Monday, November 23, 2009

You're Never ALONE

................................................................................
Sometimes, when the world's not on your side
You don't know where to run to
You don't know where to hide
 You gaze at the stars in the sky
At the mountains so high
Through the tears in your eyes
Looking for a reason, to replace what is gone
Just remember, remember
That you are never alone

You are never alone
Just reach into your heart and
Allah is always there
You are never alone
Through sorrow and through grief
Through happiness and peace
You will never be alone
So now, as you long for your past
Prepare for the future
But knowing nothing's going to last
You see, this life is but a road
A straight and narrow path
To our final abode
So travel well O Muslim and
Paradise will be your home
And always remember
You are never, never alone 
...........................................................................

Friday, October 16, 2009

KENAL Sebelum BERKENALAN

.
“Assalamualaikum..nama siapa?” Saya memulakan bicara sambil menguntum senyuman.

“Waalaikumussalam..nama akak, Humairah, nama awak?” Balas seorang kakak, tersenyum.

“Panggil saya Anis, belajar di Mesir..”, saya menjawab.

“Oh..akak dari Ireland”, dia menyambung.

“Akak seorang sahaja ke?” Tanya saya lagi.

“Eh, tidak..ramai lagi..”, balasnya sambil menunjukkan rakan2 yang sedang menuju ke arah kami.

Melihat kemesraan antara saya dan kak Humairah tadi, seorang sahabat kak Humairah bertanya kepadanya, “Macam mana boleh kenal, pernah jumpa ke sebelum ni?”

Kak Humairah pun berkata, “Taklah..baru kenal tadi, tak sampai seminit pun”.

Mendengar jawapan itu, kami semua tersenyum..

Bagaimana kemesraan sebegitu wujud?
Bagaimana boleh timbul persepsi sedemikian?

Adakah ia terletak pada senyuman? Atau apa?

Mahabbah Hadir Ukhuwwah Mengiringi

Kita sering bicara soal ukhuwwah..Kita penat berfikir cara mendapatkan ukhuwwah..Kita sanggup memerah otak mencari resolusi bagi memantapkan ukhuwwah..Dari pertemuan hingga perpisahan, bicara lisan tentang ukhuwwah..

Atas dasar apa kita umat Islam bersaudara? Sudah tentu berlandaskan akidah yang sama, kiblat yang sama, tujuan hidup yang sama..

Bagaimana dengan mahabbah terbentuknya ukhuwwah?

Al-hubb (rasa kasih sayang) dicampakkan ke dalam hati manusia. Itu sudah fitrah. Namun, perasaan itu harus dipupuk, ditonjolkan dan tidak sesekali dihakis daripada diri.

Jika dalam hati sudah ada rasa kasih sayang terhadap saudara seagama, pertemuan pertama bagaikan perjumpaan entah keberapa. Mudah sahaja memulakan perbualan, dengan senyuman diukir, kemesraan terjalin. Lantas konsep ukhuwwah senang untuk dicapai.

Ukhwah Islamiyah

Ukhwah itu adalah sebuah kurniaan Allah swt untuk lebih taqarrub kepadaNya, kata-kata Nasih Ulwan. Paling asas, dalam sebuah ikatan ukhwah perlu ada ‘salaamatussodri’, rasa berlapang dada terhadap segala perkataan dan tindakan sahabat. Ikatan paling kuat apabila seseorang itu mencapai tahap ithar, mendahulukan sahabat dalam perkara-perkara tertentu.

Seseorang itu menjadi cermin kepada sahabat yang lain. Berkawan dengan peniaga minyak wangi, kita juga terkena tempias wanginya. Oleh itu, bijaklah dalam memilih sahabat.

Rasulullah saw pernah bersabda kepada kaum Ansar dan Muhajirin, “teman-teman pada hari itu akan menjadi musuh pada teman-temn mereka kecuali orang-orang yang bertaqwa”.

