim
Ana faham tanggungjawab Muslim
Ana mengajak bersama Muslim
Ana ingin mati sebagai Muslim

*******

Saturday, December 18, 2010

Antara UJIAN dan NIKMAT

SIHAT
Satu Nikmat..Ujian..Tarbiyah
Nikmatnya dengan sihat tubuh badan
Nikmatnya dengan sihat akal fikiran
Nikmatnya dengan sihat iman
Tarbiyah dan ujian kesyukuran
Tarbiyah dan ujian ingatan kita pada Sang Penguasa Kesihatan

SAKIT
Satu Ujian..Tarbiyah..Nikmat
Tarbiyah dan ujian kesabaran
Tarbiyah dan ujian keredhaan kita dengan qada' dan qadarNya
Tarbiyah dan ujian keimanan kita padaNya
Nikmat dengan rasa penghampiran Dia pada kita
Nikmat dengan ingatan Dia pada kita
Nikmat dengan perhatian Dia pada kita
Nikmat dengan ampunan dosa yang Dia janjikan
Nikmat dengan rasa pemilihan ini

Lalu mengapa selama ini kita selalu merasakan bahawa sakit itu musibah..satu bala
Mengapa sihat itu nikmat
Sedangkan hakikatnya ia sebaliknya
Bukankah sihat itu ujian dan sakit itu nikmat?


kredit to kak aisyah safien (=

Wednesday, December 8, 2010

Masih LENAkah Aku?

'Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya' . Nilai peradaban Islam yang begitu sempurna telah menghasilkan suatu gelombang ketamadunan manusia yang diiktiraf seisi dunia. Lipatan sejarah menggambarkan fenomena kejayaan pembangunan intelektual seiring pembinaan spiritual yang dipayungi sistem khilafah. Penerapan akhlak dan nilai- nilai murni ini secara halus telah membangkitkan manusia daripada belenggu jahiliah sehingga terbentuknya suatu tamadun yang gah menandingi tamadun- tamadun besar sebelumnya. Tidak perlu untuk menciplak keperibadian tamadun Rom, mahupun meniru kebudayaan tamadun Yunani, tamadun Islam memiliki kekuatan sendiri menguasai dunia berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah.

Saturday, December 4, 2010

DA'WAH Is My Life

Ini merupakan kesinambungan post sebelumnya sebagai perkongsian. Pengisian daripada kelas anjuran JAKSI PERUBATAN. Walaupun lewat namun rugi rasanya jika ilmu yang diterima tidak disampaikan.
'Tiada perkataan yang terbaik melainkan yang berdakwah kepada Allah'
Apa itu DA'WAH??
-> Sebarang pekerjaan yang dilakukan demi penyebaran Islam.
Ringkas dan jelas.
"Katakanlah (Muhammad), "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Maha Suci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik." (Yusuf: 108)

Saturday, November 27, 2010

Mujahadah & Solat Malam

Semalam hari yang lapang, tiada program yg bersifat statik atau berat..haaa..lega~ Masa dirancang sebaiknya agar tidak lagha dibuai kesenangan.. Seawal pagi, berhalaqah bersama adik2 usrah. Hati gembira bila mereka gembira. Bertambah kemeriahan bila 2 sc bergabung. Tak dirancang pun tapi Allah swt telah menentukan jodoh kami. Alhamdulillah, bersilaturrahim pd sayyidul ayyam. Tambahan pula, berada dalam salah satu raudhatul jannah. Moga rahmat Allah swt itu selalu dekat dengan kami..

MUJAHADAH

Ini tajuk tazkirah pembuka sc. Maksudnya, bersungguh-sungguh atau gigih. Ia adalah kunci hidayah (menurut Imam Ghazali). Kalimah ini mungkin senang ditutur di bibir namun, hakikatnya payah untuk diterjemah secara praktikal. Mengapa? Sebab mujahadah perlu disertakan bersamanya istiqamah. Untuk melakukan sesuatu amal soleh mungkin mudah tapi untuk istiqamah dengan amal itu..perlunya kesungguhan.

Saturday, November 20, 2010

Coretan Kata

Alhamdulillah..dah habis round Commed, sekarang masuk pula round Ophthal..makin membakar semangat menuntut ilmu..moga dipermudah jalan fi sabilillah.


Ingin diri mencoret kata-kata hikmah daripada Prof. Naquib al-Attas sebagai renungan ;
Adab adalah 'pengenalan serta pengakuan akan hak keadaan sesuatu dan kedudukan seseorang, dalam rencana susunan berperingkat martabat dan darjat, yg merupakan suatu hakikat yang berlaku dalam tabiat semesta'. Pengenalan adalah ilmu, pengakuan adalah amal. Maka, pengenalan tanpa pengakuan seperti ilmu tanpa amal, dan pengakuan tanpa pengenalan ibarat amal tanpa ilmu. 'Kedua-duanya sia-sia kerana yg satu menyifatkan keingkaran dan keangkuhan, dan yang satu lagi menyifatkan ketidaksedaran dan kejahian'.
.