Kenal Sebelum Berkenalan

Biasanya kita akan sayang pada seseorang yang kita sudah kenal. Lebih-lebih lagi jika sudah lama bersahabat. Namun, cuba putarkan kebiasaan itu. Hadirkanlah terlebih dahulu dalam hati rasa kasih sayang terhadap saudara kita walaupun kita belum mengenalinya..agar nanti pertemuan dan perpisahan adalah semata-mata keranaNya..

Kelebihannya disyukuri..Kelemahannya diredhai..

Ukhwah fillah umpama ombak laut yang setia menghempas pantai
Andai pantai berubah, ombak tetap setia menemui pantai

Tuesday, October 13, 2009

Sub3: Hanya RANTAIAN Perjuangan

Anis, aku ingin berkongsi dua kisah,

Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam Hassan AlBanna
kedua kisah sahabatku di Indonesia
Moga kedua-dua kisah ini dapat kita renungkan bersama

Menjadi motivasi buat kita untuk terus
berada dalam jalan ini.

Anis, kau pastinya arif mengenai Assyahid Imam Hassan AlBanna.

Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu
Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi
Semua manusia mengenalinya.

Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna, pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah .

Anis, aku akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha.

Itu Sunnatullah. Tapi Anis, kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja.

Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha.
Itu juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya.

Anis, aku kongsikan pembacaanku dalam buku Detik-detik Hidupku karangan
Assyahid Imam Hassan Al Banna:

Itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin.
Seorang sahabat di Indonesia pernah bercerita mengenai pelajarannya.
Alhamdulillah, dia memperolehi yang terbaik.
Dia ingin mempertahankan prestasi terbaik untuk Allah, agama Allah.
Di sudut lainnya, dia tidak suka mengejar dunia, bersaing untuk berasa hebat.
Dia hanya ingin memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah.

Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah kecundang. Dia pernah bertanya kepada Allah – Ya Allah, kenapa engkau mentakdirkan prestasi yang baik buat temanku?
Apakah temanku itu punya alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya.


Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah.Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya.

Lalu Allah memberitahu dirinya melalui suatu kisah sahabat yang dijamin masuk syurga, padahal seharian ibadahnya sama saja seperti sahabat yang lain.

Dan ketika ditanya prinsip hidupnya, sahabat itu menjawab "Aku tak suka membanding-bandingkan apa yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya. Aku yakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan untukku dalam situasi sulit atau lapang. Aku akan tetap redha kepada Allah dalam situasi apapun. Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa, meskipun segunung harta itu milikku atau aku tak punya harta sedikit pun".

Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa paras bukan persoalan utama.
Ingat lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum. Dia sahabat nabi yang buta.
Dia mahu membawa panji bendera Islam. Katanya, buta menyebabkan dia tidak takut kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh.
Akhirnya dia syahid. Mereka yang menemui mayatnya tidak dapat mengecamnya kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya. Subhanallah.

Pasti Anis ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa yang telah dia lakukan? HAMAS berdiri dengan izzah. Musuh menggeruninya.

Anis, kita sempurna. Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam.
Ayuh berada dalam saf perjuangan.

"Kamu (umat islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. [surah ali imran : 110]

Kita hanya mata rantai syuhada’ silam
Menuju syahid melalui jalan perjuangan

Sumber: pu3raudhah.blogspot.com

Sub2: Jangan Main TARIK TALI Dengan Allah

Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?
Ok, aku berikan contoh

Misalnya waktu buat kerja dakwah tu,
Terdetik tak kat hati , banyak lagi yang tidak habis belajar

Terdetik tak kat hati, assignment Parasit tak siap lagi
Nota Pharma tak buat lagi
Lusa kuiz Patho tak prepare lagi
Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah

Ada keraguan dalam hati
Seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah

Siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya
Kita melakukan jual beli dengan Allah,
Kita nak beli syurgaNya tapi kita tidak bayar lagi

Kita berdoa, tapi takde kesungguhan dalam doa kita

Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah

Anis dah faham
Anis kena banyak muhasabah
Anis dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk

Anis tahu itu maksudnya peringatan dari Allah
Anis tahu hukum berdakwah tapi tidak mengerjakan kerja tersebut

Anis, sahabatku,
Seorang ibu pernah mengatakan
Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku

Setiap kali aku bergaul dengan jiranku, aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan Islam

Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku, aku ingin mereka merasakan keindahan Islam

Anis, itulah yang inginku kubentuk dalam diriku
Aku ingin setiap perbuatanku menjadi manifestasi dakwah itu sendiri
Pelajaranku, hubunganku dengan keluarga dan sahabat, segalanya adalah dakwah
Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya

Sub1: DAKWAH & STUDY Bukan Macam Jongkang-Jongket

Anis, jomlah ikut smart circle
Anis, jomlah pergi kelas tafaquh
Anis, jomlah berdakwah
Anis, tolong jadi ajk program
Anis, ummah semakin koyak
Anis, jomlah amar makruf nahi mungkar
Anis, jomlah kita bangkit mengubah segalanya

Aku tidak mahu
Aku kena study
Markah semester lepas dah cukup teruk

Gara-gara dakwah, tarbiah, usrah dan program
Aku menyesal megikuti semua itu
Bosan!!
Buang masa!!

Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan, tapi luas lagi skopnya

Bukan ke islam tu syumul
Sempurna, menyeluruh, meliputi semua perkara
Kalau nak berjaya, kena study
Waktu study, studylah

Esok kalau dah berjaya
Aku buatlah kerja dakwah tu

Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal dalam pelajaranku
Kan nanti aku menutup mata orang lain terhadap Islam

Anis, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang-jongket

Jongkang-jongket?
Apa kau merepek ni?

Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam
jongkang-jongket

Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah
Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah

Tu bukan dakwah namanya
Dan tu bukan belajar namanya
Habis tu?

Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar terus
Tak boleh inversely proportional

Apa maksud kau?

Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya

Aku tidak faham
Tak pe, aku terangkan

Macam ni, bila dah berdakwah tu
Rasa senang je nak study

Bila belajar Anatomy of Heart misalnya
Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah ciptakan jantung

Bila belajar tentang Inflammation in Pathology, rasa kerdil diri berbanding Yang Maha Kuasa

Bila belajar Microbiology, terasa akrab dengan Maha Pencipta

Kenapa?

Sebab diri tahu bahawa ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah

Rasa senang hati nak terima ilmu
Kalau orang lain study 1 jam
Dia hanya perlu study 10 minit sahaja
Sebab apa?

Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu

Aku tak pernah rasa semua itu

Lain tu, selama ni kau nak cakap yang aku ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas?

Tak, itu bukan maksud aku
Cuma kena checklah sikit hati tu
Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak berlaku tarik tali dengan Allah

Saturday, September 12, 2009

Dalil-Dalil LAILATUL QADAR

Malam Lailatul Qadar sunat dicari, ia merupakan suatu malam yg diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah swt. Malam itu sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah swt berfirman dlm Surah Al-Qadr, ayat 3 :
Maksudnya: "Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu malam"

Ertinya menghidupkan malam ini dengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan (lebih kurang 84 tahun) yg tiada Lailatul Qadar, seperti sabda Nabi saw :
Maksudnya: "Sesiapa menghidupkan malam Lailatul Qadar kerana beriman serta mencari pahala yg dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa2 yg lalu"

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah ra bahawa Rasulullah saw apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan :
Maksudnya: "Rasulullah saw berusaha sedaya upaya dlm malam2 sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam2 lain"

Malam Lailatul Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah saw bersabda :
Maksudnya: "Carilah malam Lailatul Qadar pada sepuluh akhir Ramadhan dalam malam ganjil"

Pendapat terkuat mengikut para ulama bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah swt sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul Qadar pula jatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yg tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya" Daripada riwayat Muawiyah :
Maksudnya: "Bahawa Nabi sw telah bersabda dalam malam Lailatul Qadar iaitu malam ke-27"

Riwayat ini disokong oleh pendapat ibn Abbas yg mengatakan bahawa Surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yg ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir (hia) yg dikembalikan kpd Lailatul Qadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith drp ibn Umar ra yg berbunyi :
Maksudnya: "Sesiapa yg mencari Lailatul Qadar, dia hendaklah mencarinya pada malam yg ke-27, carilah kamu malam Lailatul Qadar pada malam yg ke-27"
 .
Aisyah ra bertanya kepada Rasulullah saw, katanya, "Ya Rasulullah saw andainya aku mendapati malam Lailatul Qadar, apakah doa yg patut aku bacakan? Rasulullah saw berdoa dengan doa :



Maksudnya: "Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunanMu untukku"
.
Sumber : JAIS

Thursday, September 10, 2009

Mencari LAILATUL QADAR

Dalam surah al-Qadr menegaskan bahawa al-Quran telah diturunkan dari Luh Mahfuz atau dari langit yang tertinggi ke langit dunia iaitu Baitul Izzah pada malam Lailatul Qadar. Ini ditegaskan lagi dengan sebuah hadis daripada Ibn Abbas yang menyatakan bahawa al-Quran diturunkan kesemua sekali pada malam Lailatul Qadar pada bulan Ramadhan ke langit dunia.
.
Menurut Hamka, Lailatul Qadar memberi dua maksud, pertama; kemuliaan kerana setengah dari erti qadr itu ialah kemuliaan; kedua bermaksud penentuan kerana pada waktu itulah mulai ditentukan langkah yang akan ditempuhi oleh Rasulullah s.a.w didalam memberi pertunjuk kepada umat manusia. Kalau dipakai erti kemuliaan, maka mulai pada malam itulah kemuliaan tertinggi dianugerahkan kepada nabi Muhammad s.a.w kerana itulah permulaan Malaikat Jibril menyatakan dirinya dihadapan baginda didalam gua Hira’. Pada malam itu perikemanusiaan diberi kemuliaan dikeluarkan dari zulumat/kegelapan kepada nur/cahaya petunjuk Allah.
.
Jika diberi erti penentuan bermaksud dimalam itu dimulai menentukan garis pemisah diantara kufur dengan iman, jahiliyah dengan Islam, syirik dengan tauhid. Dan penjelasan tersebut menunjukkan bahawa malam itu adalah malam yang istimewa berbanding dari segala malam. Malam yang membawa lembaran baru, turun wahyu ke dunia setelah terputus sekian lama.
.
Hari kebesaran dalam Islam banyak yang diperingati dan menjadi amal ibadat seperti berpuasa pada 10 Muharam atau Asyura kerana mengenangkan beberapa kejadian pada Nabi-nabi yang terdahulu pada tarikh tersebut. Begitu juga dalam manasik haji telah dikatikan dengan kejadian zaman lampau seperti Sa’i antara Bukit Safa dan Marwah, mengenangkan betapa sulitnya Hajar mencari air untuk anaknya, Ismail di lembah yang tidak ada tumbuh-tumbuhan. Kita juga disunatkan melontar Jamrah bagi memperingati perdayaan syaitan kepada nabi Ibrahim kerana akan menyembelih puteranya Ismail atas perintah Allah. Apabila dikaitkan dengan menghidupkan malam Lailatul Qadar dapatlah diambil kesimpulan bahawa kesemua ibadat tersebut mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk membesarkan syiar Allah dan menambah taqwa dalam diri.
.
Perbincangan panjang lebar diantara ahli-ahli Hadis, mengenai dengan malam apakah yang tepat Lailatul Qadar itu berlaku. Dalam kitab ‘Fath al-Basri’ menurunkan tidak kurang dari 45 qaul tentang malam terjadinya Lailatul Qadar, masing-masing menurut pengalaman dengan catatan Ulama-ulama yang merawikannya, sejak dari malam 1 Ramadhan sampai 29 atau malam 30 Ramadhan. Semuanya dinukilkan oleh as-Syaukani di dalam `Nailul-Authar’nya.
.
Oleh itu, dianjurkanlah supaya setiap malam bulan Ramdhan diisikan penuh dengan ibadat. Bagaimanapun terdapat juga riwayat yang kuat menyatakan bahawa Lailatul Qadar itu ialah pada malam sepuluh yang akhir dari Ramadhan ertinya sejak malam 21, kerana sejak malam 21 itu nabi s.a.w lebih memperkuat ibadatnya daripada malam-malam yang sebelumnya sampai beliau bangunkan kaum keluarganya yang tertidur.
.
Abdullah bin Mas`ud dan asy-Sya`bi dan al-Hasan dan Qatadah berpendapat bahawa malam itu ialah malam 24 Ramadhan. Alasan mereka ialah kerana ada hadis yang menyatakan bahawa al-Quran diturunkan pada 24 Ramadhan.
.
Satu riwayat lagi menyatakan jatuhnya ialah pada 17 Ramadhan. Orang yang berpegang pada 17 Ramadhan ini mengambil istimbath daripada ayat 41 dari surah an-Anfal kerana di sana tersebut bermaksud;
‘ dan apa yang Kami turunkan kepada Hamba Kami pada Pemisahan hari bertemu dua golongan’
.
`Hari bertemu dua golongan’ ialah dalam peperangan Badar, pada 17 Ramadhan sedang `hari pemisahan’ ialah hari turunnya al-Quran yang pertama yang disebut juga malam yang diberi berkat sebagaimana tersebut didalam surah 44 ad-Dukhan. Maka oleh kerana berhadapan dua golongan di Perang Badar itu, golongan Islam dan golongan Musyrikin terjadi pada 17 Ramadhan, mereka menguatkan bahawa Lailatul Qadar mulai turunnya al-Quran di gua Hira ialah 17 Ramadhan pula meskipun jarak waktunya adalah 15 tahun.
.
Banyak hadis-hadis yang menyatakan Lailatul Qadar berlaku pada malam yang ganjil sepuluh terakhir dalam bulan Ramadhan, dan ada pendapat hadis yang menetapkan pada malam 27.
.
Ada diceritakan terdapat dikalangan sahabat Rasulullah merasa hairan dengan cerita seorang lelaki dari bani Israel beribadat sepanjang malam kemudian berjihad menentang musuh diwaktu siang dan melakukannya selama seribu bulan. Dalam cerita lain menyatakan seramai empat orang dari bani Israel beribadat kepada Tuhan selama lapan puluh tahun dan mereka tidak melakukan maksiat atau keingkaran. Datang Jibrail kepada nabi bertanyakan samada umatnya hairan dengan ibadat mereka itu. Allah telah menurunkan yang lebih baik dari itu, lalu dibaca surah al-Qadr. Dinyatakan juga bahawa pemerintah nabi Sulaiman dan Zulqarnain selama lima ratus bulan. Maka Tuhan jadikan amalan pada malam Lailatul Qadar (bagi mereka yang mendapatnya) lebih dari tempoh kedua pemerintahan tersebut dan lebih baik dari seribu malam amalan lelaki bani Israel itu.
.
Mengikut Anas daripada nabi menyatakan bahawa Allah s.w.t telah menganugerahkan kepada umatku (Muhammad) Lailatul Qadar dan tidak diberikan kepada umat sebelumnya.
.
Keistimewaan lain yang berlaku pada malam Lailatul Qadar dinyatakan dalam ayat 4 surah al-Qadr yang menjelaskan bahawa malaikat dan roh turun pada malam itu dengan keizinan Tuhan. Yang dimaksudkan dengan `roh’ ialah malaikat Jibrail dan ini pendapat jumhur ulama. Ia disebut secara khusus kerana kemuliannya.
.
Malaikat turun dari martabat mereka yang tinggi untuk mengucap `salam’ kepada orang mukmin. Para malaikat yang ramai itu pergi mengunjungi tempat kediaman orang mukmin, kecuali rumah yang terdapat didalamnya anjing, khinzir, arak dan patung. Mereka megucup tasbih dan memohon keampunan bagi umat Muhammad s.a.w sehinggalah sampai waktu fajar barulah mereka naik semula ke langit. Melihat ini bertasbih memuji Allah s.w.t justeru syukur mereka kepada Allah yang telah melimpahkan keampunan kepada umat Muhammad s.a.w.
.
Pada malam tersebut Allah s.w.t telah melipatkan rahmatnya kepada seluruh orang mukmin yang masih hidup dan juga kepada yang telah mati. Betapa pemurahnya Allah kepada hambaNya.
.
Jika kita mengamati hadis dari Anas bin Malik yang menyatakan, ‘barangsiapa yang menunaikan solat maghrib dan isyak berjamaah sepanjang bulan Ramadhan sesungguhnya dia telah mendapat sebahagian dari Lailatul Qadar’. Bermaksud bukanlah suatu yang amat sukar untuk mendapatkan sebahagian dari malam Lailatul Qadar. Yang penting kita tidak mengabaikan mana-mana malam di bulan Ramadhan kecuali dengan melakukan ibadat dan paling minimum sembahyang berjamaah pada waktu maghrib dan isyak.
.
Malam Lailatul Qadar adalah malam yang sejahtera dan selamat dari segala kejahatan dari awal malam sehinggalah terbit fajar. Memberi erti kebaikan menyelubungi sepanjang malam Lailatul Qadar. Tentulah hampa bagi mereka yang lalai yang tidak ambil berat tentang malam Lailatul Qadar, namun ia tetap datang disetiap bulan Ramadhan.
.
Sumber : IKIM

Monday, September 7, 2009

NUZUL AL-QURAN Ubah Sikap Muslim





Nuzul yang diambil daripada perkataan bahasa Arab diertikan sebagai penurunan, sementara al-Quran pula merupakan kitab Allah yang diberikan kepada Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Jadi istilah Nuzul al-Quran boleh diertikan sebagai penurunan al-Quran ke atas baginda Rasulullah sebagai petunjuk kepada umat manusia sejagat.
.
Sesungguhnya dengan turunnya al-Quran pada bulan Ramadhan sejak lebih 1,400 tahun lalu, telah menyelamatkan manusia daripada melakukan tabiat serta tingkah laku yang tidak selari dengan fitrah mereka sendiri. Ia menjadi inspirasi ke arah kebaikan kerana di dalamnya penuh dengan ayat-ayat yang mampu mengubah sikap manusia kepada sesuatu yang baik dalam hidup mereka.
.
Sayidina Umar bin al-Khattab yang dulunya dikenali sebagai seorang yang bengis dan amat membenci Rasulullah s.a.w. telah menemui jalan terbaik dalam hidupnya apabila dipertemukan dengan al-Quran yang akhirnya memeluk Islam.
.
Yang menariknya, Sayidina Umar telah memeluk Islam hanya kerana membaca dan menatap beberapa potong ayat Quran daripada surah Taha. Sayidina Umar menjadi seorang Muslim yang amat bertakwa dan yakin dengan Islam. Setelah mengucap, beliau terus mengisytiharkan keislamannya kepada seteru tradisi Rasulullah termasuk Abu Jahal. Umat Islam yang soleh seperti Saidina Umar dan umat Islam akhir zaman juga mengharapkan untuk mendapat syurga dan rahmat pada hari pembalasan, sedangkan cara hidup dan keyakinan mereka amat berbeza.
.
Tidak semua di kalangan manusia yang bernama Islam memiliki cita-rasa yang sama terhadap al-Quran. Perkara ini ditegaskan sendiri oleh Allah SWT menerusi surah Fatiir ayat 32:
.
Maksud: Kemudian Kami wariskan Al-Qur'an itu kepada orang yang Kami pilih dari kalangan hamba Kami; maka di antara mereka ada yang menzalimi diri sendiri, dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan ada yang mendahului dalam berbuat kebajikan dengan izin Allah.”
.
Sesungguhnya di kalangan hamba Allah yang diwariskan al-Quran kepada mereka adalah yang bernama Islam (Muslimun) sedangkan penganut agama lain menolak kebenaran al-Quran secara mutlak. Namun dalam ayat di atas terdapat tiga jenis manusia di kalangan hamba Allah yang Islam yang berbeza pendirian atau sikap mereka terhadap al-Quran:
.
Pertama :      Golongan yang menganiayai diri mereka sendiri iaitu golongan yang kesalahan dosa mereka lebih banyak daripada pahala kebaikan, kerana mereka tidak membaca al-Quran, mentelaah, berdiskusi apatah lagi untuk beramal dengan perintah Allah di dalamnya.
.
Kedua :          Golongan yang bersederhana iaitu golongan di mana kesalahan dosa mereka sama banyak dengan pahala, mereka adalah golongan yang membaca al-Quran tetapi belum bersedia untuk melaksanakan isi-isi kandungannya yang terdiri daripada hukum-hakam Allah.
.
Ketiga :          Golongan yang berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan ialah golongan yang amat banyak kebaikan yang dilakukannya dan amat jarang berbuat kesalahan, mereka adalah golongan yang bersedia untuk melaksanakan hukum perintah Allah dalam al-Quran seperti tekun solat, tidak minum arak, tidak berzina dan tidak menderhaka kepada Allah kerana hukum-hukum itu sahaja yang mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh umat manusia sepanjang masa.
.
Kini terserah kepada kita untuk meletakkan kedudukan diri di antara ketiga-tiga jenis orang Islam seperti ayat di atas. Sesungguhnya peluang untuk membaca al-Quran serta menyelidiki hikmah di dalamnya adalah kewajipan umat Islam sendiri. Orang bukan Islam tidak akan membaca al-Quran melainkan mereka hendak mendekati dan memahami Islam. Persoalan besar di sini ialah apakah jawapan kita apabila Allah melontarkan soalan kepada Muslim yang membaca al-Quran seperti di dalam ayat 101 surah Ali ‘Imran:
.
Maksudnya : Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Qur'an), dan dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad, s.a.w.)? Dan sesiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus).
.
Ayat ini menunjukkan kepada kita terdapat di kalangan orang Islam menjadi kafir sedangkan al-Quran dan Sunnah berada di sisinya. Ini adalah disebabkan mereka tidak dapat menerima petunjuk Allah, justeru mereka ingkar kepada ayat Allah akan menjadi kafir.
.
Sesungguhnya Allah SWT memberikan penghormatan kepada kita sebagai manusia dengan kemuliaan-Nya, agar kita menjadi golongan yang mulia. Salah satu pendekatan yang mengangkat martabat umat ini ialah dengan mengamalkan ajaran al-Quran secara menyeluruh. Dalam keberkatan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita sama-sama mengambil manfaat untuk meningkatkan ketakwaan dan mengubah segala kelakuan buruk kita ke arah yang lebih diredhai Allah s.w.t. . Sumber : JAKIM

Sunday, September 6, 2009

MAJLIS TADARUS REMAJA Membentuk Sinar


Setengah hari ini saya berada di Masjid Solihin Teras Jernang, mengendalikan Majlis Tadarus Quran. Bermula jam 8.30 pagi, pendaftaran peserta yang terdiri daripada kanak-kanak seawal 4 tahun sehingga remaja 16 tahun. Tidak ketinggalan peserta IPT yg turut memenuhi dewan kuliah masjid..Majlis dimulakan dengan solat Dhuha dan solat Hajat berjemaah..
.

Peserta tekun mendengar taklimat daripada Kak Lina, S/U Nisa' Serdang
.
Tanggungjawab yg dipikul adalah sebagai fasilitator mengendali kumpulan tadarus. Adik2 kumpulan 4 (kump saya) comel2 belaka..Jasyrin 10tahun, Najihah 11tahun, Farah 11tahun, dan Syazana 16tahun..Tidak banyak masalah ber’halaqah’ bersama mereka selama hampir 2jam. Alhamdulillah, saya puas hati dengan tilawah mereka. Mereka juga ‘sporting’ menerima teguran saya dan tidak segan untuk bertanya soalan. Kelancaran bacaan mereka menyebabkan kami tamat juzu’ 14 lebih awal..apalagi, mulalah sesi sembang ilmiah kami..macam2 yg menjadi topik perbualan, daripada famili, akademik, ibadat, sirah, sehinggalah impian yang ingin dicapai..
 .
Jasyrin mahu jadi pilot, Najihah mahu jadi cikgu..alhamdulillah.., dan Syazana mahu jadi akauntan..Cita-cita Farah pula sama dengan saya, mahu jadi doktor. Tapi doktor lepasan Universiti Al-Azhar mengikut jejak langkah abangnya yg belajar di Mesir jurusan Usuluddin..’Tabik’ saya pada adik Farah, impiannya besar dan jelas walaupun usia baru mencecah 11tahun.. Rasa kagum juga pada mereka kerana semuanya mempunyai keinginan untuk hafaz kalam suci al-Quran..
.

Adik-adik saya menerima cenderahati yg disampaikan Kak Sab, Ketua Nisa' Serdang
.
Slot seterusnya diisi oleh Ustazah Shafawati mengenai Nuzul Quran memandangkan malam nanti masuk 17 Ramadhan. Slot terakhir adalah slot bersama Nisa’ Serdang selaku penganjur majlis ilmu ini. Selepas itu, adik2 diberi cenderahati sebagai tanda terima kasih atas kesanggupan mereka hadir ke majlis. Seramai 9 rakan fasilitator yg turut menyumbang tenaga dan ilmu. Hadir juga memantau majlis kami, Ustazah Zuriati, Ketua Muslimat Serdang. Kami bersurai pada jam 1 tengahari dengan memperlihatkan wajah kepuasan setiap dari mereka termasuk para fasilitator dan penganjur..
.


Bersama Ustazah Shafawati dan Hafiza, rakan fasi saya
.
Alhamdulillah, majlis berlangsung lancar..Harap sangat majlis ilmu seperti ini akan lebih 'grand' lagi dengan kehadiran lebih ramai remaja-remaja dan kanak-kanak. Mereka ini pelapis negara. Memang wajar mereka didedahkan dengan aktiviti2 yg dapat mendidik rohani mereka di samping program fizikal dan mental..Moga masyarakat hadapan lebih peka dan faham agama dalam konteks 'Islam is The Way of Life'..

Saturday, September 5, 2009

TAHNIAH Buat Adik

Selamat Hari Lahir untuk adikku yg bongsu..Semalam, 4 Sept genap usianya 7 tahun..
 Tahniah Nashatul Afrina Rusli!!
.
Tahniah..bukan shj atas sambutan ulangtahun, tetapi juga tahniah atas kemenangan berpuasa penuh 15 hari sehingga hari ini 15 Ramadhan..Walaupun Ramadhan ini adalah Ramadhan pertama baginya, tapi alhamdulillah hatinya kuat...Budak seorang ni memang tahan lasak..Kadang penat juga nak menjawab bila berpuluh kali diaju soalan, “along, berapa jam lagi nak buka puasa?”..”along, berapa minit lagi boleh makan”…haish..
sabar aje lerr..'memang adik aku'..
.

 Bersama kek blueberry....suke sangat la gaye 'rabbit'nye tuh